Parti Kemajuan Malaysia

Parti Kemajuan Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysia Advancement Party, Tamil: மலேசிய முன்னேற்றக் கட்சி, rumi: Malēciya Muṉṉēṟṟak Kaṭci; abbrev: MAP) merupakan sebuah parti politik yang khusus mewakili komuniti / masyarakat india di Malaysia.

Parti Kemajuan Malaysia
Malaysia Advancement Party
மலேசிய முன்னேற்றக் கட்சி

MAP
SingkatanMAP
PresidenP. Waytha Moorthy
PengasasP. Waytha Moorthy
Ditubuhkan16 Julai 2019
IdeologiEgalitarianisme
Humanisme
WarnaKuning, putih, merah & ungu
Dewan Negara:
1 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 222
Dewan Undangan Negeri Sabah:
0 / 60
Laman sesawang
www.malaysianadvancementparty.org
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Pengenalan sunting

MAP ditubuhkan oleh Yang Berhormat Tuan Senator P. Waytha Moorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri portfolio Menteri Perpaduan Nasional dan Sosial. Beliau juga merupakan mantan Pengerusi HINDRAF.[1][2]

Beliau telah menghantar permohonan ke Ros Malaysia pada bulan September 2018 dan sah didaftarkan sepenuhnya pada 16 Julai 2019.[3] Waytha Moorthy mengumumkan kepada umum sejurus pengesahan pendaftaran diluluskan.[4]

Kemudian, beliau mengumumkan meninggalkan HINDRAF bagi menumpukan sepenuhnya hala tuju parti serta kepimpinan yang baharu.[5][6][7]

Objektrif utama MAP ialah melindungi, menyokong dan memajukan masyarakat india Malaysia dalam pelbagai sektor seperti politik, ekonomi, pendidikan, sukan, sosial, warisan dan budaya dan keagamaan. [8]

Beliau juga mengesahkan MAP akan bekerjasama dengan semua parti komponen di dalam Pakatan Harapan bagi merealisasikan kerajaan Malaysia Baru pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.[4][5][9][10][11][12][13][14]

Dewan Negara (Dewan Senat) Malaysia sunting

Ahli Dewan Negara sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Waytha Moorthy launches new party to protect and promote interests of Indian community". The Star Online. 8 September 2018. Dicapai pada 27 May 2019.
  2. ^ "Hindraf tubuh Malaysia Advancement Party wakili kaum India". Bernama. Free Malaysia Today. 10 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-22. Dicapai pada 27 May 2019.
  3. ^ "Parti baharu untuk kaum India tunggu kelulusan RoS - Waytha Moorthy". Bernama. Utusan Malaysia. 8 September 2018. Dicapai pada 27 May 2019.
  4. ^ a b Austin Camoens (16 July 2019). "New political party formed to address interests of Indian community". The Star Online. Dicapai pada 21 July 2019.
  5. ^ a b "Waytha Moorthy heads new Indian political party". The Star Online. 17 July 2019. Dicapai pada 21 July 2019.
  6. ^ Kasthuri Jeevendran (16 July 2019). "Waytha Moorthy tinggalkan Hindraf, tubuh parti baharu". Malaysia Gazette. Dicapai pada 21 July 2019.
  7. ^ "Waytha Moorthy letak jawatan Pengerusi Hindraf, tubuh parti untuk masyarakat India". Astro Awani. 16 July 2019. Dicapai pada 21 July 2019.
  8. ^ "Waytha launches Malaysian Advancement Party for Indian interests". Malaysiakini. 16 July 2019. Dicapai pada 21 July 2019.
  9. ^ Geraldine Tong (16 July 2019). "Parti baru Waytha beri mesej salah bagi perpaduan kaum - MP DAP". Malaysiakini. Dicapai pada 21 July 2019.
  10. ^ Suganthi Suparmaniam (16 July 2019). "MIC not worried about Waytha Moorthy's new party, says Vigneswaran". New Straits Times. Dicapai pada 21 July 2019.
  11. ^ "Problem is not Waytha, but his boss Dr M – PSM on new 'Indian' party". Malaysiakini. 16 July 2019. Dicapai pada 21 July 2019.
  12. ^ Suganthi Suparmaniam (17 July 2019). "Uphill climb for Waytha and his new party, say analyst". New Straits Times. Dicapai pada 21 July 2019.
  13. ^ "Waytha slammed for creating new party for Indians!". Astro Ulagam. 17 July 2019. Dicapai pada 21 July 2019.
  14. ^ P Ramasamy (17 July 2019). "MAP or no map for Indian community". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-22. Dicapai pada 21 July 2019.

Pautan luar sunting