Parti Perpaduan Nasional

(Dilencongkan daripada Parti Perpaduan Nasional (Singapura))

Parti Perpaduan Nasional (Inggeris: National Solidarity Party) ialah sebuah parti politik sayap tengah di Singapura. Ditubuhkan pada Julai 1987 oleh sekumpulan usahawan dari kelas pertengahan, ia telah mengambil bahagian dalam pilihanraya Singapura sejak 1988. Parti ini diketuai oleh Presidennya, Yip Yew Weng dan Setiausaha Jeneralnya, Steve Chia. Parti NSP diwakili dalam parlimen oleh Steve Chia yang dilantik sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasanundi dari 2002 hingga 2006 apabila beliau meraih peratusan tertinggi di antara parti pembangkang yang kalah pada Pilihanraya Umum 2001 di Choa Chu Kang.

Parti Perpaduan Nasional Singapura
国民团结党 Guómín Tuánjié Dǎng
தேசிய ஒருமைப்பாட்டுக் கட்சி Tēciya Orumaippāṭṭuk Kaṭci
Pemimpin/ketuaSteve Chia
PengerusiSebastian Teo (en) Terjemah (2015–) Sunting nilai ini di Wikidata
Diasaskan1987
Ibu pejabat397 Jalan Besar
#02-01
Singapura 209007
Ideologisayap tengah
Warnamerah, putih
Tapak sesawangnsp.sg Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainFacebook: nspsg Twitter: nsp_sg Instagram: nsp.singapore Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Salah satu tujuan utama NSP ialah untuk memasukkan unsur daya saing dalam arena politik Singapura yang sudah lama dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP). Mereka khuatir yang dengan kuasa total yang dimiliki PAP, tiada sistem yang dapat memeriksa, menilai dan mengawal kuasa yang dipegangi PAP.

Ideologi parti NSP bersayap tengah dari segi dasar sosial dan ekonomi. Ia percaya bahawa jika terdapat lebih penglibatan dari berbagai sektor masyarakat Singapura dalam bidang politik, ia akan lebih mendemokratisasikan paradigma membuat keputusan oleh pemerintah.

Pautan luar

sunting