Park Won-soon

peguam dan aktivis Korea Selatan, Datuk Bandar Seoul

Park Won-soon (Bahasa Korea: 박원순; 26 Mac 1956 – 9 Julai 2020) adalah seorang ahli politik, dermawan, aktivis, dan peguam Korea Selatan yang berkhidmat sebagai datuk bandar Seoul dari 2011 hingga kematiannya pada Julai 2020. Seorang ahli Parti Demokratik, beliau pertama kali dipilih pada 2011[1] dan mempertahan kedudukannya pada 2014 dan 2018.

Park Won-soon
박원순
Datuk Bandar Seoul
Dalam jawatan
27 Oktober 2011 – 9 Julai 2020
Didahului olehOh Se-hoon
Digantikan olehSeo Jung-hyup (pemangku)
Butiran peribadi
Lahir(1956-03-26)26 Mac 1956
Changnyeong, Gyeongsang Selatan, Korea Selatan
Meninggal dunia9 Julai 2020(2020-07-09) (umur 64)
Samcheong, Jongno, Seoul, Korea Selatan
Parti politikDemokratik
PasanganKang Nan-hee
Alma materUniversiti Kebangsaan Seoul (Dibuang)
Universiti Dankook (BA)
London School of Economics (Diploma)
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanBak Wonsun
McCune–ReischauerPak Wŏnsun

Sebelum dipilih sebagai datuk bandar, Park adalah aktivis keadilan masyarakat dan sosial. Beliau adalah ahli Suruhanjaya Kebenaran dan Pendamaian. Seorang penderma politik terkenal di Seoul, Park menyumbang kepada pertubuhan politik dan kumpulan pemikir yang menganjurkan penyelesaian akar umbi terhadap masalah sosial, pendidikan, alam sekitar, dan politik.

Kehidupan awal sunting

Park dilahirkan pada 26 Mac 1956, di Changnyeong, Korea Selatan.[2] Beliau didaftarkan di Sekolah Tinggi Kyunggi pada 1971 dan lulus pada 1974.[2]

Pada mulanya, beliau pergi untuk memperoleh Sarjana Muda Seni di Universiti Kebangsaan Seoul, namun beliau diusir dan ditangkap selama empat bulan atas tunjuk perasaan yang dilakukannya terhadap pemerintahan diktator ketenteraan Presiden Park Chung-hee.[3] Park kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni di Universiti Dankook.[3] Beliau memperoleh diploma dalam Undang-undang Antarabangsa di London School of Economics di Universiti London pada 1991.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Park telah berkahwin dengan Kang Nan-hee, dan beliau mempunyai dua orang anak: seorang anak perempuan, Park Da-in, dan seorang anak lelaki, Park Ju-sin.[4][5]

Beliau menerima Anugerah Ramon Magsaysay pada 2006.[6]

Kematian sunting

Park didakwa pada 8 Julai 2020, atas tuduhan gangguan seksual.[7] Pada keesokan harinya, beliau dilaporkan mengambil cuti sakit.[8] Beliau kali terakhir dilihat sekitar tengah hari pada hari itu.[9]

Pada 9 Julai 2020, anak perempuan Park melaporkan kehilanganya di Daerah Seongbuk, Seoul, memberi amaran kepada pihak berkuasa pada pukul 17:17 KST.[10][11] Telefon bimbitnya dilaporkan dimatikan dan anak perempuannya menemui nota yang digambarkan sebagai "seperti wasiat."[12] Pihak berkuasa mula menggunakan anjing pengesan dan dron untuk pencarian di Daerah Seongbuk.[13] Sekitar tengah malam, mayatnya ditemui berhampiran Sukjeongmun di Gunung Bugak di utara Seoul.[14][15][16] Tanpa kesan mencurigakan yang ditemui di tempat kejadian, secara amnya ia telah dilaporkan bahawa kematian itu dianggap sebagai bunuh diri.[17][18]

Keluarga Park menerima sebuah pengebumian negara, diadakan di Dewan Bandaraya Seoul dan disiarkan dalam talian pada 13 Julai 2020. Kira-kira 992,000 orang telah memberi penghormatan kepada Park di laman berkabung yang dikendalikan oleh pihak bandaraya di dalam talian. Walaupun terdapat kontroversi mengenai tuduhan gangguan seksual, pengebumian itu dibayar oleh pihak bandaraya dengan menggunakan dana awam.[18]

Rujukan sunting

  1. ^ "Seoul Residents Elect Liberal Novice as Mayor". voanews.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2012. Dicapai pada 26 Oktober 2011.
  2. ^ a b c "Biography – Park Won-soon" (dalam bahasa Inggeris). Lee Kuan Yew World City Price. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2020. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  3. ^ a b "Won-Soon Park" (dalam bahasa Inggeris). Berggruen.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2019. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  4. ^ "Envoys learn the significance of Korean temple food: Spouses and representatives from foreign embassies were eager to try out recipes and new ingredients" (dalam bahasa Inggeris). Korea Joongang Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2020. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  5. ^ https://www.rmaward.asia/rmtli/park-won-soon-the-peoples-servant-as-visionary/ (dalam bahasa Inggeris)
  6. ^ "Park Won Soon" (dalam bahasa Inggeris). RMAward. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2018. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  7. ^ "박원순이 성추행, 사진도 보내 前비서 어제 고소장" (dalam bahasa Korea). Chosun Ilbo. 9 Julai 2020.[pautan mati kekal]
  8. ^ Kim, Jun-yeop (9 Julai 2020). "Archived copy". Kookmin Ilbo (dalam bahasa Korea). Kookmin Ilbo Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2020. Dicapai pada 9 Julai 2020.CS1 maint: archived copy as title (link)
  9. ^ Kim, Jun-yeop (9 Julai 2020). "Archived copy". Kookmin Ilbo (dalam bahasa Korea). Kookmin Ilbo Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2020. Dicapai pada 9 Julai 2020.CS1 maint: archived copy as title (link)
  10. ^ Im, Gi-chang (9 Julai 2020). "Archived copy" (dalam bahasa Korean). Yonhap News Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2020. Dicapai pada 9 Julai 2020.CS1 maint: archived copy as title (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ Kim, Jun-yeop (9 Julai 2020). "Archived copy". Kookmin Ilbo (dalam bahasa Korea). Kookmin Ilbo Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2020. Dicapai pada 9 Julai 2020.CS1 maint: archived copy as title (link)
  12. ^ "Search has begun for missing Seoul mayor, whose phone was turned off" (dalam bahasa Inggeris). Inquirer. 9 Julai 2020.
  13. ^ "Seoul mayor Park Won-soon missing; search op underway" (dalam bahasa Inggeris). IB Times. 9 Julai 2020. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  14. ^ "Datuk Bandar Seoul yang dilapor hilang ditemukan mati". Astro Awani. 10 Julai 2020. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  15. ^ "박원순 서울시장 북악산 숙정문 인근서 숨진 채 발견". 연합뉴스 (dalam bahasa Korea). 10 Julai 2020. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  16. ^ "Seoul mayor found dead in northern Seoul: police". Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). 10 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2020. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  17. ^ Park, Si-soo (10 Julai 2020). "Mayor killed himself: police". The Korea Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Julai 2020.
  18. ^ a b "Controversy over how to mourn Seoul's 'feminist mayor' reportedly accused of sexual harassment". Australian Broadcasting Corporation (dalam bahasa Inggeris). 13 Julai 2020. Dicapai pada 13 Julai 2020.

Pautan luar sunting