Parti Pejuang Tanah Air

parti politik di Malaysia

Parti Pejuang Tanah Air (Jawi: ڤرتي ڤجواڠ تانه اءير, juga singkatan: PEJUANG) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dipimpin oleh Presidennya iaitu Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir. Parti PEJUANG telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 8 Julai 2021 (telah dibubarkan pada 17Julai) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan penggunaan logo Parti PEJUANG telah disahkan serta ditapis oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Tun Dr. Mahathir bin Mohamad iaitu Pengerusi Parti PEJUANG ketika itu telah menerima surat kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri iaitu Dato' Seri Hamzah Zainudin serta surat kelulusan daripada ROS pada 8 Julai 2021.[perlu rujukan] Parti PEJUANG sebahagian daripada komponen gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) sebelum meninggalkan gabungan tersebut pada bulan Januari 2023.

Parti Pejuang Tanah Air
ڤرتي ڤجوڠ تانه اير
SingkatanPEJUANG
PresidenDato' Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir
Setiausaha agungDato' Wira Ir. Amiruddin Hamzah
PengasasTun Dr. Mahathir Mohamad
Ditubuhkan12 Ogos 2020
Didaftarkan8 Julai 2021
Disahkan8 Julai 2021
(sebagai parti politik rasmi)
PecahanParti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Ibu pejabatN-02-08, Blok N, Conezion Commercial Centre, Lebuhraya IRC3, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Sayap wanitaPejuanita
Sayap pemudaPejuang Muda
Sayap pemudiPejuanita Muda
Ideologi
Kedudukan politikSayap Kanan
AgamaIslam
Warna         
SloganPejuang Berprinsip
Lagu partiBerjuang Untukmu
Dewan Negara Malaysia
0 / 70
Dewan Rakyat Malaysia
0 / 222
Dewan Undangan Negeri
5 / 607
Menteri Besar dan Ketua Menteri
0 / 13
Bendera parti
Laman sesawang
https://pejuang.org.my/

Parti politik di Malaysia

Sejarah penubuhan sunting

PEJUANG ditubuhkan selepas bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya iaitu Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir (bekas Menteri Besar Kedah), Dato' Wira Haji Ir. Amiruddin Hamzah (bekas Timbalan Menteri Kewangan), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia) dan Dr. Maszlee Malik (bekas Menteri Pendidikan Malaysia) digugurkan keahlian daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 28 Mei 2020.[1] Keahlian mereka digugurkan kerana duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei.[2] Pada 9 Jun, Tun Mahathir dan enam orang yang lain mengemukakan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ROS atas keguguran keahlian mereka.[3]

Pada 12 Jun, Tun Mahathir menyatakan secara sinis bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu bernama Parti Apa Aku Dapat (AAD) ekoran perpecahan dalam kalangan ahli BERSATU.[4]

Pada 9 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh pembatalan saman tersebut pada 8 Ogos. Pada 14 Julai, Tun Mahathir bersama penyokongnya mengumumkan berkemungkinan akan bertanding dengan sebuah parti baharu jika terdapat Pilihan raya umum Malaysia (PRU) mengejut.[5] Pada hari Sabtu 25 Julai pula, Tun Mahathir berujar bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu atau menyertai parti sedia ada sekiranya keputusan mahkamah pada 8 Ogos tidak berpihak kepada beliau.[6]

Pada 7 Ogos, mahkamah telah membenarkan Muhyiddin membatalkan saman oleh Mahathir.[7] Susulan itu, Mahathir mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu yang akan mendokong dasar awal penubuhan BERSATU pada pukul 4 petang, hari Jumaat 7 Ogos di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur.[8] Parti ini tidak terikat dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).[9] Nama parti tersebut ketika itu belum diumumkan[10] namun Sinar Harian melaporkan bahawa namanya ialah Parti Bersatu Rakyat Malaysia.[11] Jawatan Pengerusi parti akan disandang oleh beliau manakala jawatan Presiden pula akan dipangku oleh anaknya iaitu Mukhriz Mahathir.[12][13]

Pada 12 Ogos, nama parti tersebut diumumkan sebagai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).[14] Pada 19 Ogos, PEJUANG telah membuat pendaftaran sebagai sebuah parti politik yang sah di Malaysia. Lambangnya yang menggunakan huruf pa (ڤ) juga dipaparkan kepada umum.[15]

Begitupun, parti tersebut masih belum didaftarkan secara rasmi dengan ROS pada masa itu.[16][17] Tindakan ROS yang seolah-olah bertindak lewat dalam pendaftaran PEJUANG menyebabkan pihak PEJUANG memfailkan tindakan mahkamah secara mandamus terhadap ROS di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memaksa kelulusan atau penolakan pendaftaran parti pada Disember.[18] Pendaftaran parti tersebut disahkan ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 7 Januari 2021.[19]

PEJUANG bertanding pada pilihan raya kecil Slim pada 29 Ogos 2020. Namun, calonnya Amir Kusyairi Mohd Tanusi[catatan 1] tewas kepada calon daripada Barisan Nasional (BN) iaitu Mohd Zaidi Aziz.[20]

