Parti Kebebasan dan Keadilan
Parti Kebebasan dan Keadilan (PKK) (Bahasa Arab: حزب الحرية والعدالة , Ḥizb al-ḥurriya wa al-’adala) ialah sebuah parti politik Islam[4][5] di Mesir. Parti ini secara nominalnya bebas, namun memiliki pautan kuat dengan Ikhwanul Muslimun Mesir, kumpulan politik terbesar dan paling tersusun di Mesir. Dalam pilihan raya pertamanya pada 2011/12, ia meletakkan calon di hampir separuh kawasan pilihan raya yang dipertandingkan.[10] Ia memenangi kebanyakannnya, menjadikannya parti terbesar di parlimen.[11]
Parti Kebebasan dan Keadilan حزب الحرية و العدالة | |
---|---|
![]() | |
Pengerusi | Mohammed Mursi[1] |
Naib Pengerusi | Essam el-Erian[2] |
Setiausaha Agung | Saad Al-Katatny[3] |
Slogan | Membawa kebaikan untuk Mesir (Bahasa Arab: نحمل الخير لمصر) |
Diasaskan | 30 April 2011 |
Ibu pejabat | 20 King El-Saleh Street Pulau Rawdah-Kaherah |
Akhbar | Freedom and Justice |
Ideologi | Islamisme[4][5] Demokrasi Islam Populisme[6] |
Kedudukan politik | Pertengahan kanan[7] |
Penggabungan nasional | Perikatan Demokratik Mesir |
Penggabungan antarabangsa | Ikhwanul Muslimun |
Warna rasmi | Biru, jingga dan hijau |
Dewan Rakyat | 213 / 508 [8][9] |
Tapak web | |
http://www.hurryh.com/ (Arab) http://www.fjponline.com/ (Inggeris) | |
Politik Mesir Parti politik Pilihan raya |
SejarahSunting
Ikhwanul Muslimun mengumumkan pada 21 Februari 2011, selepas revolusi Mesir 2011, yang ia berhasrat menubuhkan Parti Kebebasan dan Keadilan, yang akan dipimpin Saad Al-Katatny.[12][13]
Seterusnya parti ini diasaskan secara rasmi pada 30 April 2011, lalu mengumumkan yang ia akan bertanding dalam hampir separuh kerusi pada pilihan raya parlimen yang mendatang. Badan perundangan Ikhwan melantik Mohammed Mursi sebagai presiden Parti Kebebasan dan Keadilan, Essam el-Erian sebagai naib presiden, dan Saad Al-Katatny sebagai setiausaha agung.[3][14] Ketiga-tiga mereka merupakan mantan anggota Maktab al-Irshad, badan tertinggi dalam Ikhwanul Muslimun Mesir.[10]
Parti ini dijangka memenangi sebahagian besar kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya 2011 – i.e., hampit separuh kerusi parlimen – kerana tiada parti lain yang "memiliki apa-apa yang menghampiri tahap rangkaian penyokong" yang dimilikinya. Tambahan pula, Ikhwan juga bekerjasama dengan calon bebas dan berjanji memberi sokongan.[10]
Akhirnya ia membentuk Perikatan Demokratik Mesir bersama-sama dengan 10 parti lain dan memenangi 235 daripada sejumlah 498 kerusi, atau 47%.[15][11]
Kemudian dalam pilihan raya presiden 2012, Mohammed Mursi menjadi Presiden Mesir selepas memenangi pusingan kedua.
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ د.مرسى رئيساً لحزب"الحرية والعدالة"..وخوض انتخابات الشعب فى حدود 45 إلى 50 % sharqiaonline
- ^ مرسي والعريان والكتاتني يسلمون مهامهم بجماعة الإخوان للتفرغ لحزب الحرية والعدالة | الدستور Dostor
- ^ a b "Egypt's Muslim Brotherhood selects hawkish leaders | Al-Masry Al-Youm: Today's News from Egypt". Al-Masry Al-Youm. 30 April 2011. Dicapai pada 20 Disember 2011.
- ^ a b "Egypt's Islamists announce own political party", Dawn, 30 Apr 2011, dicapai pada 28 Disember 2011
- ^ a b "Egypt Islamists form 'non-theocratic' party", The Peninsula, 1 May 2011, dicapai pada 28 Disember 2011
- ^ الأقباط متحدون | الحملة الوطنية لمراقبة الانتخابات: الإخوان والسلفيون يواصلون استغلال الخطاب الديني والأطفال في الدعاية Copts United
- ^ "الجزار": نقدر كل الانتماءات السياسية دون اتهام لأحد بالخيانة اليوم السابع
- ^ Egypt's MB wins most parliamentary seats PressTV
- ^ هيمنة الإسلاميين على برلمان مصر Al Jazeera
- ^ a b c Foreign Affairs magazine, September Oktober 2011, "The Unbreakable Muslim Brotherhood", oleh Eric Trager, m/s. 114–222
- ^ a b Interactive: Egypt's new parliament blocs Al Jazeera English
- ^ "The Muslim Brotherhood Official English Website". Ikhwanweb. 23 Februari 2011. Dicapai pada 20 Disember 2011.
- ^ Earl Cox (23 Februari 2011). "Muslim Brotherhood sits at Egypt's new democratic table". Jpost.com. Dicapai pada 20 Disember 2011.
- ^ "Egypt: Muslim Brotherhood sets up new party". BBC News. 30 April 2011. Dicapai pada 20 Disember 2011.
- ^ Egypt's post-Mubarak legislative life begins amid tension and divisions - News - Elections 2011 Ahram Online
Pautan luarSunting
- Laman Facebook rasmi di Facebook
- Ikhwan Online (Arab)
- Ikhwan Web (Inggeris)
Rencana berkenaan sebuah parti politik Mesir ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |