Buka menu utama

Parti Nasional Basque (Bahasa Sepanyol: Partido National Vasco; Bahasa Basque: Euzko Alderdi Jeltzalea, EAJ) adalah sebuah parti politik tempatan di Negara Basque, Sepanyol yang didirikan pada 1895 oleh Sabino Arana (1865-1903). Parti ini berfahaman separatisme dengan tujuan memisahkan dan memerdekakan Negara Basque dari Kerajaan Sepanyol.[13][14][15]

Partai Nasional Basque
Euzko Alderdi Jeltzalea (Basque)
Partido Nacionalista Vasco (Spanyol)
Parti Nationaliste Basque (Perancis)
PresidenAndoni Ortuzar
PengasasSabino Arana
Diasaskan1895 (1895)
Ibu pejabatSabin Etxea, Ibáñez de Bilbao, 16
Bilbao
Sayap beliaEuzko Gaztedi
IdeologiNasionalisme Basque[1][2][3][4]
Federalisme Eropah[5]
Nasionalisme awam
Kedaerahan[6]
Demokrasi Kristian[4][7]
Konservatisme[8]
Liberalisme konservatif[9]
Kedudukan politikTengah kanan[10][11]
Penggabungan antarabangsaTidak ada, sebelumnya Aliansi Demokrat[12]
Penggabungan EropahParti Demokrat Eropah
Kumpulan Parlimen EropahAliansi Liberal dan Demokrat untuk Eropah
Warna rasmiMerah
hijau
putih
Dewan Perwakilan
5 / 18
Senat Sepanyol
6 / 15
Parlimen Eropah
1 / 54
Parlimen Basque
28 / 75
Parlimen Navarra
4 / 50
Di dalam Geroa Bai
Juntas Generales
54 / 153
Anggota majlis perbandaran kawasan autonomi Basque
1,017 / 2,628
Tapak web
www.eaj-pnv.eus
Politik Sepanyol
Parti politik
Pilihan raya

SejarahSunting

Parti ini didirikan oleh "bapa nasionalisme Basque", Sabino Arana pada 1895 di Bilbao, Negara Basque, Sepanyol. Partai ini awalnya didrikan oleh Sabino Arana hanya untuk memenangkan pemilihan umum lokal di Negara Basque, namun kemudian partai ini berkembang ke seluruh wilayah yang dihuni oleh kelompok minoriti kaum Basque seperti di Navarra, Hegoalde dan Ipparalde. Malah, pegnaruh partai ini turut meraih simpati sehingga ke seluruh wilayah Kerajaan Sepanyol dan seluruh bekas koloni Sepanyol di benua-benua Amerika (Venezuela, Mexico, Argentina, Chile dan sebahagian Amerika Syarikat). Terdapat juga puak pemisah di Catalonia yang memihak kepada parti ini atas matlamat yang sama, termasuk juga pengalaman mereka sebagai warga Catalonia yang ditindas teruk dalam Perang Saudara Sepanyol.[13][14][15][16]

Perang Saudara Sepanyol (1936-1939)Sunting

Saat Perang Saudara Sepanyol meletus pada 1936 antara pemerintah Republik Sepanyol Kedua melawan pihak Nasionalis pimpinan oleh Francisco Franco, masyarakat kaum Basque yang diwakili partai ini (pada ketika itu dipimpin oleh Jose Antonio Aguirre, mantan pemain Athletic Bilbao yang kemudiannya menjadi Presiden "Lehendakari" pertama Negara Basque) - bersama-sama dengan Catalonia yang dipimpin oleh Lluis Companys - memihak kepada kubu Loyalis Republik, dengan alasan, bahwa semasa pemerintahan Republik, Basque (dan juga Catalunya) memiliki autonomi yang sangat luas namun mungkin akan dirampas balik oleh kerajaan Franco dan para pendukungnya.[13][17]

Zaman rejim FrancoSunting

Kekalahan kubu Republik Sepanyol, menampakkan kesan yang cukup signifikan terhadap perkembangan nasionalisme Basque. Di bawah kepemimpinan Francisco Franco, Sepanyol berubah menjadi sebuah negara yang autoritarian yang berlanjutan selama lebih kurang empat dekad, selama itu pula Partai Nasional Basque ditekankan sehingga tidak dapat berkembang. Pemimpin mereka pada ketika itu, Jose Antonio Aguirre, melarikan diri ke Perancis; pendudukan Jerman Nazi pada 1941 memaksa Aguirre berpindah ke Amerika Syarikat.[13][18]