Pada 16 April 2021, Timbalan Presiden PEJUANG iaitu Datuk Wira Marzuki Yahya mengatakan "jika Parti PEJUANG ditakdirkan untuk bekerja bersama Perikatan Nasional, ia hanya dilakukan demi kepentingan negara".[perlu rujukan]

Pada 8 Julai 2021, Parti PEJUANG didaftarkan sepenuhnya (diluluskan) dan diiktiraf secara rasmi sebagai sebuah parti politik. Mahathir selaku Pengerusi Parti PEJUANG telah menerima surat kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri iaitu Dato' Seri Hamzah Zainudin lantas mendapat surat-surat kelulusan daripada ROS mengenai kelulusan parti ini menjadi sebuah parti politik yang sah.[perlu rujukan]

Struktur kepemimpinan sunting

Wakil rakyat sunting

Dewan Negara sunting

Senator sunting

Parti ini tidak mempunyai wakil dalam Dewan Negara.

Dewan Rakyat sunting

Ahli Parlimen Malaysia sunting

Parti ini tidak mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat.

Dewan Undangan Negeri sunting

Ahli Dewan Undangan Negeri sunting

Negeri No Kawasan Negeri Ahli Catatan
  Kedah N06 Jitra Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir Bekas Menteri Besar Kedah
N15 Anak Bukit Dato' Wira Haji Ir. Amiruddin Hamzah
  Selangor N7 Batang Kali Harumaini Omar
N12 Jeram Mohd Shaid Rosli
N13 Kuang Sallehudin Amiruddin
Jumlah Kedah (2), Selangor (3)

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Secara rasmi, Amir Khusyairi bertanding atas tiket calon bebas kerana pada masa itu, PEJUANG masih belum didaftar secara rasmi oleh RoS.

Rujukan sunting

  1. ^ "Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain digugur keahlian Bersatu" (kenyataan media). 28 Mei 2020. Dicapai pada 12 Ogos 2020 – melalui Astro Awani.
  2. ^ Mohd Nasaruddin Parzi (28 Mei 2020). "BERSATU gugurkan keahlian Tun M, empat yang lain". BH Online. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  3. ^ Ahmad Johari Mohd Ali (9 Jun 2020). "Isu BERSATU: Tun M, 6 yang lain saman Muhyiddin". BH Online. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  4. ^ "Saya nak tubuh parti 'Apa Aku Dapat', sindir Mahathir". Malaysiakini.com. 12 Jun 2020. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  5. ^ "Mahathir sebut lagi kemungkinan tubuh parti baru". Malaysiakini.com. 23 Julai 2020. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  6. ^ "Parti baharu, sertai parti lain: Tunggu keputusan mahkamah - Dr Mahathir". BERNAMA. 25 Julai 2020. Dicapai pada 13 Ogos 2020 – melalui Astro Awani.
  7. ^ Nurul Huda Husain (7 Ogos 2020). "Mahkamah batal saman ke atas Muhyiddin, tiga lagi". Sinar Online. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  8. ^ Yusmizal Dolah Aling (7 Ogos 2020). "Tun M tubuh parti baharu". myMetro. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  9. ^ Raiham Mohd Sanusi (7 Ogos 2020). "Dr Mahathir tubuh parti baharu, tidak terikat dengan PH atau PN". Sinar Online. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  10. ^ Mohd Nasaruddin Parzi (7 Ogos 2020). "Parti baharu Tun M tak terikat dengan PN, PH". BH Online. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  11. ^ Hariz Mohd (7 Ogos 2020). "Mahathir dijangka umum parti baru petang ini". Malaysiakini.com. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  12. ^ Faiz Zainudin (7 Ogos 2020). "Dr Mahathir tubuh parti baru". Free Malaysia Today. Dicapai pada 13 Ogos 2020.[pautan mati kekal]
  13. ^ "Tun Dr Mahathir umum penubuhan parti baharu". BERNAMA. 7 Ogos 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-07. Dicapai pada 7 Ogos 2020.
  14. ^ Ridauddin Daud (12 Ogos 2020). "Tun M umum nama parti baharu, Parti Pejuang Tanah Air". Astro Awani. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  15. ^ Irwan Muhammad Zain (19 Ogos 2020). "Pejuang didaftar secara rasmi, guna huruf jawi 'Pa' sebagai logo". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
  16. ^ Kumar, B Nantha (12 Ogos 2020). "Parti Pejuang Tanah Air - Nama penuh parti baru Dr M". Malaysiakini.com. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  17. ^ Azman Ibrahim (13 Ogos 2020). "Tiada permohonan daftar Pejuang – ROS". Utusan Digital. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  18. ^ "Pejuang heret ROS ke mahkamah". Malaysiakini. 10 Disember 2020. Dicapai pada 9 Januari 2021.
  19. ^ Hidir Reduan Abdul Rashid, Annabelle Lee (7 Januari 2021). "ROS tolak pendaftaran Pejuang, Muda". Malaysiakini. Dicapai pada 9 Januari 2021.
  20. ^ "Pejuang lost, but the heat's on PPBM, says analyst" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-27. Dicapai pada 31 Ogos 2020.