Besut

daerah Melayu Kelantan di Terengganu, Malaysia
(Dilencongkan dari Parlimen Besut)

Besut ialah sebuah daerah di utara Terengganu, Malaysia. Ia bersempadan negeri dengan daerah Pasir Puteh, Kelantan di utara manakala di selatan bersempadan dengan daerah Hulu Terengganu, Setiu dan Laut China Selatan di timur. Ibu daerah Besut ialah Jerteh sementara pusat pentadbiran ialah di Kampung Raja dan pusat pelabuhan ikan adalah di Kuala Besut. Daerah ini mempunyai keluasan 123,367.8 hektar (304,848 ekar) dan penduduk seramai 118,058 pada tahun 1991.[1]

Besut
Daerah Besut
Bendera bagi Besut
Official seal of Besut
Jata
Lokasi Daerah Besut di Terengganu
Lokasi Daerah Besut di Terengganu
Besut yang terletak di Malaysia
Besut
Lokasi di Malaysia
Koordinat: 5°47′45″N 102°33′48″E / 5.795876°N 102.563415°E / 5.795876; 102.563415Koordinat: 5°47′45″N 102°33′48″E / 5.795876°N 102.563415°E / 5.795876; 102.563415
NegaraMalaysia
NegeriTerengganu
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Daerah Besut
Kerajaan
 • Yang DipertuaAbdul Rasid bin Jusoh
Luas
 • Jumlah123,367.8 ha (304,848.5 ekar)
 • Kawasan majlis73.82 km2 (28.50 batu persegi)
Penduduk
 (1991)[1][2]
 • Jumlah118,058
 • Kepadatan96/km2 (250/batu persegi)
 • Kawasan majlis
53,793
 • Kepadatan Kawasan majlis730/km2 (1,900/batu persegi)
Laman webMajlis Daerah Besut
Pejabat Daerah dan Tanah Besut

Nama sunting

Penamaan daerah ini sebagai Besut mempunyai pelbagai versi, ada menyatakan nama Besut ini adalah daripada kata Siam yang bermaksud "Daerah Pengkahiran" iaitu BE bermaksud "daerah" dan SUT bermaksud "hujung" atau "Pengkahiran".

Versi masyarakat setempat di Besut pula menyatakan bahawa nama Besut daripada nama Ketua Lanun dari kalangan Orang Darat, mereka sangat ganas dan kejam hingga tidak ramai yang tinggal di kawasan tersebut. Ketua Lanun itu bergelar BESUT dan juga dikenali sebagai Raja Sang Nyana, setelah kematian beliau, kumpulan Orang Darat tersebut menggelar tempat tinggal mereka itu sempena nama Raja mereka iaitu BESUT.

Ada juga mengatakan bahawa nama "Besut " berasal daripada nama Ketua kampung orang asli di kawasan tersebut.

Sejarah sunting

Catatan yang paling awal menyentuh mengenai Besut ialah karangan Munsyi Abdullah dalam buku Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan daripada buku Tuffatul Nafis karangan Raja Ali Haji.

 
Tuhfat al-Nafis.

Dalam buku ini ada dinyatakan mengenai sekumpulan pedagang yang berasal dari Palembang, Sumatera, Indonesia telah datang ke Besut. Sebelum tiba di Besut, mereka telah menjalankan urusniaga di Pattani Darussalam. Dengan menawarkan segantang mata kail kepada ketua orang asli yang bernama Besut, para pedagang ini berjaya memujuk orang-orang asli berpindah ke Hulu Besut. Para pedagang ini menjadi 'pentadbir' dan telah membina penempatan di tebing sungai Besut yang dinamakan sebagai Palembang.

Sekitar 1770-an, Besut berada dalam keadaan tidak stabil kerana ancaman daripada lanun yang berleluasa di pulau-pulau berhampiran. Dalam buku pelayaran Pelayaran Abdullah ke Kelantan, Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun ini diketuai oleh Panglima Ebeh dan Panglima Garang.

