Parti Demokratik Progresif
Parti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) ditubuhkan pada 9 November 2002 merupakan parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) kerana disebabkan oleh perbalahan pucuk pimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah melahirkan parti yang dipimpim oleh Presiden SPDP iaitu Dato' Sri William Mawan Ikom atas nasihat ketua menteri Sarawak.
Progressive Democratic Party Parti Demokratik Progresif | |
---|---|
![]() | |
Nama Chinese | 民主进步党 Mínzhǔ jìnbù dǎng |
Nama Malay | Parti Demokratik Progresif |
Singkatan | PDP |
Presiden | Tiong King Sing |
Setiausaha agung | Anthony Nogeh Gumbek |
Deputy President | Nelson Balang Rining |
Youth Leader | Robert Ayu |
Women Leader | Chiew Yen Chew |
Pengasas | Peter Nyarok Entrie |
Ditubuhkan | 2002[1] |
Pecahan | Sarawak National Party (SNAP) |
Didahului oleh | Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) |
Ibu pejabat | Lot 158, 159 & 160, Seksyen 20, KTLD 9F/9G/9H, Jalan Badruddin, 93400 Kuching, Sarawak |
Ideologi | Regionalisme |
Penggabungan kebangsaan | Barisan Nasional (2002–2018) Gabungan Parti Sarawak (2018–) |
Warna | Blue, yellow |
Dewan Negara: | 1 / 70 |
Dewan Rakyat: | 2 / 222 |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 3 / 82 |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Pada 2002, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah sekali lagi bergelumang dalam kekalutan kepimpinan apabila presidennya Datuk Amar James Wong Kim Min memecat bendaharinya yang juga ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing pada bulan April atas sebab disiplin dan mencetuskan krisis kepimpinan dan perpecahan parti berbelah dua puak, satu diterajui oleh presiden James Wong disokongi timbalannya Peter Tinggom[2], dan satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Datuk William Mawan Ikom. Krisis perpecahan SNAP ini telah menyebabkan SNAP sebagai parti tertua negeri Sarawak yang telah berusia 41 tahun telah disytiharkan pendaftarannya dibatalkan pada 5 November 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). SNAP telah merayu semula kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 September 2006 yang mengekalkan keputusan ROS pada 5 November 2002 membatalkan pendaftaran SNAP, dan berjaya mendapat kelepasan Mahkamah Rayuan untuk beroperasi seperti biasa dengan menangguhkan penguatkuasaan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu sementara prosedur rayuan perundangan berjalan.[3]
Datuk Sri William Mawan Ikom telah menubuhkan Parti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP), yang merupakan satu parti serpihan baru Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh ROS pada 9 November 2002, 4 hari kemudian selepas SNAP dibatalkan pendaftarannya[4][5] dan terus menyertai Barisan Nasional.
Sejarah pilihan rayaSunting
Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, PDP berjaya memperoleh 3 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri Sarawak. Manakala melalui pilihan raya umum Malaysia 2013, PDP berjaya memperoleh 2 kerusi di peringkat parlimen.
Perwakilan terkiniSunting
Dewan NegaraSunting
- Yang Berhormat Tuan Senator Paul Igai, diperkenan oleh SPB Yang Dipertuan Agong.
Dewan RakyatSunting
Negeri | Bil. | Parlimen | Penyandang | Parti | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Sarawak | P217 | Bintulu | Tiong King Sing | PDP | ||
P220 | Baram | Anyi Ngau | PDP | |||
Jumlah | Sarawak (2) |
Dewan Undangan NegeriSunting
- N02 Tasik Biru Yang Berhormat Henry Jinep
- N48 Meluan Yang Berhormat Rolland Duat Jubin
- N76 Marudi Yang Berhormat Penguang Manggil
Lihat jugaSunting
Pautan luarSunting
- Laman Facebook SPDP
- The Dayak dilemma (Part 1) Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 2)[pautan mati kekal]
- The Dayak dilemma (Part 3) Diarkibkan 2009-06-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 4) Diarkibkan 2013-06-09 di Wayback Machine
RujukanSunting
- ^ "Parti Demokratik Progresif - Barisan Nasional". Barisan Nasional. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2017. Dicapai pada 12 June 2018.
- ^ Snap president’s men work the grassroots in Bau, Tony Thien, 29 Jul 2002, Malaysiakini
- ^ SNAP To Continue With Struggle To Uphold Dayaks' Special Rights, 17 September 2007, Bernama
- ^ Sarawak’s Snap deregistered by ROS, 5 Nov 2002, Malaysiakini
- ^ SNAP to Seek Judicial Review of Deregistration, 26 Nov 2002, New Straits Times