Parti Rakyat Sarawak
Parti Rakyat Sarawak atau lebih dikenali sebagai PRS, merupakan sebuah parti politik berhaluan kanan di Malaysia yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2004.
Parti ini merupakan salah satu daripada komponen parti politik tempatan pimpinan Gabungan Parti Sarawak. Parti politik ini diketuai oleh presiden baharunya, Dato' Joseph Salang Gandum. Setakat akhir Jun 2022, jumlah keanggotaan dalam Parti Rakyat Sarawak (PRS) berjumlah lebih 43,000 ahli. Dan parti politik ini sentiasa aktif berkhidmat sehingga kini.
Parti Rakyat Sarawak Sarawak People's Party PRS | |
---|---|
Presiden | Dato' Joseph Salang Gandum |
Timbalan Presiden | • Datuk Snowdan Lawan • Nicholas Kudi anak Jantai Masing |
Pengasas | Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing |
Ditubuhkan | 2004 |
Ibu pejabat | Tingkat 1, 2 & 3, Lot 9612, Seksyen 64, Jalan Pending, KTLD, 93450, Kuching, Sarawak |
Sayap belia | Pergerakan Pemuda PRS |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita PRS |
Keanggotaan | 43,720 (Jun 2022) |
Ideologi | Nasionalisme Sarawak Demokrasi sosial Sarawak Hak sosial & budaya Dayak Hak bangsa Dayak Perpaduan rakyat Sarawak Keharmonian semua kaum Hak golongan belia & wanita Ekonomi & infrastruktur negeri Membasmi kemiskinan rakyat Hak pendidikan & pengajian Pemerkasaan sains & teknologi Kebajikan rakyat diutamakan |
Kedudukan politik | Tengah ke kanan |
Penggabungan kebangsaan | Barisan Nasional (2004—2018) Gabungan Parti Sarawak (2018—kini) |
Laman sesawang | |
PRS Official Website PRS Facebook |
Parti Rakyat Sarawak (PRS) merupakan sebuah parti politik pelbagai kaum yang ditubuhkan untuk mengutamakan sepenuhnya kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sarawak, memperkukuhkan keharmonian & kepelbagaian semua kaum di Sarawak, mengutamakan keamanan dan kestabilan politik di Sarawak, menyokong pembangunan & pemerkasaan sosioekonomi Dayak, melindungi hak bangsa Dayak di Sarawak, melindungi hak golongan belia dan golongan wanita di Sarawak, menyokong pembangunan ekonomi dan sosial Sarawak, serta memperjuangkan semua hak dan kedaulatan Sarawak berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963.
Sejarah penubuhan Parti Rakyat Sarawak (PRS)Sunting
Parti politik ini mula diasaskan secara rasmi pada 2004, selepas berlakunya krisis kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang mengakibatkan pembatalan pendaftaran PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember 2003[1] dan 21 Oktober 2004[2] oleh sekumpulan serpihan yang diketuai oleh Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing dan Dato' Sri Sng Chee Hua. Majoriti keahlian parti politik berkenaan adalah terdiri daripada para pemimpin tempatan berbangsa Dayak (Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu), dan golongan-golongan professional termasuk usahawan, pakar kewangan, arkitek, doktor, dan ahli akademik yang berpengalaman. Ini juga meliputi golongan wanita Dayak dan juga melibatkan golongan belia dari pelbagai kaum di Sarawak.
Pada 2 Disember 2006, parti politik ini bermula dengan hanya sebanyak 750 anggota perwakilan yang menganggotai 22 daripada 28 cawangan PRS yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), telah mengesahkan kehadirannya di Miri, Sarawak.
Walau bagaimanapun, ada segelintir ahli PRS terpaksa diketepikan. Antara ahli-ahli PRS yang diketepikan ialah pengasas parti berkenaan, Dato' Sri Sng Chee Hua dan Setiausaha Agung PRS ketika itu, Sidi Munan.
