Park Bo-young (lahir 12 Februari 1990) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Beliau terkenal dengan lakonannya di dalam Scandal Makers (2008), A Werewolf Boy (2012), Oh My Ghost (2015) dan Strong Girl Bong-soon (2017).

Park Bo-young
Kelahiran (1990-02-12) 12 Februari 1990 (umur 34)
PendidikanUniversiti Dankook
(Teater dan Perfileman)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2006–sekarang
EjenFides Spatium
Nama Korea
Hangul
Perumian SemakanBak Bo-yeong
McCune–ReischauerPak Poyŏng

Kehidupan awal sunting

Park Bo-young lahir di Jeungpyeong, Chungcheong Utara. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Bapa beliau berkhidmat selama 34 tahun sebagai tentera di dalam Pasukan Khas.[1][2] Sebelum penampilan lakonan rasmi pertamanya pada tahun 2006, Park muncul di dalam sebuah filem pendek bertajuk Equal pada tahun 2005 ketika beliau masih belajar di sekolah menengah. Filem pendek tersebut memenangi Anugerah Cabaran Realiti (현실도전상) di Festival Filem Belia Antarabangsa Seoul ke–7 (SIYFF 2005).[3]

Kerjaya sunting

2006–2010 sunting

Park Bo-young membuat penampilan lakonan rasmi pertamanya di dalam drama televisyen tahun 2006, Secret Campus bersama-sama pelakon baru, Lee Min-ho.[4] Antara projek-projek lain semasa awal kerjaya beliau adalah drama sejarah, The King and I dan drama remaja, Jungle Fish bersama Kim Soo-hyun.[5][6]

Park mula terkenal selepas membintangi bersama Cha Tae-hyun di dalam filem komedi, Speedy Scandal (juga dikenali sebagai Scandal Makers) yang berjaya menarik 8.3 juta penonton dan menjadi filem dengan kutipan tertinggi pada tahun 2008.[7] Lakonan Park di dalam filem ini berjaya mendapatkan beliau anugerah Pelakon Baru Wanita Terbaik pada tahun 2009.[8][9] Beliau juga membintangi filem pendek arahan Lee Hyun-seung, If You Were Me 4 pada tahun 2009.[10][11]

Walau bagaimanapun, pada tahun 2010, Park terlibat dalam pertikaian undang-undang dengan agensi pengurusannya pada ketika itu dan sebuah syarikat penerbitan filem yang menyebabkan beliau terikat dengan tindakan undang-undang dan tidak boleh bekerja untuk beberapa tahun berikutnya.[12][13]

2011–2014 sunting

Selepas beliau dilantik sebagai duta promosi untuk Festival Filem Fantastic Antarabangsa Puchon 2011,[14][15] Park kembali berlakon selepas empat tahun di dalam filem seram tahun 2012, Don't Click.[16] Kemudiannya pada tahun itu, beliau membintangi bersama Song Joong-ki di dalam filem romantik fantasi, A Werewolf Boy.[17][18] Filem ini berjaya mengatasi 7 juta penonton.[19][20][21] Pada tahun 2013, Park menyertai barisan ahli Law of the Jungle di New Zealand. Park kemudiannya membintangi filem romantik komedi, Hot Young Bloods yang berlatarkan tahun 1980-an.[22]

2015–sekarang sunting

Pada tahun 2015, beliau membintangi filem misteri, The Silenced.[23][24] Ia kemudiannya disusuli dengan peranan berganda di drama romantik komedi, Oh My Ghost, drama televisyen pertama Park selepas tujuh tahun.[25] Pendapatan beliau sebanyak ₩300 juta (AS$270,000) menjadikan beliau pelakon wanita dengan bayaran tertinggi untuk muncul dalam saluran tvN.[26] Drama ini mencapai kejayaan komersial dan kritis serta membolehkan Park untuk memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Bintang APAN ke–4 dan Anugerah DramaFever tahunan ke–4.

Park kemudiannya membintangi filem komedi, Collective Invention dan You Call It Passion.[27][28] Pada bulan Jun 2016, Park telah dipilih untuk berlakon di dalam drama JTBC, Strong Girl Bong-soon yang mula disiarkan pada bulan Januari 2017.[29] Pada bulan September 2017, Park mula menjalani penggambaran filem On Your Wedding Day yang dijadual ditayangkan pada tahun 2018.[30] Beliau bersatu semula bersama Kim Young-kwang dimana mereka sebelum ini berlakon bersama-sama di dalam filem tahun 2014, Hot Young Bloods.[31]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
2005 Equal Kim Da-mi filem pendek
2008 Our School's E.T. Han Song-yi
The ESP Couple Hyun-jin
Scandal Makers Hwang Jung-nam / Hwang Jae-in
2009 If You Were Me 4 Hee-soo segmen: Relay
2011 Rio Jewel (suara, Bahasa Korea) filem animasi
2012 Don't Click Se-hee
A Werewolf Boy Kim Sun-yi / Eun-joo
2013 Snow Queen Gerda (suara, Bahasa Korea) filem animasi
2014 Hot Young Bloods Young-sook
2015 The Silenced Cha Ju-ran / Shizuko
Collective Invention Ju-jin
You Call It Passion Do Ra-hee
2018 On Your Wedding Day Seung-hee

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2006 Secret Campus Cha Ah-rang EBS
2007 Witch Yoo Hee Ma Yoo-hee sewaktu muda (Episod 5) SBS
Mackerel Run Shim Chung-ah SBS
The King and I Yoon So-hwa sewaktu muda SBS
2008 Jungle Fish Lee Eun-soo KBS2
Mighty Chil-woo Woo-young (kameo) KBS2
Star's Lover Lee Ma-ri sewaktu muda (kameo) SBS
2015 Oh My Ghost Na Bong-sun tvN
2017 Strong Girl Bong-soon Do Bong-soon JTBC
2019 Abyss Go Se-yeon tvN

Rancangan varieti sunting

Tahun Tajuk Saluran Nota
2006 선생님과 함께하는 5월 이야기 Dokumentari (Pemberontakan Gwangju)
2007 Kim Mi-hwa's U SBS Tetamu (Episod 355)
Quiz! Sixth Sense SBS Tetamu (Episod 26)
2008 SBS Tetamu (Episod 36)
Gag Concert KBS Tetamu (Episod 447)
2010 스타 금의환향 프로젝트 '달고나' SBS Istimewa Krismas
2011 Running Man SBS Tetamu (Episod 25)
World Changing Quiz Show MBC Tetamu (Episod 87)
Infinite Challenge MBC Penampilan kejutan (Episod 234)
7-Day Miracle MBC Dokumentari (Episod 26)
Happy Together KBS Tetamu (Episod 210)
KOICA's Dream - Peru MBC Sukarelawan (projek istimewa)
2012 Gag Concert KBS Tetamu (Episod 648)
TV Cultwo Show SBS E! Tetamu
Come to Play MBC Tetamu (Episod 391, 411, 412)
Hello Counselor KBS Tetamu (Episod 96)
Superstar K4 Mnet Penampilan kejutan (Episod 12)
Running Man SBS Penampilan istimewa (Episod 118)
Connect! Movie World SBS Tetamu
KOICA's Dream - El Salvador MBC Sukarelawan (projek istimewa)
Entertainment Relay KBS Segmen Guerilla Date
Arirang Our Great Heritage MBC Pengacara
2013 Violence-Free School - Now It's Your Turn to Speak KBS Dokumentari
Section TV MBC Segmen Rising Star
Law of the Jungle in New Zealand SBS Ahli
Get It Beauty - Self OnStyle Bright Peach Make-up
KOICA's Dream - Indonesia MBC Sukarelawan (projek istimewa)
2014 Friday Is Chatter SBS Tetamu
Running Man SBS Tetamu (Episod 181)
After School's Beauty Bible KBS W Tetamu
2015 2 Days & 1 Night Musim 3 KBS Tetamu (Episod 76, 77, 78)
Comedy Big League tvN Tetamu (Episod 127)
TV Entertainment Tonight SBS Tetamu
Running Man SBS Tetamu (Episod 269)
Section TV MBC Segmen Star-ting
Entertainment Weekly KBS Segmen Guerilla Date
Gag Concert KBS Tetamu (Episod 823)
2016 We Kid Mnet Mentor
KCON 2016 New York Mnet Pengacara istimewa (bersama Im Si-wan)

