Parti Harapan Rakyat Sabah
Parti Harapan Rakyat Sabah (singkatan: Harapan Rakyat) atau Sabah People's Hope Party ialah sebuah parti politik di Malaysia. Parti ini telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 24 Oktober 2016. [1] [2] Kini Parti Harapan Rakyat Sabah diterajui oleh Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (JP) dan Timbalan Presiden ialah YB Puan Rina Haji Jainal. Parti ini menumpukan gerak kerja di kawasan Pantai Timur Sabah dengan mengkhususkan tiga bahagian iaitu Tawau, Kalabakan dan Lahad Datu. Tuan Ismail Norazman merupakan Naib Presiden merangkap Ketua Bahagian Lahad Datu.
Parti Harapan Rakyat Sabah | |
---|---|
Presiden | Liew Yun Fah (2020-kini) |
Ditubuhkan | 25 Oktober 2016 |
Ibu pejabat | Kota Kinabalu, Sabah |
Ideologi | Keadilan Sosial, Sabah |
Warna | Biru, Merah, Putih |
Sejarah penubuhanSunting
Harapan Rakyat pada mulanya ditubuhkan sebagai parti serpihan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2016. Harapan Rakyat HR diasaskan oleh golongan pro Datuk Seri Lajim Ukin, aktivis PKR dan golongan akar umbi PKR Sabah. Harapan Rakyat dipercayai akan bertanding dalam PRU14.
Pembubaran partiSunting
Pada 17 Februari 2019, parti ini khabarnya dibubarkan dan semua 64000 ahlinya akan menyertai Bersatu (PPBM) iaitu komponen Pakatan Harapan. Walau bagaimanapun, pada 3 Ogos 2019, parti ini dikekalkan oleh sebilangan ahli majlis tertinggi melalui Persidangan Agung Perwakilan Khas. Ahli Majlis Tertinggi membuat pemilihan dan Brigade Jeneral (B) Tan Sri Liew Yun Fah JP dipilih sebagai Presiden parti dan pada tahun 2020.
Pada pilihan raya negeri Sabah 2020, parti ini menghantar calon[3].
Wakil rakyatSunting
Negeri | Bil. | Kawasan negeri | Ahli | Parti | |
---|---|---|---|---|---|
Sabah | N70 | Kukusan | Rina Jainal | Harapan Rakyat | |
Jumlah | Sabah (1) |