Ketidakberdayaan para elit EAJ dalam menghadapi Franco mengecewakan sebahagian anggota parti ini, terutamanya dari golongan pemuda yang radikal. Maka pada 1959, puak yang radikal dalam parti ini berpecah kemudiannya mendirikan Euskadi Ta Askatasuna, sebuah organisasi pengganasan yang menginginkan kemerdekaan untuk bangsa Basque dengan cara-cara kekerasan dan perang melawan Sepanyol.[14][19]

Pasca Reformasi SepanyolSunting

Sepanyol kembali kepada pemerintahan berdemokrasi selepas kematian Francisco Franco pada 1975. Hak-hak warga Sepanyol yang hilang ketika pemerintahan Franco dikembalikan, termasuk autonomi daerah Negara Basque Pada 1979, setelah Perlembagaan 1978 diratifikasi oleh Kerajaan Sepanyol, Basque secara resmi mendapatkan kembali hak autonominya namun bukanlah sebagai sebuah "negara" seperti di masa Republik Sepanyol Kedua tetapi lebih kepada hanya sebuah komuniti berautonomi. Pada tahun yang sama pula, EAJ dibentuk semula untuk memeprejuangkan kembali kemerdekaan Basque, namun mereka kini menentang ETA kerana menganggap cara kekerasan dianggap hanya akan menambahkan masalah bagi rakyat Basque. Pada 2008, EAJ juga melakukan pungutan suara sama ada ETA harus mendapat sokongan, keputusannya jelas berpihak kepada jawapan "tidak".[20]

Sepakterjang EAJ dalam politik dalam negeri, untuk mempertahankan kontrol pemerintahan di Basque, pada tahun 1980-an hingga 90-an, EAJ bergabung dengan Parti Penggabungan dan Persatuan Catalan (CiU) pada tahun 1996 dalam mendukung Parti Rakyat Sepanyol. Pada peringkat politik se-Eropah pula, EAJ bersekutu dengan Parti Demokrat Eropah dan Aliansi Liberal dan Demokrat untuk Eropah (ALDE).[13][15]

IdeologiSunting

Partai Nasional Basque (EAJ) yang didrikan oleh Sabino Arana, pada mulanya adalah sebuah partai kanan jauh, dengan ciri rasis, xenofobia, dan cauvinis, tetapi meskipun begitu sifat-sifat kanan jauh yang dimiliki parti ini tidak berlaku untuk seluruh bangsa bukan Basque, Arana tidak pernah bermasalahan dengan orang Non-Basque yang hidup di wilayahnya sendiri, tetapi Sabino Arana mempermasalahkan orang bukan Basque yang tinggal di Basque dan mengaku sebagai orang Basque, hal inilah yang membuatnya risih. EAJ kemudian mengguna pakai fahaman Sabino Arana dan menjadi sebuah partai yang sebenarnya pada awal berdirinya sukar dikenalpasti kerana ideologi mereka kanan jauh, namun matlamat mereka yang anti-negara menunjukkan sifat kiri jauh.

Ketika memasuki era Republik Sepanyol Kedua, hinggalah ke Sepanyol rejim Franco, EAJ mulai secara perlahan menghilangkan sifat-sifat radikal kanannya, mungkin ini disebabkan karena kedekatan mereka dengan Pemerintah Republik yang didukung oleh kelompok sayap kiri. Sejak saat itu fahaman mereka mulai sedikit bergeser menjadi kanan tengah, dengan menggunapakai fahamane konservatisme dan liberalisme, namun tetap mempertahankan nasionalisme Basque sebagai ideologi asas dan tujuan organisasi.

Keputusan pilihan rayaSunting

Parlimen BasqueSunting

Parlimen Basque
Tahun Jumlah undian % Bilangan kerusi Status Ketua
1980 349,102 (#1) 37.95
25 / 60
Pemerintah Carlos Garaikoetxea
1984 451,178 (#1) 41.81
32 / 75
Pemerintah Carlos Garaikoetxea
1986 271,208 (#1) 23.60
17 / 75
Pemerintah José Antonio Ardanza
1990 289,701 (#1) 28.28
22 / 75
Pemerintah José Antonio Ardanza
1994 304,346 (#1) 29.32
22 / 75
Pemerintah José Antonio Ardanza
1998 350,322 (#1) 27.62
21 / 75
Pemerintah Juan José Ibarretxe
2001 dengan PNV–EA
26 / 75
Pemerintah Juan José Ibarretxe
2005 dengan PNV–EA
21 / 75
Pemerintah Juan José Ibarretxe
2009 399,600 (#1) 38.14
30 / 75
Pembangkang Juan José Ibarretxe
2012 384,766 (#1) 34.16
27 / 75
Pemerintah Iñigo Urkullu
2016 398,168 (#1) 37.36
28 / 75
Pemerintah Iñigo Urkullu

