Parti Progresif Penduduk

Parti Progresif Penduduk (bahasa Inggeris: People's Progressive Party) atau MyPPP adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Sri Maglin Dennis D'Cruz. MyPPP merupakan parti komponen bagi Barisan Nasional yang merupakan parti pemerintah bagi kerajaan Persekutuan. MyPPP tidak menubuhkan bahagian di negeri Perlis, Sabah dan Terengganu. Parti ini telah dibatalkan pendaftarannya pada 14 Januari 2019 lalu.[2]

Parti Progresif Penduduk
myPPP
PresidenM. Kayveas
Setiausaha agungDato' Mohan Kandasamy
Naib PresidenDatuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan
Dato' Elayppen Muthusamy
Ong Chee Keng
Dato' Siva Kumar
Ketua WanitaHelen Mening Sagang
Ketua PemudaSathiah Sudakaran
Ketua PuteriHasliana Landang
Ditubuhkan10 April 1953
Disahkan1 September 2021
Dibubarkan14 Januari 2019 (ditarik balik pada 7 Oktober 2019)[1]
Ibu pejabatIbu Pejabat, Wisma PPP,
Aras 3, No. 74, Jalan Rotan,
Kampung Attap,
50460 Kuala Lumpur
Sayap beliaPergerakan Pemuda myPPP
Sayap wanitaPergerakan Wanita myPPP
Sayap belia lelakiPergerakan Putera myPPP
Sayap belia wanitaPergerakan Puteri myPPP

Sejarah

sunting

MyPPP ditubuhkan pada tahun 1953 oleh adik-beradik Seenivasagam, khususnya sebagai parti pembangkang kepada Parti Perikatan; presiden pertamanya adalah seorang ahli politik berbangsa India dari keturunan Tamil Sri Lanka yang berasal dari Ipoh, Perak yang bernama D.R. Seenivasagam. Parti ini amat popular sebaik sahaja penubuhannya, terutamanya disebabkan kepopularan adik-beradik ini yang bersuara tentang keadilan dan kesamaan, serta untuk orang-orang biasa.

Buat satu tempoh yang singkat semasa kemerdekaan pada tahun 1957, PPP menyertai Parti Perikatan (yang kemudiannya menjadi Barisan Nasional) yang memerintah, tetapi kemudian menarik diri untuk menjadi parti penentang semula lagi. Pada tahun 1969, PPP hampir berjaya membentuk Kerajaan Negeri Perak ketika ia mendapat hanya kurang dua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri. Kejayaan PPP disebabkan sebahagian besar oleh undi Cina, walaupun banyak daripada pemimpin utama parti ini adalah orang India.

Pada tahun 1973, PPP menjadi salah satu ahli pengasas Barisan Nasional apabila ia dibawa masuk ke dalam parti campuran untuk mengekalkan undi orang India dan orang Cina, khususnya selepas rusuhan kaum 1969. Bagaimanapun, penyertaannya dalam parti campuran ini mengakibatkan kemusnahannya ketika PPP kalah hampir semua kerusi yang ditandingnya di bawah tiket Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 1974. Ini diakibatkan oleh sikap anti pihak berkuasa yang diamalkan pada masa itu.

Di bawah pimpinan M. Kayveas pada hari ini, keahlian PPP mencapai 300,000 dengan rangkaian sebanyak 3,000 cawangan di seluruh negara. Semua ahli berdaftar membawa kad keahlian yang ditandatangani oleh presidennya. Kad presiden ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya. Pada tahun 2006, 48% daripada keahlian PPP adalah orang India, 32% orang Cina, 13% orang Melayu, dengan baki terdiri daripada kaum-kaum etnik yang lain. [3]

Pada November 2006, M. Kayveas mencadangkan sebuah gabungan antara PPP dengan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang merupakan lagi sebuah parti komponen Barisan Nasional. Tan Sri Koh Tsu Koon, Timbalan Presiden Parti Gerakan ketika itu mengalu-alukan cadangan tersebut. [3]

Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 menunjukkan parti PPP ditumbangkan tanpa sebarang kerusi yang dimenangi.

Presiden

sunting
Nama Tempoh perkhidmatan
D. R. Seenivasagam 1953 - 1969
Dato' Seri S. P. Seenivasagam 1969 - 1974
Khong Kok Yet 1974 - 1979
S. I. Rajah (penggal pertama) 1979 - 1982
Dato' Paramjit Singh 1982 - 1984 (penggal pertama)
Tee Ah Chuan 1984 - 1986
Dato' Paramjit Singh 1986 - 1988 (penggal kedua)
Dato' Mak Hon Kam 1988
S. I. Rajah (pemangku; penggal kedua) 1988 - 1993
Tan Sri M. Kayveas 1993 - 2018
Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz 2018 - 2019

Lihat juga

sunting

Rujukan dan pautan

sunting