Parliament Hill, Quebec

Parliament Hill (Bahasa Perancis: Colline parlementaire) yang bermaksud Bukit Parlimen ialah sebuah bukit dan kawasan yang berada dalam kejiranan Quebec Lama–Tanjung Putih–Bukit Parlimen (Vieux-Québec–Cap-Blanc–colline Parlementaire) di daerah La Cité-Limoilou, Quebec. Selain daripada Bangunan Parlimen Quebec, kawasan ini juga menempatkan ibu pejabat pentadbiran awam dan bangunan kerajaan. Terdapat juga beberapa jalan-jalan yang menempatkan kawasan perniagaan dan perumahan seperti Grande Allée serta ruang hijau terbuka seperti Dataran Abraham di kawasan tersebut.[1]

Pemandangan dari Bukit Parlimen.

Pada 1985, kompleks bangunan parlimen telah diisytiharkan sebagai Tapak Bersejarah Negara. Setakat ini, kompleks tersebut adalah satu-satunya tapak yang diisytiharkan sedemikian di Quebec.[2]

RujukanSunting

  1. ^ "Carte de la colline parlementaire de la Capitale nationale du Québec" (PDF) (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 Jun 2011.
  2. ^ "Inscrit au répertoire canadien: 2008/05/14" (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2018.