Parti Perikatan India Muslim Nasional

parti politik di Malaysia

Parti Perikatan India Muslim Nasional (singkatan: IMAN, Jawi: ڤرتي ڤريكتن اينديا مسلم ناسيونل) ialah sebuah parti politik di Malaysia. Ia dianggotai oleh masyarakat India Muslim di Malaysia. IMAN ditubuhkan pada 28 Mei 2019 dengan nama Parti India Muslim Bersatu Malaysia (PIBM) untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat India Muslim bertitik tolak daripada kekecewaan masyarakat itu bahawa tiada parti untuk membela nasib mereka. Pada September 2020, PBIM meminda perlembagaan parti dengan menukar nama kepada Parti Perikatan India Muslim Nasional atau IMAN[1].

Parti Perikatan India Muslim Nasional
ڤرتي ڤريكتن اينديا مسلم ناسيونل
Nama Bahasa InggerisNational Indian Muslim Alliance Party
Nama Bahasa Tamilஇந்திய முஸ்லிம் கூட்டணி கட்சி
SingkatanIMAN
PresidenMohammed Mosin Abdul Razak
Setiausaha agungAmir Hamzah Abdul Rajak
PengasasSyed Jamarulkhan Kader (Presiden penaja)
Diasaskan28 Mei 2019 (2019-05-28) (sebagai Parti India Muslim Bersatu Malaysia)
Penggabungan kebangsaan
WarnaMerah dan Putih
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
0 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
0 / 222
Dewan Undangan Negeri
0 / 607

Pilihan raya sunting

IMAN membuat kemunculan pertama bertanding dalam pilihan raya di Malaysia dengan menghantar seorang calon, Abdul Aziz Osani Kasim di DUN Machap Jaya dalam Pilihan raya negeri Melaka 2021[2].

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ BADRUL HAFIZAN MAT ISA (7 November 2021). "Iman letak calon bertanding PRN Melaka". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 November 2021.
  2. ^ Reza A Hamid (15 November 2021). "PN Melaka: Mahir tiga bahasa bonus buat calon IMAN". MalaysiaGazette. Dicapai pada 20 November 2021.