Selain itu, pada masa yang sama juga, beberapa ahli PRS lain turut menerima nasib yang serupa. Antaranya Ketua Wanita PRS waktu itu, Josephine Rindan Mawat serta dua lagi naib presiden ketika itu, iaitu Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri waktu itu, Larry Sng Wei Shien (yang juga merupakan anak lelaki kepada pengasasnya, Sng Chee Hua), dan Jimmy Donald, yang juga merupakan ahli Parlimen Sri Aman ketika itu.
Objektif penubuhan Parti Rakyat Sarawak (PRS)Sunting
- Menyatupadukan seluruh masyarakat Dayak di Sarawak agar hak kebajikan, keselamatan, dan kesejahteraan mereka terus dilindungi sepenuhnya.
- Mengamalkan sistem pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Sarawak yang berasaskan demokrasi sosial serta memfokuskan kebajikan serta kesejahteraan rakyat Sarawak.
- Mengutamakan hak pemilikan perniagaan serta hak peluang pekerjaan untuk semua golongan belia Dayak di Sarawak.
- Hak ekonomi wilayah Sarawak terus diutamakan, termasuk pasaran kewangan Sarawak, kadar kewangan yang optimum, pasaran eksport dan import Sarawak, sektor pelaburan antarabangsa, kewangan digital, "blockchain economy", kewangan kripto (cryptocurrency), dan pembangunan institusi perbankan di Sarawak.
- Mengurangkan kadar inflasi kewangan negara, menurunkan harga produk berasaskan pertanian & penternakan, serta menurunkan harga barangan keperluan pengguna. Ini meliputi penurunan harga ayam & daging, penurunan harga produk minyak masak, menstabilkan harga barangan asas, dan sebagainya.
- Mengutamakan sepenuhnya hak pemilikan tanah adat rakyat (NCR) khusus bagi seluruh masyarakat Dayak di Sarawak. Ini bertujuan bagi melindungi hak bangsa Dayak serta mengelakkan tanah adat rakyat berkenaan daripada dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
- Memfokuskan hal ehwal pembangunan pendidikan untuk golongan warga pendidik di Sarawak serta para pelajar di kawasan luar bandar dan di kawasan bandar. Ini termasuk isu kebajikan golongan warga pendidik, isu keselamatan dan keselesaan persekitaran sekolah rendah dan menengah, isu sekolah-sekolah daif, dan penggunaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah dan menengah.
- Memfokuskan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur di kawasan bandar dan kawasan luar bandar di Sarawak. Ini termasuk menaiktaraf kemudahan internet 4G & 5G, menyelenggara sistem perparitan, menyelenggara jalan raya yang rosak, projek bekalan asas air dan elektrik, membuka Pusat Internet Desa yang baharu, serta menaiktaraf lebih banyak kemudahan asas di kawasan bandar dan juga di kawasan luar bandar. Selain itu, pembangunan kawasan perumahan rakyat baharu dan pembangunan bandar baharu juga dilaksanakan.
- Memperkukuhkan sepenuhnya strategi pembangunan sukan di Sarawak. Ini meliputi transformasi menyeluruh skuad Sarawak United FC dan juga skuad Kuching City FC, transformasi pembangunan atlet-atlet dari Sarawak, pengurusan kejurulatihan professional dari luar negara, khidmat rawatan fisioterapi & psikologi atlet, serta pembangunan menyeluruh fasiliti-fasiliti sukan di Sarawak.
- Menggalakkan seluruh masyarakat Dayak di Sarawak agar melibatkan diri dalam pelbagai bidang, termasuklah bidang sukan, politik, ekonomi, seni & budaya, dan sosial.
- Menggalakkan masyarakat Dayak khususnya golongan belia dan golongan wanita untuk menyokong, menyertai, dan menghargai peranan dan tanggungjawab Parti Rakyat Sarawak (PRS).
- Memperluaskan penyertaan ahli-ahli baharu serta menyebarkan hak perjuangan Parti Rakyat Sarawak (PRS) ke seluruh bandar utama (Kuching, Lundu, Bau, Serian, Sri Aman, Kapit, Bintulu, dan Miri), serta ke seluruh kawasan luar bandar di Sarawak.
