Buka menu utama

Wikipedia β

Park Geun-hye (Hangul: 박근혜; Hanja: 朴槿惠, sebutan Korea: [pak ɡɯn hɛː]; dilahirkan pada 2 Februari 1952) ialah Presiden Korea Selatan ke 11 sejak tahun 2013 sehingga 2017. Beliau dahulunya ialah pengerusi konservatif Parti Saenuri antara 2004 dan 2006 serta antara 2011 dan 2012 (Parti Kebangsaan Agung menukar nama kepada Parti Saenuri pada Februari 2012). Ayahnya ialah Park Chung-hee yang merupakan Presiden Korea Selatan dari 1963 hingga 1979. Beliau dianggap sebagai ahli politik paling berpengaruh di Korea sejak zaman "tiga Kim" (yakni Presiden-Presiden Kim Young-sam, Kim Dae-jung serta ahli politik Kim Jong-pil).[2] Pelantikannya selepas memenangi pilihan raya pada 19 Disember 2012 menjadikan beliau presiden wanita Korea Selatan yang pertama.[3]

Park Geun-hye
박근혜
Geun Hye Park.jpg
Presiden Korea Selatan
Dalam jawatan
25 Februari 2013 – 10 Mac 2017
Perdana Menteri Kim Hwang-sik
Didahului oleh Lee Myung-bak
Digantikan oleh Hwang Kyo-ahn
Pemangku
Ketua Parti Kebangsaan Agung
Dalam jawatan
17 Disember 2011 – 15 Mei 2012
Didahului oleh Hong Junpyo
Digantikan oleh Hwang Uyeo[1]
Dalam jawatan
23 Mac 2004 – 10 Julai 2006
Didahului oleh Choe Byeongryeol
Digantikan oleh Kang Jae-sup
Wanita Pertama Korea Selatan
Dalam jawatan
16 Ogos 1974 – 26 Oktober 1979
President Park Chung-hee
Didahului oleh Yuk Young-soo
Digantikan oleh Hong Gi
Ahli Perhimpunan Kebangsaan
Dalam jawatan
30 Maei 2012 – 10 Disember 2012
Kawasan pilihan raya Proportional Representation No. 11
Dalam jawatan
3 April 1998 – 29 Mei 2012
Didahului oleh Kim Suk-won
Digantikan oleh Lee Jong-jin
Kawasan pilihan raya Dalseong
Butiran peribadi
Lahir (1952-02-02) 2 Februari 1952 (umur 66)
Daegu, Korea Selatan
Parti politik Parti Saenuri (2012-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Parti Kebangsaan Agung (1998-2012)
Alma mater Universiti Sogang
Universiti Grenoble
Tandatangan
Hangul 박근혜
Hanja 槿
Perumian Semakan Bak Geunhye
McCune–Reischauer Pak Kŭnhye
Hanja
Perumian Semakan Seondeokhwa
McCune–Reischauer Sŏndŏkhwa

PemecatanSunting

Sebagai hasil dari pungutan suara pemecatan, Hwang Kyo-ahn, Perdana Menteri Korea Selatan, menjadi pemangku presiden sehingga 180 hari manakala Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memutuskan sama ada akan menerima atau menolak pemecatan tersebut. Park mengakhiri jawatannya sebagai Presiden pada 10 Mac 2017 selepas Mahkamah Perlembagaan mengesahkan pemecatannya dengan sebulat suara.[4]

Park kini ditahan dalam Pusat Tahanan Seoul.[5]

RujukanSunting

  1. ^ I Eunju (16 May 2012). "Saenuri elects new leaders: Hwang Woo-yea of Park faction becomes its chairman". JoongAng Ilbo. Dicapai 16 May 2012.  Teks "home" diabaikan (bantuan); Teks "newslist1 " diabaikan (bantuan)
  2. ^ Sin Su-jeong(신수정) (14 July 2009). "역시 박근혜! 지지율 29% 1위…5월보다 다소 하락". Herald Business(헤럴드 경제) (dalam bahasa Korea). Dicapai 13 May 2012.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  3. ^ Guray, Geoffrey Lou (December 19, 2012 at 12:18 PM EDT). "South Korea Elects First Female President -- Who Is She?". PBS NewsHour. Dicapai 19 December 2012.  Lebih daripada satu |author= dan |last= dinyatakan (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ Presiden Korea Selatan dipecat
  5. ^ Sang-hun, Choe (2017-03-31). "Park Geun-hye's Life in Jail: Cheap Meals and a Mattress on the Floor". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai 2017-05-13.