Kongres Perwakilan SepanyolSunting

Kongres Perwakilan Sepanyol
Tahun Sepanyol Negara Basque Status
Jumlah undian % Bilangan kerusi Jumlah undian % Bilangan kerusi
1977 314,272 (#8) 1.72
8 / 350
296,193 (#1) 29.28
8 / 21
Pembangkang
1979 296,597 (#8) 1.65
7 / 350
275,292 (#1) 27.57
7 / 21
Pembangkang
1982 395,656 (#7) 1.88
8 / 350
379,293 (#1) 31.73
8 / 21
Pembangkang
1986 309,610 (#6) 1.53
6 / 350
304,675 (#1) 27.82
6 / 21
Pembangkang
1989 254,681 (#6) 1.24
5 / 350
252,119 (#1) 22.78
5 / 21
Pembangkang
1993 291,448 (#6) 1.24
5 / 350
287,908 (#2) 24.05
5 / 19
Pembangkang
1996 318,951 (#5) 1.27
5 / 350
315,793 (#1) 25.04
5 / 19
Pembangkang
2000 353,953 (#5) 1.53
7 / 350
347,417 (#1) 30.38
7 / 19
Pembangkang
2004 420,980 (#6) 1.63
7 / 350
420,980 (#1) 33.72
7 / 19
Pembangkang
2008 306,128 (#5) 1.19
6 / 350
306,128 (#2) 27.11
6 / 18
Pembangkang
2011 324,317 (#7) 1.33
5 / 350
324,317 (#1) 27.41
5 / 18
Pembangkang
2015 302,316 (#8) 1.20
6 / 350
302,316 (#2) 24.72
6 / 18
Pembangkang
2016 287,014 (#7) 1.19
5 / 350
287,014 (#2) 24.86
5 / 18
Pembangkang

SenatSunting

Senat Sepanyol
Tahun Sepanyol Negara Basque
Bilangan kerusi Jumlah undian % Bilangan kerusi
1977
6 / 207
6 / 12
1979
8 / 208
8 / 12
1982
7 / 208
7 / 12
1986
7 / 208
7 / 12
1989
4 / 208
4 / 12
1993
3 / 208
3 / 12
1996
4 / 208
4 / 12
2000
6 / 208
6 / 12
2004
6 / 208
6 / 12
2008
2 / 208
2 / 12
2011
4 / 208
4 / 12
2015
6 / 208
6 / 12
2016
5 / 208
5 / 12

Parlimen EropahSunting

Parlimen Eropah
Tahun Sepanyol Negara Basque
Jumlah undian % Bilangan kerusi Jumlah undian %
1987 dengan UE
0 / 60
208,135 (#2) 19.39
1989 dengan CN
1 / 60
201,809 (#1) 20.95
1994 dengan CN
1 / 64
233,626 (#1) 25.85
1999 dengan CN–EP
1 / 64
392,800 (#1) 33.93
2004 dengan Galeusca
1 / 54
249,143 (#1) 35.28
2009 dengan CEU
1 / 54
208,432 (#1) 28.54
2014 dengan CEU
1 / 54
208,987 (#1) 27.48

RujukanSunting

  1. ^ Ahedo, Igor (2005), "Political parties in the Basque autonomous community", Basque Society: Structures, Institutions, And Contemporary Life, Center for Basque Studies, m/s. 177 
  2. ^ Ramiro, Luis; Morales, Laura (2007), "European integration and Spanish parties: Elite empowerment amidst limited adaptation", The Europeanization of National Political Parties: Power and organizational adaptation, Routledge, m/s. 145 
  3. ^ Pallarés, Francesc; Keating, Michael (2006), "Multi-level electoral competition: sub-state elections and party systems in Spain", Devolution and electoral politics, Manchester University Press, m/s. 101 
  4. ^ a b Gibbons 1999, m/s. 25: «the PNV, a Basque nationalist and Christian democratic party»
  5. ^ "El PNV aboga por una Europa federal sin Estados-Nación" (dalam bahasa Spanish). 24 March 2013. Dicapai 15 January 2018. 
  6. ^ Magone, José M. (2009), Contemporary Spanish Politics (edisi Second), Routledge, m/s. 170 
  7. ^ Papini, Roberto (2010), "The Identity of the Christian Democratic Movement and Theory of Democracy", Religion, the Enlightenment, and the New Global Order, Columbia University Press, m/s. 259 
    Keating, Michael (2009), "Nationalist Movements in Comparative Perspective", The Modern SNP: From Protest to Power, Edinburgh University Press, m/s. 208 
  8. ^ Basabe Lloréns, Felipe (2003), "Spain: the emergence of a new major actor in the European arena", Fifteen Into One?: The European Union and Its Member States, Manchester University Press, m/s. 207 
    Irvin, Cynthia L. (2000), "Negotiating End Games: A Comparative Analysis of the IRA and ETA", Reconcilable Differences: Turning Points in Ethnopolitical Conflict, Kumarian Press, m/s. 191 
    Newton, Michael T. (1997), Institutions of Modern Spain: A Political and Economic Guide, Cambridge University Press, m/s. 207 
  9. ^ Hans Slomp (2011). Europe, A Political Profile: An American Companion to European Politics [2 volumes]: An American Companion to European Politics. ABC-CLIO. m/s. 519. ISBN 978-0-313-39182-8. 
  10. ^ Mateos, Araceli; Penadés, Alberto (2013). "España: crisis y recortes" (pdf). Revista de ciencia política (Santiago) (dalam bahasa Spanish). 33 (1): 175. ISSN 0718-090X. Dicapai 4 Januari 2016. Convergencia i Unió (CiU) y el Partido Nacionalista Vasco (PNV-EAJ) son los partidos nacionalistas de centro-derecha en Cataluña y el País Vasco, respectivamente 
  11. ^ Gabriel Gatti; Ignacio Irazuzta; Iñaki Martínez de Albeniz, para penyunting (2005). "Political parties". Basque Society: Structures, Institutions, and Contemporary Life. University of Nevada Press. m/s. 177. ISBN 978-1-877802-25-6. 
  12. ^ Nuñez, Xosé-Manoel (2003), "A State of Many Nations: The Construction of a Plural Spanish Society since 1976", The Social Construction of Diversity, Berghahn Books, m/s. 287 
    Keating, Michael; Loughlin, John; Deschouwer, Kris (2003), Culture, Institutions, and Economic Development: A Study of Eight European Regions, Edward Elgar Publishing, m/s. 55 
  13. ^ a b c d e "Basque Nationalist Party | political organization, Basque region". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-14. 
  14. ^ a b c "Basque political scenario | Covite Covite". covite.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-14. 
  15. ^ a b c "POLITIFILE :: Partido Nacionalista Vasco ~ Basque Nationalist Party (EAJ-PNV) – Progressive Spain". progressivespain.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-14. 
  16. ^ (Skripsi) Gilang Syawal Ajiputra, Etnonasionalisme di Spanyol: Studi Tentang Konflik Separatisme Etnis Basque dan Catalan, (Jakarta: FISIP UIN Jakarta, 2017) hal. 71 - 72
  17. ^ (Skripsi) Gilang Syawal Ajiputra, Etnonasionalisme di Spanyol: Studi Tentang Konflik Separatisme Etnis Basque dan Catalan, (Jakarta: FISIP UIN Jakarta, 2017) hal. 47 - 48 dan 75
  18. ^ (Skripsi) Gilang Syawal Ajiputra, Etnonasionalisme di Spanyol: Studi Tentang Konflik Separatisme Etnis Basque dan Catalan, (Jakarta: FISIP UIN Jakarta, 2017) hal. 52 - 53
  19. ^ (Skripsi) Gilang Syawal Ajiputra, Etnonasionalisme di Spanyol: Studi Tentang Konflik Separatisme Etnis Basque dan Catalan, (Jakarta: FISIP UIN Jakarta, 2017) hal. 76 - 77
  20. ^ (Skripsi) Gilang Syawal Ajiputra, Etnonasionalisme di Spanyol: Studi Tentang Konflik Separatisme Etnis Basque dan Catalan, (Jakarta: FISIP UIN Jakarta, 2017) hal. 79