Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)[1] ialah sebuah parti politik di Malaysia, dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang ditubuhkan pada 1995.

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air
PemimpinMasrum Dayat
PengasasDatuk Zaid Ibrahim
Ditubuhkan19 Januari 2011
PecahanParti Keadilan Rakyat
Didahului olehAngkatan Keadilan Insan Malaysia
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor
Keanggotaan15,000
IdeologiKeadilan sosial
Laman sesawang
http://www.partikita.com

Sejarah penubuhan sunting

Parti KITA pada mulanya ditubuhkan sebagai parti serpihan dari Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2011, berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu.

Pada 15 Disember 2010, Datuk Zaid Ibrahim, seorang bekas pemimpin parti UMNO dan PKR, dilantik sebagai Presiden baru parti ini (kemudiannya dipanggil "Ketua Parti") dalam sebuah mesyuarat yang turut menyaksikan perubahan perlembagaan baru dan nama baru parti menjadi "Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air" (KITA)[2] dan dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh Ketua Parti barunya di Kuala Lumpur.[3][4] Walau bagaimanapun, Zaid Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua parti KITA pada 2012.[5]

Ketua Parti sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-18. Dicapai pada 2010-12-15.
  2. ^ AKIM jadi KITA, Zaid Ibrahim jadi presiden, Malaysiakini, 15 Disember 2010. Dicapai pada 15 Disember 2010.
  3. ^ Kita off to glittery launch Diarkibkan 2011-01-20 di Wayback Machine, The Malaysian Insider , 19 Januari 2011. Dicapai pada 19 Januari 2011.
  4. ^ Parti dirasmi: KITA tidak lagi berseorangan, Malaysiakini, 19 Januari 2011. Dicapai pada 19 Januari 2011.
  5. ^ "No basis for ROS ultimatum, says KITA chief". Free Malaysia Today. 22 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-10. Dicapai pada 22 June 2014.
  6. ^ Akim renamed Kita, Zaid’s presidentThe Malaysian Insider , 15 Disember 2010. Dicapai pada 19 Januari 2011.

Pautan luar sunting