Memandangkan 'pentadbir' yang berasal dari Palembang tidak berdaya dan lemah untuk menentang lanun, bantuan telah dipinta daripada Sultan Terengganu. Sultan Terengganu pada masa itu Sultan Mansur I yang juga dikenali sebagai Marhum Janggut telah memperkenan untuk mengamankan daerah Besut.

Baginda memerintah Terengganu dari 1726 hingga 1793. Baginda telah bertitah kepada putera baginda iaitu Tengku Abdul Kadir untuk mengembalikan kestabilan dan keamanan di Besut.

Sebagai penghargaan atas kejayaan Tengku Abdul Kadir membanteras aktiviti lanun dan mengamankan Besut, Tengku Abdul Kadir telah diberi mandat oleh ayahandanya, Sultan Mansur I Terengganu untuk memerintah Besut sebagai Raja Besut yang pertama pada tahun 1780 dan menjadikan Kampung Raja sebagai pusat pemerintahan.

Sehingga kini, Kampung Raja merupakan tanah yang penuh berkat dan makmur juga melahirkan tokoh-tokoh serta bijak pandai. Walaupun kini nama Kampung Raja digazetkan sebagai Kota Putera, penduduk tempatan dan seluruh penduduk di Malaysia masih kekal dan selesa dengan panggilan nama Kampung Raja.

Tengku Abdul Kadir ibni Sultan Mansur I Terengganu telah melantik salah seorang panglimanya selaku wakil Raja di Kuala Besut (kerana lokasi yang strategik) dengan tujuan untuk mengekang ancaman lanun yang telah berundur ke Pulau Perhentian dan juga mentadbir Kuala Besut dari sudut keamanan setempat termasuk hal ehwal pengadilan kecuali melibatkan nyawa.

Besut dan pulau-pulau berhampiran terus aman tanpa serangan lanun kerana kredibiliti dan kehandalan wakil Raja di Kuala Besut. Seperti yang sedia maklum, muara atau kuala merupakan gerbang utama mana-mana peradaban.

Pemerintahan Raja Besut meliputi daerah Besut sekarang dan sebahagian besar daerah Setiu ini telah berlangsung selama 140 tahun dari tahun 1780 hingga 1920.

Tengku Long bin Tengku Ngah merupakan Raja Besut yang terakhir. Kesan daripada Perjanjian Inggeris-Siam pada tahun 1909, secara tidak langsung telah mengakhiri pemerintahan Raja Besut pada tahun 1920.

Jawatan Pesuruhjaya British diperkenalkan di Besut dan Tengku Long dilantik menjadi Pesuruhjaya British di Besut yang pertama dan dikurniakan gelaran Tengku Seri Indera Segara sekaligus pentadbiran dan administrasi cara British di Besut bermula.

Pesuruhjaya British di Besut yang kedua, Tengku Sulong Lela Segara yang berasal dari Kuala Terengganu bukan lagi dari susur galur keturunan Raja Besut. Tengku Sulong Lela Segara adalah menantu kepada Tengku Long.

Makam Tengku Long dan puteranya, Tengku Muhammad terletak di bahagian hadapan kubah Masjid Lama Kampung Raja. Istana Raja Besut yang terkenal sebagai Istana Tengku Long yang pada asalnya terletak di Kampung Raja dipindahkan ke perkarangan Muzium Terengganu di Losong dengan inisiatif Kerajaan Negeri Terengganu dan kementerian berkaitan untuk tujuan konservasi dan tatapan generasi baru dengan izin dan perkenan cucunda tunggal Tengku Long, Tengku Putera Zainal Abidin (Tengku Seri Aria Raja) bin Tengku Muhammad.

Tengku Putera Zainal Abidin (Tengku Seri Aria Raja) juga adalah cucunda kepada Sultan Zainal Abidin II Terengganu melalui bondanya. Tengku Putera Zainal Abidin berkahwin dengan anakanda Tengku Muhammad Panglima Perang Pahang iaitu cucunda Sultan Ahmad I Pahang.

Tengku Putera Zainal Abidin adalah ahli Majlis Pangkuan Negeri Terengganu ketika pemerintahan ayahanda saudara, Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu. Makamnya terletak di Makam DiRaja di perkarangan Masjid Putih, Kuala Terengganu.

