Paris (Sebutan bahasa Perancis: [paʁi], sebutan bahasa Inggeris: /ˈpærɨs/) ialah ibu negara Perancis dan juga ibu kota negeri Île-de-France (juga dikenali sebagai "Kawasan Paris"). Bersama dengan bandar satelit dan kawasan luar bandar, Paris mempunyai anggaran penduduk sebanyak 12.2 juta penduduk (2013). Paris ialah kawasan bandar yang mempunyai penduduk paling tinggi di dalam Kesatuan Eropah dan metropolitan kedua terbesar di Eropah iaitu sama dengan penduduk London dan hampir menyamai penduduk Moscow, dan juga dianggar mempunyai penduduk metropolitan ke-20 teramai di dunia.

Paris
Ibu negara Perancis, komun dan departmen
Paris montage2.jpg
Bendera bagi Paris
Bendera
Official seal of Paris
Jata
Nama panggilan: 
Kota Bercahaya,
Kota Cinta Abadi
Moto: 
Fluctuat nec mergitur (Bahasa Latin)
"Dilambung ombak, dia tidak karam"
NegaraPerancis Perancis
KawasanÎle-de-France
Kerajaan
 • Datuk BandarAnne Hidalgo
Luas
 • Jumlah105 km2 (41 batu persegi)
Populasi
 (2013)
 • Jumlah2,229,621
Zon waktuUTC+1
 • Musim panas (DST)UTC+2
Laman webhttp://en.parisinfo.com/

Paris dikenali dengan gelaran la Ville Lumière (Bandar Berlampu atau Bandar Bercahaya) dan adalah destinasi pelancong utama di dunia.

Keunikannya ialah setiap malam, Paris selalu akan bermandikan cahaya lampu yang terang-benderang, maka dengan itulah digelari La Ville Lumiére oleh pelancong asing (dalam Bahasa Perancis).

Asal-usul namaSunting

Penduduk Paris dikenali dengan nama Parisians dalam Bahasa Inggeris dan Parisiens dalam Bahasa Perancis ([paʁizjɛ̃]  (  dengar)). Nama ibu kota ini berasal daripada nama sekumpulan puak Gaul yang dikenali sebagai Parisii.[1]:247 Ketika abad pertama hingga keenam, sewaktu Paris berada di bawah jajahan Rom, Paris telah diberi nama Lutetia atau nama penuhnya Lutetia Parisiorum, tetapi kembali pada nama asalnya di bawah pemerintahan Julian the Apostate (361-363 Masihi).

DemografiSunting

Penduduk Bandar Paris ialah 2,125,246 pada satu bancian pada 1999. Bandar Paris merupakan tempat ketiga dari segi kawasan yang paling padat dengan penduduk di Barat, selepas Manhattan di New York City.

Kawasan Paris ialah salah satu kawasan di Eropah yang mempunyai penduduk paling banyak dari segi kepelbagaian budaya, dengan 19.4% daripada penduduknya dilahirkan diluar Perancis. Daripada satu tinjauan pada 1999, 4.2% penduduk Paris merupakan pendatang yang majoritinya dari China dan Afrika.

GeografiSunting

Rencana utama: Geografi Paris

Bandar Paris mempunyai keluasan 105.398 km² (26,044 ekar). Jika ditolak taman Bois de Boulogne dan Bois de Vincennes di pinggirannya, luas sebenar bandar itu cuma 86.928 km² (21,480 ekar).

Paris terletak di belokan Sungai Seine menuju utara dan terdiri dari dua pulau, Île Saint-Louis dan Île de la Cité, yang membentuk bagian tertua kota. Secara keseluruhan, kota ini adalah rata dengan titik terendah Paris terletak pada 35 meter (114 kaki) di atas permukaan laut. Paris memiliki beberapa bukit degan puncak tertinggi yang tertingi adalah Montmartre di kedudukan 130 meter (426 kaki).[2]:153

IklimSunting

Rencana utama: Iklim di Paris

Paris memiliki iklim lautan dan dipengaruhi Arus Atlantik Utara. Kota ini memiliki iklim sederhana dan jarang mengalami suhu yang tinggi atau rendah. Purata suhu tinggi tahunan ialah sekitar 15 °C (59 °F), dan purata suhu rendah tahunan pula sekitar 7 °C (45 °F). Suhu tertinggi yang pernah tercatat direkodkan di Paris pada 25 Julai 2019 dengan nilai 42.6 °C (104.7 °F) manakala suhu terendah pula ialah -23.9 °C (-11.0 °F) yang tercatat pada 10 Desember 1879.[3][4]