Rujukan sunting

  1. ^ Lee, In-kyeong (26 Disember 2010). "박보영, 엄마-언니-동생 공개 "온가족이 미녀?" 예능감도 폭발". Naver (dalam bahasa Korea). Sports Chosun. Dicapai pada 16 Februari 2016.
  2. ^ Kim, Bora. "[단독] 박보영, 30일 '특전사 아버지' 전역식 참석". OSEN (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 16 Februari 2016.
  3. ^ "데뷔 10년 만에 첫 키스신 찍었어요". Top Class Chosun (dalam bahasa Korea). Top Class. Dicapai pada 20 Jun 2016.
  4. ^ Lee, Ji-hyun (25 Februari 2009). "'꽃남' 이민호 데뷔작 EBS서 앙코르 방송". No Cut News (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 16 Februari 2016.
  5. ^ Yoon, Go-eun (16 September 2010). "박보영ㆍ김수현 주연 '정글피쉬' 특별개봉". Yonhap (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 24 November 2012.
  6. ^ Han, Sang-hee (26 September 2010). "Realism essential for local teen dramas". The Korea Times. Dicapai pada 23 November 2012.
  7. ^ "The Best Selling Films of 2008". Koreanfilm.org. Dicapai pada 23 November 2012.
  8. ^ Elley, Derek (3 Jun 2009). "Scandal Makers". Variety. Dicapai pada 23 November 2012.
  9. ^ "PARK Bo-young". Korean Film Biz Zone. Dicapai pada 23 November 2012.
  10. ^ "If You Were Me 4". IndieStory. Dicapai pada 23 November 2012.
  11. ^ Lee, Hyo-won (28 Mei 2009). "If You Were Me 4, Omnibus Treat". The Korea Times. Dicapai pada 23 November 2012.
  12. ^ Cho, Jae-hyon (4 Februari 2010). "Park Bo-young Accused of Breaching Contract". The Korea Times. Dicapai pada 23 November 2012.
  13. ^ Park, So-yeon (4 Februari 2010). "Park Bo-young sued by movie producers for fraud". 10Asia. Dicapai pada 23 November 2012.
  14. ^ Hong, Lucia (11 Mei 2011). "Park Bo-young named PiFan Lady for Puchon film fest". 10Asia. Dicapai pada 23 November 2012.
  15. ^ "Park Bo-young Tapped to Promote Puchon Film Festival". The Chosun Ilbo. 14 Mei 2011. Dicapai pada 23 November 2012.
  16. ^ "Actress Park Bo-young Expands Repertoire with Horror Flick". The Chosun Ilbo. 2 Jun 2012. Dicapai pada 23 November 2012.
  17. ^ Choi, Eun-hwa (27 Oktober 2012). "Park Bo Young Fills the Big Screen with Her Warm Presence in A Werewolf Boy". enewsWorld. Dicapai pada 23 November 2012.
  18. ^ Park, Eun-jee (26 Oktober 2012). "Uncomplicated relationship central to A Werewolf Boy". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 19 November 2012.
  19. ^ Sunwoo, Carla (19 November 2012). "Werewolf Boy the top melodrama". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 19 November 2012.
  20. ^ Jeon, Su-mi (19 November 2012). "A Werewolf Boy Passes 5 Million Mark and Gets the Cast Celebrating". enewsWorld. Dicapai pada 19 November 2012.
  21. ^ Lee, Jin-ho (9 Disember 2012). "Park Bo Young Says She Felt Bad about Song Joong Ki's Popularity Once". enewsWorld. Dicapai pada 12 Disember 2012.
  22. ^ Lee, Eun-ah (19 Jun 2013). "Park Bo-young Cast in New Teen Film". TenAsia. Dicapai pada 10 Februari 2014.
  23. ^ Yoon, Sarah (5 Jun 2015). "Park Bo-young talks about upcoming mystery film The Silenced". K-pop Herald. Dicapai pada 11 Jun 2015.
  24. ^ "Actress Park Bo-young Hungry for More Film Roles". The Chosun Ilbo. 27 Jun 2015. Dicapai pada 28 Jun 2015.
  25. ^ Ko, Ji-seon (22 Julai 2015). "Park Bo-young enjoys dual role in Oh My Ghostess". K-pop Herald. Dicapai pada 30 Julai 2015.
  26. ^ Jin, Min-ji (22 Jun 2015). "Park Bo-young returns to tvN". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  27. ^ Baek, Byung-yeul (25 Oktober 2015). "Collective Invention, wry portrayal of Korean society". The Korea Times. Dicapai pada 8 Disember 2015.
  28. ^ Baek, Byung-yeul (18 November 2015). "Park sheds baby-face image in You Call It Passion". The Korea Times. Dicapai pada 8 Disember 2015.
  29. ^ Yoo, Soo-gyeong (24 Jun 2016). "박보영 측 "'힘쎈여자 도봉순' 출연 확정, 10月 촬영"". Naver (dalam bahasa Korea). News1 Korea. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  30. ^ "PARK Bo-young and KIM Young-kwang Commit to YOUR WEDDING". Korean Film Biz Zone. 6 Oktober 2017.
  31. ^ Lee, Mi-ji (21 September 2017). "박보영X김영광, '너의 결혼식' 출연확정…첫사랑 공감로맨스". Herald Pop (dalam bahasa Korea). Herald Corporation. Dicapai pada 25 September 2017.

Pautan luar sunting