Parti Rakyat Singapura

The Singapore People's Party (SPP; Cina ringkas: 新加坡人民党pinyin: Xīnjiāpō Rénmín Dǎng; Tamil: சிங்கப்பூர் மக்கள் கட்சி, rumi: Ciṅkappūr Makkaḷ Kaṭci; Melayu: Parti Rakyat Singapura) ialah sebuah parti politik di Singapura. Parti ini dipimpin oleh Chiam See Tong, ahli pembangkang veteran yang juga pengasas Parti Demokratik Singapura (SDP).

Parti Rakyat Singapura
PengerusiLina Chiam
Setiausaha agungChiam See Tong
Ditubuhkan1994 (1994)
Ibu pejabat1 Siang Kuang Ave
Singapura 347919
IdeologiLiberalisme,
Liberalisme sosial,
Demokrasi liberal
Kedudukan politikSayap tengah kiri
WarnaPutih, merah
Parlimen
1 / 99
Laman sesawang
https://singaporepeoplesparty.org/
Politik Singapura
Parti politik
Pilihan raya

Sejarah dan perkembangan politik sunting

SPP ditubuhkan pada tahun 1994 oleh Sin Kek Tong yang mengetuai kumpulan pro-Chiam See Tong untuk mengundurkan diri dari Parti Demokratik Singapura (SDP). Selama tiga tahun, beliau menjadi pemangku ketua sehingga Chiam menyertai parti ini dan menjadi ketua setelah parlimen dibubar pada tahun 1997. Chiam menjadi Anggota Parlimen pertama parti tersebut setelah beliau memenangi Kawasan Undi Perseorangan Potong Pasir. Chiam pernah berkhidmat di kawasan undi yang sama di bawah parti SDP.

Keanggotaan dalam Perikatan Demokratik Singapura (SDA) sunting

Pada tahun 2001, SPP menjadi salah satu pengasas parti politik, Perikatan Demokratik Singapura (SDA), bersama dengan Parti Perpaduan Nasional (NSP), Parti Keadilan Singapura (SJP) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS). Chiam sebagai Pengerusi SDA berhasrat untuk menjadikan SDA sebuah parti politik pembangkang campuran yang bersatu untuk menentang Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Dalam pilihan raya umum 2001, Chiam See Tong dikembalikan sebagai Anggota Parlimen untuk Potong Pasir. Walaupun Chiam sahaja yang berjaya memenangi kerusi untuk SDA, beliau kemudian disusuli seorang lagi ahli SDA, Steve Chia (ketua Parti Perpaduan Nasional) yang menjadi seorang Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) setelah berjaya mendapat 34.6% undi dalam kawasan undi Chua Chu Kang SMC, peratusan undi tertinggi yang dicapai oleh sebuah calon parti pembangkang yang kalah. Oleh itu, Chiam muncul sebagai ketua de facto parti pembangkang dalam parlimen kerana SDA kini ada dua orang wakil manakala parti pembangkang yang lainnya, Parti Pekerja Singapura hanya mempunyai seorang wakil, Low Thia Khiang dari kawasan undi Hougang.

Dalam pilihan raya umum 2006, Chiam sekali lagi memenangi kawasan undi Potong Pasir. Namun, SDA tidak memenangi lagi apa-apa kerusi di parlimen. Steve Chia pula gagal mempertahankan kedudukannya. Walaupun Chia berjaya mendapat peratusan undi yang lebih tinggi berbanding pilihan raya yang lalu, beliau tidak dapat mengalahkan pencapaian Parti Pekerja yang mendapat 43.9% undi di Aljunied GRC. Kini, ketua de facto parti pembangkang di parlimen ialah ketua Parti Pekerja, Low Thia Khiang.

Pengunduran dari SDA sunting

NSP berundur dari SDA pada tahun 2007 tetapi SPP kekal dalam perikatan ini dengan SJP dan PKMS.