- Sikap amanah, jujur, ikhlas, berwibawa, tegas, bermaruah, dan berakhlak mulia haruslah diamalkan oleh semua ahli-ahli parti, termasuk para pemimpin parti berkenaan.
- Memelihara dan menghargai keharmonian, kesejahteraan, dan kedamaian seluruh masyarakat yang berbilang bangsa, agama, dan budaya di Sarawak. Ini meliputi penganjuran festival budaya & seni tempatan Sarawak, sambutan perayaan seperti Hari Gawai Dayak, Tahun Baru Cina, dan Hari Krismas, sambutan rasmi Hari Kemerdekaan Sarawak, sambutan Hari Malaysia, serta banyak lagi acara yang lain.
- Memperjuangkan sepenuhnya hak-hak Sarawak yang terhakis sepertimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ini meliputi hak bangsa Dayak, hak ekonomi Sarawak, hak budaya & seni Sarawak, perlembagaan & undang-undang wilayah, hak pentadbiran & pemerintahan wilayah, hak kebajikan rakyat Sarawak, hak imigresen, kewarganegaraan, serta hak tanah adat rakyat (NCR).
- Menghargai sumbangan, jasa, dan peranan para kakitangan kesihatan, para anggota keselamatan, pihak berkuasa tempatan, agensi-agensi kerajaan, dan para sukarelawan komuniti setempat yang bertungkus lumus memastikan keamanan, ketenteraman, dan kesejahteraan rakyat Sarawak terus berkekalan sepenuhnya.
- Menghargai sumbangan dan jasa veteran-veteran tentera dan veteran-veteran polis yang terbabit dalam peperangan menentang pihak komunis & pihak pengganas, demi melindungi serta menjamin keamanan dan keselamatan wilayah Sarawak.
Organisasi kepimpinan Parti Rakyat Sarawak (PRS)Sunting
Majlis Tertinggi Parti Rakyat SarawakSunting
- Presiden:
- Timbalan Presiden:
- Datuk Snowdan Lawan
- Nicholas Kudi anak Jantai Masing
- Naib Presiden Kanan:
- Christopher Gira Sambang
- Wilson Nyabong Ijang
- Kennedy Chukpai Ugon
- Naib Presiden:
- Datuk John Sikie Tayai
- Datuk Mong anak Dagang
- Jugah anak Muyang
- Setiausaha Agung:
- Ir. Janang anak Bungsu
- Timbalan Setiausaha Agung:
- Datuk Aaron Ago Dagang
- Ketua Penerangan:
- Malcolm Mussen Lamoh
- Timbalan Ketua Penerangan:
- Bendahari Agung:
- Timbalan Bendahari Agung:
- Pengarah Pilihanraya:
- Setiausaha Eksekutif (Keahlian):
- Setiausaha Organisasi:
- Timbalan Setiausaha Organisasi:
- Ahli-Ahli Exco Tertinggi PRS:
Pergerakan Pemuda Parti Rakyat SarawakSunting
- Ketua Pemuda:
- Timbalan Ketua Pemuda:
- Naib Ketua Pemuda:
- Setiausaha:
- Timbalan Setiausaha:
- Bendahari:
- Timbalan Bendahari:
- Ketua Penerangan:
- Timbalan Ketua Penerangan:
- Setiausaha Eksekutif (Keahlian):
- Ahli-Ahli Exco Pemuda PRS:
Pergerakan Wanita Parti Rakyat SarawakSunting
- Ketua Wanita:
- Dato' Sri Doris Sophia Brodie
- Timbalan Ketua Wanita:
- Kr. Puan Rosaline Neging
- Naib Ketua Wanita
- Kr. Puan Donna anak Petrus
- Kr. Puan Agnes anak Undil
- Setiausaha:
- Kr. Puan Misiah Abdullah
- Timbalan Setiausaha:
- Bendahari:
- Cik Gawai anak Enggong
- Timbalan Bendahari:
- Kr. Puan Norma anak Rantu
- Ketua Penerangan:
- Puan Jenny Crystal anak Mansang
- Timbalan Ketua Penerangan:
- Ahli-Ahli Exco Wanita PRS:
- Kr. Puan Mutang anak Karani
- Kr. Puan Fitz anak Patrick
- Kr. Puan Munah anak Luyoh
- Puan Marry anak Lubon
- Puan Morjorie anak Majang
- Kr. Puan Jacqueline anak Jutie
- Kr. Puan Eda Ibon
- Puan Helen anak Jambai
- Puan Jocelyn Tinjau anak Lasa
- Datin Annie Lai Siew Tan
Senarai ketua perwakilan Parti Rakyat Sarawak (PRS) mengikut daerahSunting
- PRS Lundu:
- PRS Bau:
- PRS Kuching:
- PRS Samarahan:
- PRS Serian:
- PRS Sri Aman:
- PRS Betong:
- PRS Sarikei:
- PRS Kapit:
- PRS Sibu:
- PRS Bintulu:
- PRS Miri:
- PRS Limbang:
Senarai ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak yang mewakili PRSSunting
P202 Sri AmanSunting
N30 Balai Ringin: Datuk Snowdan Lawan
N31 Bukit Begunan: Datuk Mong anak Dagang
P203 Lubok AntuSunting
N34 Batang Ai: Malcolm Mussen Lamoh
P210 KanowitSunting
N49 Ngemah: Anyi anak Jana
P214 SelangauSunting
N59 Tamin: Christopher Gira Sambang
N60 Kakus: Datuk John Sikie Tayai
P215 KapitSunting
N61 Pelagus: Wilson Nyabong Ijang
P216 Hulu RajangSunting
N64 Baleh: Nicholas Kudi anak Jantai Masing
N65 Belaga: Liwan anak Lagang
N66 Murum: Kennedy Chukpai Ugon
P217 BintuluSunting
N70 Samalaju: Dato' Majang anak Renggi
Senarai ahli Parlimen yang mewakili PRSSunting
P210 KanowitSunting
• Datuk Aaron Ago Dagang
P216 Hulu RajangSunting
• Wilson Ugak Kumbong
Pilihan raya kecil Batang Ai 2009Sunting
Dalam Pilihan raya kecil Batang Ai 2009, Malcolm Mussen Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) menewaskan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan majoriti 1,854 undi. Terdapat 150 buah Rumah Panjang yang didiami etnik Iban di Batang Ai menyokong PRS. [3]
Pilihan raya Umum Negeri Sarawak 2021Sunting
Parti Rakyat Sarawak berjaya memperoleh kemenangan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pada pilihan raya umum negeri Sarawak.
Logo PartiSunting
PRS semasa ditubuh hasil pembubaran Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) telah menggunakan logo yang berlambang perisai dan parang menyerupai logo PBDS yang berlambang perisai, parang dan lembing pada 2004. Parti ini telah menukarkan logonya kepada lambang pokok padi yang baru sekarang pada April 2010.[4]
- Logo of PRS.png
Logo baharu Parti Rakyat Sarawak (PRS) sekarang.
Lihat jugaSunting
- Senarai parti politik Malaysia
- Politik Malaysia
- Barisan Nasional (BN)
- Gabungan Parti Sarawak (GPS)
- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
- Parti Demokratik Progresif (PDP)
- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
- Parti Bangsa Malaysia (PBM)
- Parti Bersatu Sabah (PBS)
- Parti Sarawak Bersatu (PSB)
- Parti Tindakan Demokratik (DAP)
- Parti Bumi Kenyalang (PBK)
Pautan LuarSunting
- PRS Official Website Diarkibkan 2018-08-16 di Wayback Machine
- PRS Facebook
- The Dayak dilemma (Part 1) Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 2)[pautan mati kekal]
- The Dayak dilemma (Part 3) Diarkibkan 2009-06-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 4) Diarkibkan 2013-06-09 di Wayback Machine
- Khoo, Phillip (Jun, 2004) The Taming of the Dayak. Aliran Monthly
RujukanSunting
Rencana berkaitan Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |