Parti Kebangsaan Perak

Parti Kebangsaan Perak (Bahasa Inggeris: National Association of Perak) atau NAP merupakan sebuah parti politik bercorak kenegerian atau terhad kepada penduduk negeri Perak sahaja. Pengasas parti ini ialah Datuk Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz.[1] Beliau merupakan bekas Menteri Besar Perak. NAP bekerjasama dengan kedua-dua parti yang diasaskan Dato' Onn Jaafar, Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan Parti Negara[1]. Ini dibuktikan dalam Pilihan raya perundangan persekutuan Malaya 1955 di mana Parti Negara tidak bertanding di Perak. Parti Kebangsaan Perak menukar nama yang baru kepada Parti Demokratik Kebangsaan Perak sebelum dibubarkan pada 1959[1].

National Association of Perak
Parti Kebangsaan Perak
NAP
PengasasAbdul Wahab Muda Abdul Aziz
Diasaskan4 October 1953
Dibubarkan1959
Ibu pejabatIpoh, Perak
IdeologiKenegerian
Penggabungan nasionalParti Negara - NAP

Pilihan rayaSunting

Calon dalam Pilihan Raya Perundangan Persekutuan 1955[2]Sunting

No Kawasan Pilihan Raya Negeri Nama Catatan
1 Kinta Selatan Perak Mohamed Baki Haji Daud Kalah
2 Kinta Utara Perak C.M. Yusof Sheikh Abdul Rahman Kalah
3 Ipoh-Menglembu Perak Loh Ah Kee Kalah
4 Sungei Perak Hilir Perak Meor Ahmad Meor Yusof Kalah
5 Dindings Perak Mohamed Yunus Mahmood Kalah
6 Larut-Matang Perak Wan Zarazillah Wan Haji Ismail Kalah
7 Krian Perak Mohamed Jan Ngah Mohamed Kalah
8 Batang Padang Perak Mohamed Shamshuddin Haji Hamzah Kalah

RujukanSunting