Pada tahun 2010, Chiam cuba membawa Parti Reform ke dalam SDA. Chiam menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh Parti Reform sebelum parti itu bersetuju untuk bergabung. Namun, syarat-syarat itu ditolak oleh anggota Majlis SDA yang menghalang kemasukan parti itu. Pada 2008 pula, Chiam diserang penyakit angin ahmar dan akibatnya, beliau terpaksa mengundurkan diri daripada banyak kegiatan politik. Keadaan kesihatan Chiam juga membuat beberapa anggota Majlis SDA untuk menyoal kebolehan Chiam untuk menjalankan tugas sebagai pengerusi dengan baik.

Pada 28 Febuari 2011, Majlis SDA bersepakat untuk melepaskan Chiam dari jawatan Pengerusi. Namun, majlis itu masih berharap Chiam akan tetap bertanding dalam pilihan raya akan datang. Sebelumnya, Chiam telah meluahkan hasrat untuk bertanding di dalam Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) berbanding dengan Kawasan Undi Perseorangan. Pada 2 Mac 2011, Chiam mengumumkan bahawa partinya, SPP, akan menarik diri dari perikatan SDA/ Chiam bercadang untuk bertanding di bawah partinya sendiri dalam pilihan raya akan datang.[1][2]

Objektif dan dasar parti sunting

Dalam Mesej Hari Kebangsaan 2015, parti SPP menyatakan, "Rakyat Singapura berhak mempunyai peluang pekerjaan dan pendidikan yang lebih baik supaya mereka dapat bertanding secara saksama di negara yang bersifat global ini serta di luar negara."

Prestasi pilihan raya sunting

Dalam pilihan raya umum 2011, Lina Chiam (Lina Loh Woon Lee), isteri kepada Chiam See Tong menjadi calon SPP yang bertanding di Potong Pasir.[3] Kawasan undi ini sudah sekian lama menjadi pegangan suaminya. Pilihan raya ini merupakan kali pertama Lina bertanding sebagai ahli politik. Sebelumnya, beliau telah berkempen di samping suaminya di dalam banyak pilihan raya, antaranya di Cairnhill dan Potong Pasir.

Chiam pula menjadi calon SPP yang bertanding di Bishan-Toa Payoh GRC[4] for the first time with Benjamin Pwee, Mohamad Hamim Aliyas, Wilfred Leung and Lee Yeong Wee.[5] Pasukan SPP bertemu dengan pasukan PAP yang terdiri daripada Wong Kan Seng, Dr Ng Eng Hen, Josephine Teo, Zainudin Nordin dan Hri Kumar.[6]

Dalam pilihan raya ini, tiada calon SPP yang berjaya memenangi kawasan di mana mereka bertanding. Parti PAP telah memennagi kawasan Hong Kah North, Bishan-Toa Payoh GRC dan juga Potong Pasir. Secara keseluruhan, SPP meraih 41.42% undi (62,504 undi) dalam semua kawasan undi yang dipertandingkan. Lina Chiam kecundang di Potong Pasir dengan perbezaan 114 undi atau 0.72%.[7] Walaupun kalah, Lina Chiam muncul sebagai kandidat pembangkang yang berjaya meraih peratusan undi tertinggi dan oleh itu dijadikan sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi.

Pucuk pimpinan sunting

Parti ini diterajui oleh Chiam See Tong, Setiausaha Agung.

Rujukan sunting

  1. ^ GE: SDA says Chiam pulling SPP out of alliance Diarkibkan 2011-03-05 di Wayback Machine, channelnewsasia.com, 2 March 2011
  2. ^ Chiam pulls party out of alliance Diarkibkan 2011-03-06 di Wayback Machine, Today, 3 March 2011
  3. ^ [1] Potong Pasir residents for Lina Chiam, 30 April 2011.
  4. ^ [2], SPP Rally at Bishan Stadium, 2 May 2011
  5. ^ [3] SPP's Fifth Rally at Bishan Stadium, 2011
  6. ^ [4] The New Paper 13 August 2015
  7. ^ 'Lina Chiam wants to return to Potong Pasir', Straits Times, 25 July 2015

Pautan luar sunting