Park Eun-hye (Hangul: 박은혜; lahir di Incheon, 21 Februari 1977) merupakan seorang pelakon Korea Selatan. Dia dikenali setelah melakonkan watak kecil dalam drama Dae Jang Geum, dimana drama ini juga popular di China yang menjadi titik permulaannya untuk mengecapi populariti di negara tersebut. Park juga berlakon sebagai pelakon utama dalam drama bersiri Taiwan, iaitu Silence bersama Vic Zhou dibawah arahan pengarah Zhang Zhong.

Park Eun-hye
Kelahiran (1977-02-21) 21 Februari 1977 (umur 47)
Nama lainPiao En Hui (Chinese)
PendidikanSeoul Institute of the Arts - Creative Advertising
PekerjaanPelakon, Pengacara
Tahun aktif1998-kini
EjenAL Entertainment
PasanganKim Han-sup (k. 2008; c. 2018)
Anak-anakKim Jae-wan
Kim Jae-ho
Nama Korea
Hangul
Perumian SemakanBak Eun-hye
McCune–ReischauerPak Ŭnhye

Kerjaya sunting

Park Eun-hye mula melibatkan diri dalam industri hiburan pada tahun 1998. Namun beliau mulai dikenali pada tahun 2003 setelah melakonkan watak pembantu dalam drama Dae Jang Geum (juga dikenali sebagai Jewel in the Palace) dimana drama ini juga popular di negara China, sekaligus melonjakkan nama beliau sebagai pelakon dan mengecapi popularitinya di negara-negara Asia.

Selepas memegang sebagai watak kedua utama dalam drama 18 vs. 29, beliau mengembangkan lagi bakat lakonannya di Taiwan melalui drama Silence (2006) dan berlakon bersama dengan pelakon Vic Zhou. Pada tahun berikutnya, beliau membintangi drama Yi San (2007).

Park memutuskan untuk membintangi filem seni arahan Hong Sang-soo berjudul Night and Day walaupun tanpa menerima sebarang bayaran, dan lakonannya melalui filem tersebut menerima anugerah Pelakon Terbaru Terbaik di Busan Film Critics Association, sekaligus ia merupakan anugerah pertamanya setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Pada tahun 2010, Park membintangi sebuah drama harian, Pink Lipstick dan melakonkan watak sebagai wanita malang dalam drama tersebut.

Pada tahun 2012, beliau memulakan karier sebagai pengacara bersama dalam program variasi Queen of Beauty dan Sold Out di tvN. Meskipun bergelar pelakon yang berasal daripada Korea Selatan, namun Park lebih dikenali di China berbanding dinegara kelahirannya sendiri. Di China, beliau juga terkenal sebagai model dan jurucakap produk barangan jualan kosmetik dan makanan seperti Hana Cosmetics dan Yonseng Tangerine Chocolate (sempena nama watak beliau dalam Dae Jang Geum) dimana produk-produk ini memperoleh keuntungan sebanyak 25 juta dollars sepanjang tahun 2009.

Kehidupan peribadi sunting

Park telah mengahwini seorang usahawan, Kim Han-sup pada 27 April 2008 di Hotel Shilla, Seoul. Pada tahun 2011, beliau telah selamat melahirkan anak kembar lelakinya, Kim Jae-wan dan Kim Jae-ho.

Namun, pada September 2018, pasangan ini telah disahkan bercerai setelah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga. Alasan utama berlakunya penceraian tersebut adalah disebabkan berlakunya selisih faham diantara mereka. Mahkamah kemudian memutuskan bahawa hak penjagaan anak kembar mereka diberikan kepada Park. [1]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak
1998 Zzang Yoo Hye-ri
2000 01412 Sect of the Magic Sword Puteri Januari
The Record Hee-jung
2001 Dream of a Warrior Nam-hong
2005 Daddy-Long-Legs Gadis imbasan semula
2006 February 29 Han Ji-yeon
Sunflower Lee Eun-mi
2008 Night and Day Lee Yoo-jeong
2015 Enemies In-Law Park Young-mi
2017 Steel Rain Kwon Sook-jung

Drama TV sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1995 LA Arirang SBS
2000 Good Friends
(musim 1)
KBS
2001 Everyday With You Jo Se-hee MBC
2003 Dae Jang Geum Lee Yeon-saeng MBC
2004 Little Women Jung Hyun-deuk SBS
Island Village Teacher Yoon Ji-young SBS
2005 18 vs. 29 Shin Ji-young KBS
2006 Fireworks Display Cha Mi-rae MBC
Silence Zhao Shen Shen CTV
2007 The Person I Love Yoon Hyun-joo SBS
Yi San Queen Hyoui MBC
2008 Detective Mr. Lee Lee Chae-young MegaTV
2010 Pink Lipstick Yoo Ga-eun MBC
2012 Can't Live Without You Seo In-hye MBC
2013-2014 Two Women's Room Min Kyung-chae SBS
2014 Drama Special

"Vengeful Spirit"

Min Yoo-sun KBS
2015 The Merchant: Gaekju 2015 Chun So-rye KBS
2016 A Beautiful Mind Shim Eun-ha KBS
2017 Sweet Enemy Oh Dal-nim SBS
2020 Hi Bye, Mama! Seo Bong-yeon tvN
Mystic Pop-up Bar Ratu / Shin Ji-hye JTBC
Get Revenge Cha Mi-yeon TV Chosun
2021 High Class Sejun-mam (kameo) tvN
The King's Affection Lady Kim KBS2
2022 Alchemy of Souls Jin Ho-gyeong tvN

Drama Web sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2021 Fly Again Goo Song-yi Kakao TV

Penampilan Televisyen sunting

Tahun Acara Peranan Saluran TV Catatan
2004 Music Bank MC KBS2 dengan Ji Sung
2006 Maldarja Ahli pelakon
2012 Queen of Beauty
Sold Out
2014 Now On My Way to Meet You
The King of Food Hos
2021 On Air Money Life
2022 People of the Health Office
Lan Line Beauty
Shall I Light Your Daily Life Hos
2022-2023 Party Resolution

Anugerah & pencapaian sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya yang dicalonkan Keputusan
2008 Anugerah Pengkritik Filem Busan ke-9 Pelakon Baru Terbaik Night and Day Menang
2009 Anugerah Berkongsi Korea ke-2[2] Anugerah Pengerusi Menang
2010 Anugerah Drama MBC Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita Pink Lipstick Menang
2011 Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Petikan Menang
2012 Anugerah Drama MBC Anugerah Kecemerlangan Teratas, Pelakon dalam Drama Bersiri Can't Live Without You Tercalon
2013 Anugerah Drama SBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon dalam Drama Harian/Mingguan Two Women's Room Tercalon
2014 Anugerah Drama KBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon dalam Satu-Drama / Drama Khas / Pendek Vengeful Spirit Tercalon
2017 Anugerah Drama SBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita Dalam Drama Harian/Mingguan Sweet Enemy Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Mya Amri (14 September 2018)[1] Astro Gempak.
  2. ^ Kim. [http: //www.asiae.co.kr/news/view.htm ? idxno = 2009120813413484782 http: //www.asiae.co.kr/news/view.htm ? idxno = 2009120813413484782] Check |url= value (bantuan). Unknown parameter |tajuk= ignored (bantuan); Unknown parameter |pertama= ignored (bantuan); Unknown parameter |tarikh= ignored (bantuan); Unknown parameter |kerja= ignored (bantuan); Unknown parameter |tarikh akses= ignored (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)