Parti Rakyat Bersatu Sarawak

Parti politik tempatan di Sarawak

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Inggeris: Sarawak United People's Party; (Jawi: "فرتي رعيه برساتو سراوق" ; singkatan: SUPP) merupakan sebuah parti politik tempatan Sarawak dan juga merupakan salah satu daripada komponen empat parti politik tempatan (PBB, PRS, dan PDP) dalam Gabungan Parti Sarawak. Parti politik ini ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1959 di Sarawak.

Sarawak United Peoples' Party
Parti Rakyat Bersatu Sarawak
Gerempong Sa'ati Rayat Sarawak
砂拉越人民联合党
SingkatanSUPP
PresidenDato' Sri Dr. Sim Kui Hian
Setiausaha agungSebastian Ting Chiew Yew
Timbalan PresidenDato' Sri Lee Kim Shin
Richard Riot Jaem
Pengerusi Pemuda SUPPMichael Tiang Ming Tee
Pengerusi Wanita SUPPKho Teck Wan
Ditubuhkan1959
Ibu pejabat7, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, 93300 Kuching, Sarawak
AkhbarSA 'ATI (United)
Sayap beliaPergerakan Pemuda SUPP
Sayap WanitaPergerakan Wanita SUPP
IdeologiNasionalisme Sarawak
Hak ekonomi Sarawak
Demokrasi sosial
Membanteras budaya rasuah
Perpaduan rakyat Sarawak
Budaya & warisan Cina Sarawak
Hak kebajikan bangsa Dayak
Hak politik belia & wanita
Membasmi kemiskinan rakyat
Semangat Keluarga Malaysia
Kedudukan politikTengah ke kanan
Penggabungan kebangsaanPerikatan (1970–73)
Barisan Nasional (1973–2018)
Gabungan Parti Sarawak (2018–kini)
WarnaKuning, Merah, Hitam
Dewan Negara:
1 / 70
Dewan Rakyat:
2 / 222
Dewan Undangan Negeri Sarawak
13 / 82
Laman sesawang
Laman web rasmi SUPP
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) merupakan sebuah parti politik yang tertua di Sarawak. Ditubuhkan pada 1959, parti ini berubah dari sayap kiri, anti–Malaysia ke sebuah parti politik komponen yang lebih kukuh di bawah Barisan Nasional tanpa melepaskan sokongan penuh masyarakat Cina di Sarawak. SUPP adalah salah satu parti politik yang menerajui kepimpinan bersama dengan BN Sarawak di bawah pemerintahan Premier Sarawak yang kelima ketika itu, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. Walaupun SUPP sah meninggalkan Barisan Nasional pada 12 Jun 2018,[1]namun SUPP masih bekerjasama dengan bekas parti-parti komponen BN yang lain, sekaligus sepakat menubuhkan Gabungan Parti Sarawak pada November 2018.

Objektif penubuhan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)Sunting

  • Mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan seluruh rakyat Sarawak, khususnya dari golongan B50, golongan M40, individu bujang, golongan kurang upaya, belia, dan wanita. Ini merangkumi pemberian bantuan khas untuk golongan isi rumah B50 & M40, bantuan khas untuk individu bujang, bantuan kesihatan, dan banyak lagi bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak.
  • Melindungi hak golongan bangsa Cina Sarawak. Ini termasuk pelaksanaan pemberian bantuan khas perniagaan kecil dan sederhana untuk golongan peniaga Cina, bantuan pemilikan perniagaan, bantuan khas untuk warga emas & kanak-kanak, serta bantuan khas bagi para pelajar Cina di Sarawak.
  • Mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan semua kaum di Sarawak. Ini termasuk menjamin keselamatan dan keamanan wilayah, mengelakkan berlakunya perbalahan kaum dan rusuhan perkauman, mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni dan penyayang, serta memupuk semangat patriotik di kalangan rakyat Sarawak.
  • Membanteras dan menghapuskan budaya rasuah di kalangan masyarakat, termasuk para pemimpin politik, semua ahli-ahli SUPP, pihak penjawat awam negeri, pihak kakitangan swasta, dan semua kakitangan syarikat milik kerajaan & swasta di Sarawak. Ini meliputi menghapuskan semua unsur rasuah termasuk politik wang, penggubahan wang haram, sindiket pelaburan haram, salah guna kuasa, pemalsuan dokumen-dokumen kerajaan, pemalsuan cek tunai kerajaan, serta salah guna wang rakyat.
  • Menyekat serta membanteras sebarang aktiviti pembalakan secara haram dan sebarang aktiviti penebangan hutan yang mengaut keuntungan berganda, sekaligus merosakkan lagi persekitaran ekosistem semulajadi di Sarawak. Ini meliputi melaksanakan hukuman penjara seumur hidup & hukuman sebat ke atas mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti penebangan hutan secara haram, mewujudkan Akta Pemeliharaan Ekosistem Semulajadi, menghentikan operasi syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti pembalakan secara haram, serta menghentikan aktiviti pembakaran hutan & aktiviti perladangan kelapa sawit secara haram.
  • Menghentikan sepenuhnya sebarang kegiatan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan hidupan liar & haiwan terancam di Sarawak. Ini termasuk melaksanakan hukuman sebat ke atas mana-mana pihak yang melakukan aktiviti membunuh, menjual & menyeludup haiwan-haiwan terancam, serta menyekat dan menghentikan operasi penyeludupan & penjualan haiwan-haiwan terancam di Sarawak.
  • Melaksanakan pembangunan projek-projek mesra rakyat di Sarawak. Ianya meliputi pembangunan kompleks perumahan SPEKTRA & kompleks perumahan SRI PERTIWI, projek pembinaan bandar-bandar baharu, projek pembangunan infrastruktur asas seperti bekalan air, bekalan elektrik dan liputan jaringan internet 4G & 5G. Selain daripada itu, projek menaiktaraf dan menyelenggara jalan raya, projek menaiktaraf sistem perparitan, serta memasang lampu jalan berkuasa solar juga dilaksanakan secara menyeluruh.
  • Memperkukuhkan sistem pemerintahan kerajaan Sarawak berteraskan kerajaan demokrasi sosial yang adil, ikhlas, jujur, sejahtera, dan bermaruah. Ini juga termasuk melaksanakan pelantikan mana-mana golongan professional serta semua golongan belia dari pelbagai kaum sebagai ahli Senator di DUN Sarawak. Serta melaksanakan pelantikan semua para pemimpin Dayak dan para pemimpin Cina sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ataupun Ahli Parlimen masing-masing.

Strategi pilihanraya SUPPSunting

  • Melalui pelaksanaan kempen turun padang bersama seluruh komuniti bandar atau masyarakat luar bandar di kawasan DUN atau kawasan Parlimen masing-masing.
  • Melalui pelaksanaan pemasangan bendera-bendera parti, poster-poster parti, serta banner parti yang memuatkan mesej-mesej berbentuk kemasyarakatan, kesedaran masyarakat, dan pemikiran yang kritis dan mendalam mengenai sumbangan dan jasa parti berkenaan.
  • Mewujudkan laman Facebook rasmi serta laman Twitter rasmi parti berkenaan, bagi memberikan peluang kepada seluruh komuniti & seluruh masyarakat untuk meluahkan sebarang pendapat, cadangan, kritikan, dan idea yang bernas kepada calon-calon piliharaya masing-masing.
  • Mengadakan "live-streaming" kempen atau ceramah pilihanraya secara maya, menerusi Facebook Live, Twitter, dan Skype. Kebiasaannya "live-streaming" mungkin diadakan selama antara 30 minit sehingga 1 jam sahaja.
  • Melaksanakan kempen ceramah secara terbuka di kawasan lapang yang luas seperti tapak meletak kenderaan terbuka, perkarangan stadium, perkarangan dewan masyarakat, dan padang terbuka. Kempen ceramah secara terbuka dilihat lebih konsisten dan lebih baik berbanding dengan kaedah "live-streaming". Hanya maksimum 5,000 orang sahaja dibenarkan, bergantung kepada keluasan sesebuah kawasan.
  • Mengadakan pemberian percuma goodie bags rasmi parti berkenaan, kepada orang awam dan masyarakat sekeliling. Khususnya semasa kempen turun padang ataupun semasa kempen ceramah terbuka. Biasanya setiap goodie bags ada mengandungi risalah-risalah parti SUPP, buku manifesto rasmi GPS, "fancy stickers", bendera rasmi parti, topi, baju t-shirt free size, buku nota, pen, dan sebagainya.

Organisasi kepimpinan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)Sunting

Jawatankuasa Kerja Pusat SUPPSunting

  • Presiden:
  • Timbalan Presiden:
    • Dato’ Sri Richard Riot ak Jaem
    • Dato' Chieng Buong Toon
  • Naib Presiden:
    • Datuk Lily Yong Lee Lee
    • Datuk Lee Kim Shin
    • Datuk Ding Kuong Hiing
    • Dato’ Sri Huang Tiong Sii
  • Setiausaha Agung:
    • Datuk Sebastian Ting Chiew Yew
  • Timbalan Setiausaha Agung:
    • Sih Hua Tong
    • Dato’ Ting Check Sii
  • Naib Setiausaha Agung:
    • Karambir Singh Honey
    • Danny Banjang
    • Teng Ung Woo
    • Bong Lian Huan
  • Bendahari Agung:
    • Datuk Francis Harden Hollis
  • Timbalan Bendahari Agung:
    • Robert Lau Hui Yew
  • Ketua Penerangan:
    • Adam Yii Siew Sang
  • Timbalan Ketua Penerangan:
    • Lo Khere Chiang
  • Pengarah Pilihanraya:
  • Setiausaha Organisasi:
    •  Datuk Matthew Chen Thin Kong
  • Timbalan Setiausaha Organisasi:
    • Johnny Pang Leong Ming
  • Ketua Pemuda:
    • Michael Tiang Ming Tee
  • Timbalan Ketua Pemuda:
  • Ketua Wanita:
    • Kho Teck Wan
  • Timbalan Ketua Wanita:
  • Ahli-ahli Jawatankuasa (Dipilih):
    • Danny Banjang 
    • Niponi ak Undek
    • Datin Jennifer Chee Moinie 
    • Wong Ching Yong 
    • Dandi ak Timbang 
    • Wilfred Yap Yau Sin
  • Ahli-ahli Jawatankuasa (Bukan ADUN):
    • Michael Tiong Hok Choon
    • Dato Sim Kiang Chiok
  • Ahli-ahli Jawatankuasa (Dilantik oleh Presiden):
    • Chua Beng Seng

Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat SUPPSunting

    • Lau Kah Lieng
    • Fang Jee Khin 
    • Chai Hong Chin 
    • Lim Ah Ted
    • Tnay Li Ping
    • Wang Yin Chai 
    • Chong Piang Men 
    • Liew Chong Vui 
    • Chai Siaw Fong
    • Chong Bui Ling
    • Tan Ching Teck 
    • Tay Yeong Soon
    • William Thien 
    • Chong Tet Fatt
    • Lau Sie Hing 
    • Ting Huong Hau @ Ting Huong Leong 
    • Chieng Buong Ong 
    • Loi Siok Hung 
    • Kong Keh Sing
    • Siew Chiew Choung 
    • Chau Chong Fat 
    • Yew Phong Tiong
    • Yek Tiew Chiong
    • Yong King Chew
    • Dandi Ak Timbang 
    • Jampong Ak Tekalan 
    • Kua Jack Seng
    • Dato’ Ho Beng Aik 
    • Ho Shing Tian
    • James Ling Thian Ing
    • Wilfred Yap Yau Sin 
    • Lee Tho Fung 
    • Lee Tong Kwang
    • Jong Yean Pin 
    • Liew Sze Lin 
    • Voong Nam Jin 
    • Lim Chung Yien 
    • Lau Sze Tung 
    • Bong Nam Kee
    • Lee Thin Hin 
    • Chai Soon Thin
    • Liaw Ho Peng
    • Michael Tiong Hok Choon
    • Waterkiller Ak James Junit
    • YBhg. Datin Jennifer Chee Moinie 
    • Jimson Jium Ak Sungong 
    • Thian Eyian Chionh
    • Yong Kar Seng 
    • Liew Shaw Fah 
    • Tong Shih Yee
    • Yeo Tiong Ing
    • Chua Beng Seng
    • Niponi Undek
    • Liew Shan Boo
    • Datin Enn Ong Siok Ean 
    • Chan Chiaw Yam 
    • Ong Chee Chiang 
    • Patrick Gordon Song 
    • Goh Tze Hui 
    • Sim Bee Kim 
    • Tan Kai
    • Shim Poh Szu
    • Sim Yam Leong 
    • Chin Fook Kim 
    • Hii Chang Hoon 
    • Huang Huat Choon 
    • Voon Kah Chee
    • Chin Vui Khun
    • Phang Puk Kung
    • Own Chin Kong
    • Wong Zee Yeng 
    • Tan Hieng Kiek 
    • Empaling Ak Lanyau 
    • Egong Ak Undong 
    • Ling Dien Yong
    • Law Khin Seng
    • Chai Kuen Ming 
    • Kueh Chie Tiong 
    • Chong Ah Muk 
    • Goh Khiok Seng 
    • Tang Siong Chung 
    • Yap Siew Jin
    • Bong Ngim Swee
    • Chang Thun Hou 
    • N’Tulus Ak Janggeh 
    • Maclister Richard Riot 
    • Michael Megang
    • Tiong Chong Onn 
    • Tay Siaw Chuan 
    • Andar Suntai 
    • Liew Wei Tchiun
    • Toh Tze Bin @ Toh Tze Hua
    • Sim Kiang Chiok
    • Yong Tet Poh
    • Chong Tak Sze
    • Jimbai Ak Bandir
    • Yiap Fun Lee
    • Chin Shaw Foh

Senarai ahli DUN Sarawak yang mewakili SUPPSunting

  • N.01 Opar :
    • Billy anak Sujang
  • N.12 Kota Sentosa:
    • Wilfred Yap Yau Sin
  • N.13 Batu Kitang:
    • Lo Khere Chiang
  • N.14 Batu Kawah:
    • Dato' Sri Dr. Sim Kui Hian
  • N.32 Simanggang:
    • Datuk Francis Harden anak Hollis
  • N.45 Repok:
    • Dato' Sri Huang Tiong Sii
  • N.46 Meradong:
    • Datuk Ding Kuong Hiing
  • N.51 Bukit Assek:
    • Chieng Jin Ek
  • N.54 Pelawan:
    • Michael Tiang Ming Tee
  • N.68 Tanjong Batu:
    • Johnny Pang Leong Ming
  • N.73 Piasau:
    • Datuk Sebastian Ting Chiew Yew
  • N.74 Pujut:
    • Adam Yii Siew Sang
  • N.75 Senadin:
    • Dato' Sri Lee Kim Shin

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting