Parti Sarawak Bersatu
Parti Sarawak Bersatu (Inggeris: United Sarawak Party; singkatan: PSB) merupakan sebuah parti politik inklusif dan universal yang terdiri daripada pelbagai kaum, serta ianya juga merupakan parti politik berhaluan kanan. Majoriti keahliannya adalah terdiri daripada tiga komuniti utama di Sarawak, iaitu komuniti Cina Sarawak, komuniti Dayak, dan komuniti Melayu Sarawak. Parti politik ini masih bergerak aktif dan terus prihatin kepada rakyat Sarawak sehingga kini. Parti politik inklusif ini ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2014, manakala ibu pejabatnya pula berpangkalan di Kuching, Sarawak.
Parti Sarawak Bersatu United Sarawak Party | |
---|---|
![]() | |
Singkatan | PSB |
Presiden | Dato' Sri Wong Soon Koh |
Setiausaha agung | - |
Timbalan Presiden | - |
Naib Presiden Kanan | - |
Bendahara Agung | Baru Bian |
Ketua Pemuda | Wilson Entebang |
Pengasas | Dato' Sri Wong Soon Koh |
Ditubuhkan | 2014 |
Ibu pejabat | Kuching, Sarawak |
Keanggotaan | 59,877 |
Ideologi | Nasionalisme Sarawak Sekularisme negeri Sosialisme negeri Semangat rakyat Sarawak Perjanjian Malaysia 1963 Hak pendidikan negeri Pembangunan negeri Tuntutan hak royalti Kebajikan rakyat Sarawak Demokrasi sosial negeri Hak agama-agama lain Hak bersuara rakyat Pemikiran bebas rakyat |
Kedudukan politik | Tengah ke kanan |
Penggabungan kebangsaan | •Barisan Nasional ('sekutu bn', 2014–2019) •Pakatan Harapan ('sekutu ph', 2019–2022) •Perikatan Rakyat Bersatu Sarawak (PERKASA) (2022–kini) •Perikatan Nasional ('sekutu pn', 2023–kini) |
Penggabungan serantau | - |
Penggabungan antarabangsa | - |
Warna | Merah, Kuning, Emas |
Slogan | Ubah Sekarang, Sarawak Maju |
Dewan Negara: | 0 / 70 |
Dewan Rakyat: | 2 / 222 |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 3 / 82 |
Sejarah Sunting
Parti Sarawak Bersatu (PSB) merupakan sebuah parti politik inklusif dan berbilang kaum di Sarawak. Mula ditubuhkan pada tahun 2014, parti ini merupakan parti politik universal yang boleh menyokong sebarang kenyataan, cadangan atau pendapat daripada dua pihak, sama ada melalui Perikatan Rakyat Bersatu Sarawak (PERKASA) ataupun melalui Pakatan Harapan (PH). Ini kerana PSB merupakan parti politik berhaluan kanan, dan ianya juga merupakan parti politik yang bersifat radikal berhaluan tengah kanan, reformis, mempunyai strategi yang lebih kuat, serta mempunyai sebahagian besar pengaruhnya daripada ideologi & perjuangan politik Pakatan Harapan (PH), Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, dan Parti Buruh Australia.
Parti Sarawak Bersatu (PSB) ditubuhkan untuk mentransformasikan kerajaan Sarawak yang baharu secara lebih adil, saksama, dan sejahtera. Ini berlandaskan lapan prinsip utama perjuangan PSB. Ianya merangkumi:
- Melindungi serta mengutamakan kesejahteraan sosial dan kebajikan masyarakat berbilang kaum, bangsa, dan agama di Sarawak.
- Menghormati dan menghargai keharmonian semua kaum, agama dan bangsa di Sarawak, tanpa sebarang perpecahan kaum, perbalahan agama, mahupun insiden perkauman yang lain.
- Melaksanakan pembangunan infrastruktur asas wilayah & pembangunan projek mesra rakyat di semua kawasan bandar, luar bandar, kawasan pesisir, serta kawasan pedalaman di Sarawak.
- Memperkukuhkan sektor ekonomi, kewangan, pelaburan domestik & antarabangsa, serta perdagangan antarabangsa di Sarawak, sekaligus menjadikan Sarawak sebagai sebuah wilayah yang lebih maju, berdaya saing, dan lebih kompleks.
- Menghapuskan sepenuhnya budaya rasuah, membanteras aktiviti-aktiviti jenayah, membanteras penyalahgunaan dadah, rokok & alkohol, serta melindungi keselamatan & pertahanan wilayah Sarawak.
- Menghapuskan sepenuhnya budaya lompat parti, salah guna kuasa, dan budaya politik wang di kalangan semua pemimpin-pemimpin tempatan, termasuk semua ahli-ahli parti.
- Mengembalikan hak-hak Sarawak yang terhakis, termasuk hak royalti minyak & gas asli Sarawak, hak imigresen wilayah, hak asal peribumi Dayak, hak tanah wilayah, hak tanah adat peribumi (NCR), dan hak ekonomi wilayah.
- Memperkasa dan mentransformasikan kemajuan dalam bidang sains & teknologi, bidang inovasi & kejuruteraan moden, bidang keusahawanan, bidang ekonomi digital, bidang pendidikan, serta bidang sukan di Sarawak.
Wakil rakyat Sunting
Dewan Undangan Negeri Sunting
Negeri | DUN | Nama | Catatan |
---|---|---|---|
Sarawak | Batu Lintang | See Chee How | |
Engkilili | Johnical Rayong Ngipa | ||
Bawang Assan | Wong Soon Koh | Ketua Pembangkang DUN | |
Ba'Kelalan | Baru Bian |