Berikut ialah senarai Raja-Raja Besut;

1. (1780-1835) Tengku Abdul Kadir ibni Sultan Mansur I Terengganu 2. (1864-1874) Tengku Ali bin Tengku Abdul Kadir. 3. (1875-1881) Tengku Hitam bin Tengku Abdul Kadir. 4. (1881-1882) Tengku Che Tepok bin Tengku Abdul Kadir. 5. (1882-1899) Tengku Ngah bin Tengku Hitam. 6. (1899-1920) Tengku Long bin Tengku Ngah. Merupakan Raja Besut terakhir.

Geografi sunting

Besut dipecahkan kepada lima belas mukim iaitu:[1]

Petempatan-petempatan utama dalam daerah ini ialah Alor Lintah, Apal, Jabi, Jerteh, Kampung Raja, Kuala Besut dan Pasir Akar.[2]

Kerajaan sunting

Besut ditadbir oleh sebuah kerajaan tempatan iaitu Majlis Daerah Besut. Ia dipimpin oleh Yang Dipertua dan pada masa ini dijawat oleh Abdul Rasid bin Jusoh.[3] Kawasan di bawah majlis ini meliputi 73.82 kilometer persegi (18,240 ekar) iaitu 90 peratus keseluruhan kawasan daerah; penduduk di bawahnya adalah seramai 53,793 orang pada tahun banci 1991.[2] Besut dirancang untuk dinaik taraf menjadi sebuah daerah perbandaran menjelang tahun 2022.[perlu rujukan]

Besut diwakili dalam Parlimen Malaysia oleh sebuah kerusi iaitu Parlimen Besut (P33). Ahli Parlimen Besut sejak pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) ialah YB Datuk Seri Idris Jusoh dari Barisan Nasional.[4]

Bagi peringkat negeri, Besut diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu oleh empat kerusi iaitu.

  • N01 Kuala Besut.

YB Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. BN UMNO.

  • N02 Kota Putera.

YB Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman. PAS.

  • N03 Jerteh.

YB Muhammad Pehimi Yusof. BN UMNO.

  • N04 Hulu Besut.

YB Nawi Mohamad.

BN UMNO.

Ekonomi sunting

Kegiatan ekonomi yang utama penduduk di daerah Besut ialah berniaga, mengusahakan tanaman padi, sawit, getah dan lain-lain lagi.

Budaya sunting

Penduduk Besut kebanyakan berasal dari negeri Kelantan. Semua budaya di Besut merupakan budaya Kelantan sama ada dari segi pakaian, bahasa serta makanan. Majoriti penduduk Besut bertutur dalam Bahasa Melayu Kelantan namun terdapat juga sebahagian kecil bertutur dalam Bahasa Melayu Terengganu terutama di bahagian sempadan daerah Besut dengan Setiu dan juga di sempadan daerah Hulu Terengganu.

Tempat menarik sunting

Besut terletak menghadap Laut Cina Selatan yang mana terdapat pantai dan juga beberapa pulau yang terkenal seperti Pulau Perhentian, Pulau Rhu, Pulau Rawa dan Pulau Redang.

Di Besut juga terdapat tempat perkelahan yang menarik lain seperti Lata Tembakah, Lata Kolam, Lata Belatan, La Hot Spring,Gunung Tebu, Bukit Keluang, Pantai Benting Lintang, Pantai Dendong, Pantai Bukit Bubus, Pantai Bukit Keluang, Pantai Air Tawar, Pulau Rhu dan beberapa lokasi lain yang sedang di majukan.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Sejarah Besut". pdtbesut.terengganu.gov.my. 18 April 2012. Dicapai pada 27 Mei 2018.
  2. ^ a b c d "Latar Belakang". mdb.terengganu.gov.my. Dicapai pada 27 Mei 2018.
  3. ^ "Profil YDP". mdb.terengganu.gov.my. Dicapai pada 27 Mei 2018.
  4. ^ "Besut - P33". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-28. Dicapai pada 27 Mei 2018.