PolitikSunting

Hubungan antarabangsaSunting

Secara rasminya, Paris hanya mempunyai satu bandar kembar iaitu Rom di Itali sejak 9 April 1956.[9][10] Selain itu, Paris memiliki hubungan persahabatan dengan bandar-bandar berikut:[9]

EkonomiSunting

Rencana utama: Ekonomi Paris

Paris ialah pusat utama ekonomi Perancis dan menyumbang sejumlah 30% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.[13] Anggaran rasmi pada 2013 menetapkan KDNK nominal Paris pada AS$688 bilion.[14] Secara keseluruhan, ekonomi Paris banyak berdasarkan bidang perkhidmatan dan kewangan; 80.6% syarikat di Paris tergolong dalam sektor-sektor ini.[15]

Paris serta tiga departmen bersebelahan (Paris Raya) menerima 24.5 juta orang pelancong pada 2018, termasuk 11.2 juta orang pelancong domestik.[16] Laporan Euromonitor meletakkan Paris sebagai destinasi pengangkutan udara kedua tersibuk dunia selepas Bangkok.[17] Kira-kira 393,008 orang pekerja di Paris Raya bekerka dalam sektor pelancongan.[18]

RujukanSunting

  1. ^ Delamarre, Xavier (2003). Dictionnaire de la langue gauloise: Une approche linguistique du vieux-celtique continental (dalam bahasa Perancis). Errance. ISBN 9782877723695.
  2. ^ Blackmore, Ruth; McConnachie, James (2004). Rough Guide Paris Directions. Rough Guides. ISBN 978-1-84353-317-7.
  3. ^ "42.6 °C à Paris : record absolu de chaleur battu !". meteofrance.fr (dalam bahasa Perancis). Météo France. Diarkib daripada yang asal pada 25 Julai 2019.
  4. ^ "Géographie de la capitale – Le climat" (dalam bahasa Perancis). Institut National de la Statistique et des Études Économiques. Diarkib daripada yang asal pada 3 Oktober 2006. Dicapai pada 24 Mei 2006 – melalui Paris.fr.
  5. ^ "Climatological Information for Paris, France". Meteo France. August 2011.
  6. ^ "Paris–Montsouris (984)" (PDF). Fiche Climatologique: Statistiques 1981–2010 et records (dalam bahasa Perancis). Meteo France. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 27 Februari 2018.
  7. ^ "Normes et records 1961–1990: Paris-Montsouris (75) – altitude 75m" (dalam bahasa Perancis). Infoclimat. Diarkib daripada yang asal pada 24 Ogos 2017.
  8. ^ "Paris, France – Climate data". Weather Atlas.
  9. ^ a b "Friendship and cooperation agreements". Mairie de Paris. Paris.fr. Diarkib daripada yang asal pada 3 April 2016.
  10. ^ "Twinning Rome – Paris" (PDF) (dalam bahasa Perancis). 30 Januari 1956. Diarkib (PDF) daripada yang asal pada 13 November 2018.
    "Roma – Relazioni Internazionali Bilaterali" (dalam bahasa Itali). Commune Roma. Diarkib daripada yang asal pada 9 Julai 2016.
  11. ^ "Cu cine este înfrățit Bucureștiul?". Adevărul (dalam bahasa Romanian). 21 Februari 2011.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  12. ^ "Hanoi strengthens ties with Ile-de-France". Voice of Vietnam. Dicapai pada 2018-05-04.
  13. ^ "Global Power City Index 2015" (dalam bahasa Inggeris). Mori Memorial Foundation, Japan. Dicapai pada 16 April 2016.
  14. ^ "Produits intérieurs bruts régionaux et valeurs ajoutées régionales de 1990 à 2015". INSEE (dalam bahasa Perancis). 17 April 2018. Dicapai pada 8 Jun 2020.
  15. ^ "Department of Paris; Complete Dossier" (dalam bahasa Perancis). INSEE. Dicapai pada 25 November 2015.
  16. ^ Tourism in Paris- Key Figures 2018, Paris Convention and Visitors Bureau (Parisinfo.com)
  17. ^ Rosen, Eric (4 September 2019). "The World's Most-Visited City Is Bangkok". Forbes. Diarkib daripada yang asal pada 14 September 2019. Dicapai pada 21 September 2019.
  18. ^ "Tourism in Paris – Key Figures 2016". Paris Convention and Visitors Bureau. 9 Ogos 2017. Diarkib daripada yang asal pada 19 Februari 2018. Dicapai pada 2018-02-18.

Pautan luarSunting