Parti Marhaen

parti politik di Malaysia


Parti Marhaen Malaysia ditubuhkan pada 1968 oleh Ahmad Boestamam dan lain-lain aktivis sosial termasuk Ishak Haji Muhammad yang meninggalkan Barisan Sosialis yang semakin lemah dan kucar-kacir. Menggunakan falsafah perjuangan Marhaen, istilah pergerakan politik yang popular di Indonesia bermaksud golongan petani dan kelas pekerja[1] berpegang kepada ideologi sosialis yang bertujuan menghapuskan kesan pengaruh penjajah dan berjuang ke arah masyarakat yang bersifat nasionalisme atau kebangsaan serta keadilan sosial. Namun Parti Marhaen tidak mahu dikaitkan dengan Indonesia. Parti Marhaen cuba untuk menghidupkan kembali kejayaan lepas Barisan Sosialis di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 tetapi gagal dan terus menjadi parti terkubur.[2]

Parti Marhaen
PemimpinAhmad Boestamam
Ditubuhkan20 Julai 1968
Dibubarkan1974
IdeologiSosialis

sunting

Lihat juga sunting

Pautan Luar sunting


Rujukan sunting