Paradisaea adalah satu genus burung yang terdiri daripada tujuh spesies dari famili burung cenderawasih atau Paradisaeidae. Ia juga mengandungi subgenus, Paradisornis, yang hanya diberikan pada cenderawasih biru. Genus ini boleh ditemui di pulau New Guinea selain pulau-pulau berdekatan dalam gugusan Kepulauan Aru, Kepulauan D'Entrecasteaux dan Kepulauan Raja Ampat. Spesies burung ini mendiami kawasan jenis hutan dari aras laut hingga pertengahan hutan montane. Beberapa spesies mempunyai taburan populasi yang sangat terhad.[1] Satu kajian pada tahun 2009 yang memeriksa mitochondrial DNA famili ini mendapati bahawa burung Cenderawasih Paradisaea berada dalam klad bersama dengan genus Cicinnurus. Ia menunjukan bahawa Cenderawasih Biru adalah lebih tua bagi kesemua spesies-spesies lain dalam genus ini.[2]

Paradisaea
Cenderawasih Raggiana (Paradisaea raggiana)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Paradisaeidae
Genus: Paradisaea
Linnaeus, 1758
Subgenera

Kesemua burung dalam genus ini bersaiz besar, dan Dimorfisme seks. Warna bulu burung jantan termasuk mempunyai ciri-ciri bulu sayap tepi yang berkilat, dan sepasang bulu pelepah seperti wayar yang muncul dari hujung ekor. Bulu sayap pada bahagian sisinya akan digunakan semasa proses mengawan.[1]

Nama Paradisaea, berasal daripada bahasa Latin "paradise". Nama tempatan di Indonesia adalah cenderawasih.

Spesies sunting

Subgenus Imej Nama biasa Nama saintifik Taburan
Paradisornis Cenderawasih Biru Paradisornis rudolphi Timur-tengah dan tenggara New Guinea, kebanyakan di aras 1400-1800 m.
Paradisaea   Cenderawasih Kuning Kecil Paradisaea minor Kebanyakan di utara, barat laut dan barat New Guinea (juga ditemui di Misool dan pulau-pulau berdekatan.), timur New Guinea berdekatan dengan kawasan Huon; pada aras 0-1500 m.
  Cenderawasih Kuning Besar Paradisaea apoda Barat daya dan selatan New Guinea, selain Kepulauan Aru; pada aras sekitar 900-950 m.
  Cenderawasih Raggiana Paradisaea raggiana Kebanyakan di selatan, timur-tengah, timur dan tenggara New Guinea; biasanya pada aras 1500 m.
  Cenderawasih Goldie Paradisaea decora Pulau Fergusson dan Normanby di Kepulauan D'Entrecasteaux yang terletak di tenggara New Guinea; pada aras lebih rendah berbanding anggota Paradisaea lain.
  Cenderawasih Merah Paradisaea rubra Pulau Waigeo dan Batanta di Kepulauan Raja Ampat di West Papua pada aras sekitar 550-600 m.
  Cenderawasih Maharaja Paradisaea guilielmi Pergunungan di Semenanjung Huon, timur laut New Guinea; biasanya pada aras 1300-1500 m, meskipun boleh juga ditemui pada aras yang lebih rendah 400-670 m.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Firth, Clifford B.; Firth, Dawn W. (2009), "Family Paradisaeidae (Birds-of-paradise)", dalam del Hoyo, Josep; Elliott, Andrew; Christie, David (penyunting), Handbook of the Birds of the World. Volume 14, Bush-shrikes to Old World Sparrows, Barcelona: Lynx Edicions, m/s. 404–459, ISBN 978-84-96553-50-7
  2. ^ Irested, Martin; Jønsson, Knud A; Fjeldså, Jon; Christidis, Les and Per GP Ericson (2009). "An unexpectedly long history of sexual selection in birds-of-paradise". Evolutionary Biology. 9 (235). doi:10.1186/1471-2148-9-235. PMC 2755009. PMID 19758445.

Templat:Birds-of-paradise