Pekan Parit Baru terletak kira-kira 15 km dari pekan Sabak yang terletak dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Dikelilingi kebun kelapa, kelapa sawit dan pisang, pekan ini menjadi tumpuan petani dan pekebun kecil bagi mendapatkan barang keperluan asas mereka. Majoriti penduduk berbangsa Melayu dan beragama Islam dari keturunan Jawa. Terdapat juga penduduk Melayu dari suku Mandailing, Rawa, Banjar dan Kampar. Kebanyakan kaum Cina yang menjadi nelayan, peraih dan peruncit. Kegiatan ekonomi lain ialah menangkap ikan.

Pekan Parit Baru
Pekan Parit Baru, Disember 2007
Pekan Parit Baru, Disember 2007
Geografi
StatusKampung Tradisional
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Sabak Bernam
MukimBNO
KeluasanN/A

Sejajar dengan penyusunan semula masyarakat dan pertempatan, satu kawasan baru untuk aktiviti masyarakat telah dibuka di Tanah Lesen, kira-kira 1 KM daripada pekan lama. Terdapat dewan, pasar, bangunan kedai dan kemudahan rekreasi di situ. Selain itu tapak pekan sari yang asalnya diadakan di tepi jalan raya juga telah berpindah ke Tanah Lesen tersebut.

Pendidikan sunting

Meskipun jauh terpencil namun di sinilah terletaknya beberapa institut seperti Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS), Politeknik Sultan Idris Shah, Pusat Latihan Perakaunan Negara, dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi.