Parti Malaya (Bahasa Inggeris: Malayan Party, singkatan: MP) adalah sebuah parti politik di Malaysia.

SejarahSunting

Parti Malaya ditubuhkan oleh Tan Gee Gak pada 24 Oktober 1956 di Melaka dengan sokongan Persekutuan Gabungan Persatuan-persatuan Cina dan Dewan Perniagaan Cina Melaka (di mana Tan adalah presidennya).[1] Penubuhannya adalah merupakan hasil kebimbangan terhadap pendirian Parti Perikatan dalam proses penggubalan perlembagaan, dan party tersebut sengaja ditubuhkan pada Hari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menunjukkan sokongannya terhadap Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.[1] Ianya juga menyokong status Melaka sebagai jajahan mahkota atau crown colony, yang membenarkan kaum keturunan Cina dan India mempunyai hak yang lebih berbanding dengan negeri-negeri Melayu yang lain.[1]

Parti Malaya telah berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kerajaan tempatan 1956, 1957 and 1958 di Melaka. Walaupun ianya gagal untuk memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan raya negeri Melaka 1959,[2] dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ianya telah berjaya memenangi satu kerusi Parliamen, Kota Melaka oleh Tan.[1] Bagaimanapun, parti tersebut telah dibubarkan pada Mac 1964 apabila Tan menyertai kembali Persatuan Cina Malaysia (MCA),[1] iaitu parti yang ditinggalkan beliau untuk menubuhkan MP dahulu.[3]

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e Haruhiro Fukui (1985) Political parties of Asia and the Pacific, Greenwood Press, pp742–743
  2. ^ Malayan Party is 'undeterred' The Straits Times, 26 May 1959
  3. ^ Kee Gak to rejoin MCA The Straits Times, 4 March 1964