Buka menu utama

Parti Demokratik Malaysia (Bahasa Inggeris: Malaysian Democratic Party) atau singkatannya MDP merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1998 oleh Wee Choo Keong selepas beliau disingkirkan oleh DAP dan kini pendaftaranya ditarik balik pada tahun 2010 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).[2]

Parti Demokratik Malaysia
Malaysian Democratic Party
PDM
KetuaWee Choo Keong
Diasaskan1998 (pendaftaran dibatalkan)[1]
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
IdeologiDemokrasi rakyat, Demokrasi pekerja, Demokrasi sosial
Warna rasmiBiru, putih
Tapak web
Portal Rasmi Parti MDP

Parti MDP ini pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 tetapi gagal memenangi mana-mana kerusi, sama ada di peringkat Parlimen ataupun di peringkat Dewan Undangan Negeri. Pengasasnya yang juga Setiausaha Agung MDP, Wee Choo Keong telah dipecat oleh Majlis Tertinggi MDP, juga pernah bertanding tetapi kalah di kerusi Bukit Bintang atas tiket MDP pada kedua-dua Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Namun akhirnya beliau berjaya bertanding dan memenangi kerusi Wangsa Maju di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 tetapi bukan di atas tiket MDP sebaliknya di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting