Parti Solidariti Tanah Airku

parti politik di Sabah

Parti Solidariti Tanah Airku (dengan singkatannya: STAR) ialah sebuah parti tempatan berpangkalan di Sabah Borneo yang diasaskan oleh Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan, iaitu adik kepada bekas presiden dan pengasas Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan. Parti ini telah ditubuhkan dan diluluskan pada tahun 2016 melalui Akta Pertubuhan 1966.[1] Sehingga akhir Disember 2022, parti ini telah mengumpul ahli seramai 795,800 orang dan cawangan telah dibuka di seluruh pelusuk daerah-daerah Sabah secara rasminya. Parti tersebut juga giat menyelidik dan melindungi hak rakyat Sabah melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNESCO dan juga melalui semua dokumen-dokumen bukti yang sahih.[2]

Parti Solidariti Tanah Airku
ڤرتي سوليدريتي تانه ايركو
SingkatanSTAR
PresidenDatuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan
PengerusiFred V. Marukau
Setiausaha agungEdward Linggu Bukut
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua WiramudaKong Soon Choi
Ketua WiranitaDatuk Flovia Ng
PengasasDatuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan
Diasaskan14 Julai 2016
Sayap beliaGerakan Wiramuda STAR
Sayap wanitaGerakan Srikandi STAR
Keanggotaan (2022)795,800 ahli (Disember 2022)
Ideologi
  • Regionalisme Sabah
  • Demokrasi sosial
  • Berbilang kaum dan agama
  • Perjuangan hak Orang Asal Sabah (OAS)
  • Perjuangan hak ekonomi dan pembangunan Sabah
  • Perjuangan hak Perjanjian Malaysia 1963
  • Kerjasama erat Sabah & Sarawak
  • Hak asal tanah adat peribumi Sabah
Penggabungan kebangsaan
WarnaBiru muda, merah, jingga dan merah muda      Nilangsuka
Slogan
  • "Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?" (sejak 2016)
  • "Ini kalilah! Kita mesti menang!" (sejak 2017)
  • "STAR! STAR! STAR! - Bersatulah Rakyat Sabah!!" (sejak 2020)
Lagu partiBintang Borneo
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
1 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
1 / 222
Dewan Undangan Negeri Sabah
6 / 73
Simbol pilihan raya
Bendera parti
Bendera BINTANG BORNEO
Laman sesawang
starsabah.org

Prinsip Utama STAR sunting

Parti ini berpegang teguh terhadap prinsip dan amalan di dalam perjanjian Akta Malaysia 1963 untuk ditambahbaik antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan.[3] Parti ini juga ingin menekankan untuk menjaga keharmonian di Sabah & Sarawak, Malah ingin menuntut hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang dijanjikan pada 20-point memorandum untuk melaksankan reformasi pada sistem pemerintahan yang lebih adil untuk rakyat khususnya rakyat di negeri Sabah. Selain itu, Parti ini juga mengutamakan perjuangan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai sebuah Wilayah besar yang mempunyai sistem pemerintahan tersendiri.[4] Parti tersebut juga giat menyelidik dan melindungi hak rakyat Sabah melalui United Nation, UNESCO dan juga melalui semua dokumen-dokumen bukti yang sahih.[5]

Kepimpinan (AGM) sunting

Berikut merupakan Ahli Majlis Kepimpinan Parti sesi 2021/2023.[6]

KEPIMPINAN TERIKINI (KEPIMPINAN AGUNG PARTI STAR)
Jawatankuasa Nama
Presiden Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan
Timbalan Presiden 1. Datuk Ellron Alfred Angin
2. Fung Len Fui
3. Datuk Robert Tawik @ Nordin
Naib Presiden 1. Datuk Annuar Ayub
2. Nawawie Saking
3. Datuk Abidin Madingkir
4. Dr. Paul Porodong
5. Datuk Stephen Teo
6. Datuk Kenny Chua
Pengerusi Tetap Parti Fred V. Marukau
Timbalan Pengerusi Tetap Parti Harun Bidin
Pengerusi Cawangan Semenanjung Malaysia Datuk Iskandar bin Datuk Abd Malik Jangkat [2]
Setiausaha Agung Edward Linggu Bukut
Penolong Setiausaha Agung Ardino Diris
Gerald Rizal Johari
Bendahari Agung Datuk Iskandar bin Datuk Abd Malik Jangkat
Penolong Bendahari Agung Arlinsia Agang
Ketua Penerangan Parti Jalumin Bayogoh
Penolong Ketua Penerangan Parti Dr. Henry Bating
Setiausaha Penganjur Willde Edwin @ Eddy Linggu
Wiramuda Parti Kong Soon Choi
Wiranita Parti Flovia Ng
Ahli Majlis Tertinggi Parti 1. Evaristus Gungkit
2. Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan
3. Muariffidin Datuk Abdul Malek Chua
4. Ts. Ir. Jovilis Majami
5. Susy Lojimit
6. Joel Masilung
7. Marunsai Dawai
8. Suling Isib
9. Johari Pongod
10. Aliapa Osman
11. Ir. Awang Salleh
12. Raplin Samad
13. Jasmin Dulin
Juru Audit 1. Justin Ingin
2. Salangkau Kandaram
Ketua-Ketua Bahagian N01 Banggi: Tuan Andry Maquinn

N02 Bengkoka: Tn Henry Motibum

N03 Pitas: Madansor Madee

N04 Tanjong Kapor: Joe Julian

N05 Matunggong, Marunsai Dawai

N06 Bandau, Saban Sawayan

N07 Tandek, Joel Masilung

N08 Usukan, haji Lin Harun

N09 Kadamaian, Uku

N10 Tempasuk, suwah bulleh

N11 Pintasan, awang saleh

N12 Sulaman

N13 Pantai Dalit

N14 Tamparuli

N15 Kiulu


N33 Kuala Penyu ; Jonas Sunggim

Sejarah Penubuhan Parti sunting

Parti Reformasi Negeri (Sarawak) sunting

Sebelum Parti Reformasi Negeri membuka cawangannya di Sabah, Parti ini telah ditubuhkan pada 9 Oktober 1996 oleh mendiang Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Beliau secara rasminya dipilih sebagai Pesiden parti yang pertama di dalam persidangan tiga tahunan parti STAR yang ulung pada 9 Mac 1997.[7] Parti ini membuka cawangan di Sabah pada tahun 2011 selepas persetujuan dan kata sepakat dari presiden parti, Mendiang Dr. Patau Rubis. Parti Reformasi Negeri Cawangan Sabah diketuai oleh Datuk Jeffrey G. Kitingan. Presiden STAR yang kedua ialah Soo Lina, yang dipilih bagi menggantikan Patau Rubis, selepas jatuh pengsan semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan STAR dan meninggal dunia kemudiannya pada 20 Mac 2016.[8][9]Parti Reformasi Negeri lebih memberikan tumpuan untuk melakukan reformasi bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi lebih utama melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat. Memberikan perhatian yang lebih dan mahu menambahbaik terhadap persetujuan 18-point memorandum antara Sarawak, Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu.

Perpecahan STAR sunting

Pada hari Jumaat, 06 Januari 2012, tepat jam 4 petang di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Bandar Baru Nosoob, Penampang, Sabah, State Reform Party (STAR) Sabah telah dilancarkan secara rasminya dan dipengerusikan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Awalnya Parti ini berkembang ke sabah kerana penyertaan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (DDJK) atas parti ini untuk memperjuangkan AGENDA BORNEO.

Dengan slogan-nya "Unity is Duty" yang dilaung-laungkan beliau (DDJK) di Sabah adalah untuk menyatupadukan Sabahan dan Sarawakian dalam usaha menuntut dikembalikan HAK - HAK Keistimewaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Sesuai dengan namanya, Parti Reformasi Negeri atau STAR pada masa itu, berhasrat untuk melakukan reformasi bukan sahaja kerajaan tetapi terlebih penting melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat.

Namun sayangnya, Perkongsian Idealogi, Persefahaman DDJK dan Pemimpin STAR SARAWAK, Lina Soo, tidak bertahan lama sebelum dan selepas PRU-13 diadakan.

Di Sarawak, mereka (STAR SARAWAK) sangat terkesan kerana parti mereka digunakan oleh DDJK di Sabah sebagai Penyebaran Ideologi MA63 yang bergiat aktif dan menyebabkan orang-orang di Sabah memikir bahawa Parti STAR ditaja dan dipengerusikan oleh DDJK.

Natijahnya, Parti STAR SARAWAK kemudian secara perlahan memutuskan rantaian Parti STAR SARAWAK dan Parti STAR SABAH.

Penjenamaan STAR Sabah sunting

Pada tahun 2016, Parti STAR ditubuhkan secara Resmi di Cawangan/Negeri Sabah. STAR Sabah kini ditaja sepenuhnya oleh DDJK dan STAR Sarawak ditaja oleh Lina Soo.

Kemudian, Sebelum PRU-14, STAR SABAH sedang begiat berkembang di seluruh Pelusuk NEGERI Sabah. Orang menganggap bahawa Parti STAR telah dipengerusikan sepenuhnya oleh DDJK. Namun Hakikatnya, DDJK hanyalah Ketua Cawangan Sabah Ketika itu.

APABILA PRU-14 tamat, STAR SARAWAK kini memutuskan hubungannya dengan STAR SABAH yang ditaja Oleh DDJK dan menamakan Parti mereka Sebagai (ASPIRASI) dan STAR Sabah kini kekal STAR Sabah dan secara tak langsung DDJK adalah Presiden PARTI STAR.

Kerjasama antara Parti Politik sunting

Sebelum dan Semasa PRU 13, STAR SABAH bekerja-sama dengan Parti STAR SARAWAK, Parti Pogressive Sabah (SAPP) dan beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat (PR) akan tetapi Parti STAR SABAH Bertanding kesemua 22 Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri Sabah.

Selepas PRU 13, STAR SABAH bekerjasama dengan beberapa pemimpin BEBAS yang menang di Parlimen serta Dewan Undangan Negeri Sabah, Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Progressive Sabah (SAPP), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Anak Negeri Sabah (Anak Negeri), Parti STAR Sarawak, beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokrasi (DAP) dari Sabah dan Sarawak.

Sebelum dan semasa PRU 14, STAR SABAH bersama-sama menubuhkan 'GABUNGAN SABAH' (United Sabah/GS) bersama-sama Parti Progresive Sabah (SAPP), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Parti Cinta Sabah (PCS) namun PCS keluar dari GABUNGAN SABAH kerana pencakaran pemimpin STAR dan PCS.

Selepas PRU 14, STAR SABAH dilihat sebagai salah satu parti yang berjaya di GABUNGAN SABAH yang memperolehi 1 Parlimen dan 2 Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada 10 Mei 2018, Sabah belum membentuk Kerajaan Majoriti akibat daripada 'TIE' Gabungan Parti dari BN 29 kerusi dan PH+Warisan 29.

Akibat dari itu, STAR SABAH ketika itu menjadi 'KING-MAKER' dalam pembetukan Kerajaan Majoriti. DDJK yang sebagai Presiden STAR Sabah sempat berjumpa dengan kedua-dua ketua gabungan ini antaranya Tan Sri Musa Aman (BN) dan Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal (Warisan) untuk membincangkan 2 Kerusi yang dimenangi STAR untuk bergabung antara salah satu Gabungan ini.

Hasilnya, BN Sabah yang diketuai Tan Sri Musa Aman dipilih oleh STAR untuk menkongsikan 2 Kerusi STAR membentuk Kerajaan Majoriti. Hal ini disebabkan oleh Persetujuan yang diberikan oleh Datuk Jeffrey Kitingan kepada Kedua-dua Pihak dimana Parti Warisan Sabah tidak dapat perbincangan yang terbaik dari segi isu-isu seperti Kedudukan Parti STAR dan Parti tempatan Sabah, isu kewarganegaraan, isu minyak dalam MA63 dan pembuatan IC Sabah tersendiri. Kesemua janji yang diberikan Datuk Jeffrey Kitingan terhadap Parti Warisan telah ditolak sepenuhnya oleh ketua parti tersebut (Shafie Apdal). Hal berkenaan yang membuatkan Parti STAR untuk menolak membentuk kerajaan bersama Parti Warisan.

Namun, Pada 12 Mei 2018, kerajaan BN hilang majoriti akibat daripada tindakan 6 Pemimpin daripada Parti Pasokmomogun Kadazan-dusun Bersatu (UPKO) dan beberapa pemimpin UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang keluar dari gabungan BN Sabah menyertai dan berpakat Parti Warisan Sabah + Pakatan Harapan Sabah.

Hasilnya, UMNO sabah dikatakan sangat lemah ketika itu sampaikan semua pemimpinnya keluar dari parti UMNO sabah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan hanya tinggal satu kerusi BN lagi. Rakannya seperti PBS, PBRS dan LDP juga keluar dari BN setelah kekalahan Teruk BN.

Tidak lama kemudian, muncullah sebuah gabungan yang baharu yang menentang Kerajaan Warisan ketika itu yang bernama Gabungan Bersatu Sabah (GBS) diangotai oleh parti STAR, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), 1 kerusi UMNO sabah, beberapa ahli Bebas yang diketuai Hajiji Noor serta berhubungan baik dengan SAPP.

Sebelum dan Selepas PRN Sabah-16, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri malaysia ke 8 menamakan sebuah gabungan yang bernama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai oleh (BN) (PN) dan (PBS) atau secara ahli Partinya, UMNO Sabah, MIC Sabah, MCA Sabah, PPBM Sabah, STAR, SAPP ,PAS Sabah dan PBS. Gabungan ini menang dan mendapat Majoriti untuk membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.

Tujuan Penubuhan sunting

Tujuan Penubuhan Parti STAR adalah:

  • Memperjuangkan dan melindungi tanah-tanah yang ada di Sabah.
  • Memperkukuhkan perpaduan agama dan bangsa di Sabah.
  • Memadam dan mengelakkan politik perkauman yang ekstrimis sehingga mencalarkan nama baik orang Sabah.
  • Memperjuangkan orang asal Sabah.
  • Sebagai parti alternatif untuk orang yang inginkan parti pro-Sabahan yang lebih lantang dalam penyuaraan hak-hak Sabahan.

Matlamat Perjuangan sunting

 
MATLAMAT PERJUANGAN PARTI STAR SABAH

Visi & Misi sunting

Visi ; SABAH MERDEKA, SELAMAT & MAKMUR

Misi ; MEMULIHKAN HAK & MEMAJUKAN SABAH

Agenda dan Matlamat sunting

  • Membentuk kerajaan Sabah yang stabil.
  • Memulihkan Hak - Hak Sabah.
  • Menuntut Autonomi Rakyat Sabah.
  • Memulihkan Keyakinan Rakyat Sabah.
  • Melaksanakan Reformasi dan Keadilan.
  • Menyelesaikan Isu - isu Sabah.
  • Memajukan Sabah.

Kedudukan Kompas Politik sunting

Parti StarSabah berkedudukan di Tengah-Kanan dan ke Atas-Kanan membawa identiti parti Regionalisme atau Lokalisme yang mendekati idealogi besar seperti Libertarian dan Politik Hijau. Parti ini lebih berarah ke arah lokalisme kerana membawa perjuangan untuk 'Ke-pendudukan Orang Asal Borneo' dan tidak menumpukan kepada 'Ketuanan Melayu' berdasarkan perlambagaan parti.

Bendera & Lambang sunting

berikut merupakan Sejarah Bendera dan lambang terkini.

Pendaftaran sunting

Bendera sunting

Bendera parti yang lama (2012 - 2017)

 
Bendera rasmi parti STAR cawangan Sabah yang dicipta khas untuk Sabah pada tahun 2011 - latar bendera parti STAR cawangan Sabah berwarna biru (Cyan), manakala latar bendera parti STAR Cawangan Sarawak berwarna ungu.







Bendera parti yang baharu (2017 - sekarang)

 
* Pendaftaran logo dan bendera Parti STAR telah dibuat pada tahun 2016 di pejabat pendaftaran pertubuhan Malaysia. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah meluluskan penggunaan logo dan bendera Parti STAR Sabah pada Oktober 2016.


Makna (Bendera)

  • Bintang 7 Bucu melambangkan 7 Residensi Sabah (Sabah berstatus sama taraf dengan seluruh kawasan Malaya dan 1 Residensi Sabah sama taraf dengan 1 Negeri Persekutuan Tanah Melayu).
  • Gengaman Tangan melambangkan Kerjasama, Perpaduan masyarakat Sabah.
  • Bulatan Putih melambangkan Parti Tempatan Sabah (Parti Asal).
  • Warna Cyan (Biru Muda) (Latar Bendera) menyahut Slogan Sabah (Sabah Tanah Airku).
  • Warna Putih lambang Harta Warisan Sabah.
  • Warna Merah lambang perjuangan Rakyat Sabah.
  • Warna Kuning lambang kesucian semua Umat Beragama di Sabah.
  • Warna Pink (Merah Jambu) lambang Adat dan Budaya yang ada di Sabah.



sunting

Logo Parti yang lama (2012 - 2017)

 

- simbol Parti menghadapi Pilihan Raya ke-13

- simbol ini juga di gunakan Parti Reformasi Rakyat pada PRU-13

Logo parti yang Baharu (2017-sekarang)


- simbol rasmi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Panglima Jeffrey G. Kitingan pada tahun 2017

- simbol ini pertama kali digunakan pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 dan berjaya mencatat kemenangan dua kerusi ADUN dan satu kerusi parlimen parti tersebut.

Makna (Logo)

  • Bintang 7 Bucu melambangkan 7 Residensi Sabah (Sabah berstatus sama taraf dengan seluruh kawasan Malaya dan 1 Residensi Sabah sama taraf dengan 1 Negeri Persekutuan Tanah Melayu).
  • Gengaman Tangan melambangkan Kerjasama, Perpaduan masyarakat Sabah.
  • Bulatan Putih melambangkan Parti Tempatan Sabah (Parti Asal).
  • Warna Cyan (Biru Muda) menyahut Slogan Sabah (Sabah Tanah Airku).
  • Warna Putih lambang Harta Warisan Sabah.
  • Warna Merah lambang perjuangan Rakyat Sabah.
  • Warna Kuning lambang kesucian semua Umat Beragama di Sabah.
  • Warna Pink (Merah Jambu) lambang Adat dan Budaya yang ada di Sabah.

Lagu Rasmi & Lagu Perjuangan sunting

Bintang Borneo (Lagu Rasmi Parti)

Gunung lautan, Kehijauan hutan,
Kebanggan kita berkurun lamanya.
Tanah Borneo, pusaka berzaman,
Saya disini menjadi Pewarisnya.

Warisan ini, kan lenyap selamanya,
Masa depan kita tidaa jaminan.
Bangkitlah wahai, pejuang bangsa,
Hak dan warisan mesti dipertahankan.

Parti STAR bintang untuk Borneo,
Suara dan perinduangan selamanya.

Bintang Borneo, Terus gemilang,
Dengan Kuasa dari yang Esa.
Dalam STAR kita terus berjuang,
Dalam STAR kita pasti berjaya.
Parti STAR bintang untuk Borneo,
Payung perpaduan kita bersama.
Parti STAR bintang untuk Borneo,
Suara dan perinduangan selamanya.
Bintang Borneo, Terus gemilang,
Dengan Kuasa dari yang Esa.
Dalam STAR kita terus berjuang,
Dalam STAR kita pasti berjaya.
Penulis Lirik (Asal) : Maklin Masiau
Penulis Lagu (Melodi) : Justin Lusah
Penggubah lagu : Guandee Kohoi/Justin Lusah
Penyanyi Lagu : Justin Lusah/Juniol Masingkin

Lagu Perjuangan sunting

1) Ini Kali Kita Mesti Menang (Kustin Ladi)

2) Sumpah Anak Borneo (Kustin Ladi)

3) Mengemis di Bumi Sendiri (Evaristus Gungkit)

4) Dalam STARSABAH Kita Bersatu (Evaristus Gungkit)

5) Sabahan Bersatu (Juniol Masingkin)

6) Bersatu Solidariti (Juniol Masingkin)

7) Luguan Lundu Miringdod (Justin Lusah)

8) Nunuk Ragang Bersatu (Justin Lusah)

9) Satu Hati untuk Sabah (Clayrice Tommy Jr)

Keanggotaan sunting

Perwakilan sunting

Senator sunting

Ahli-ahli Senator Malaysia tidak dipilih secara pilihanraya. Setiap daripada 13 dewan undangan negeri memilih dua Senator; baki 44 dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. STAR Hanya mempunyai Seorang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Agong.[10]

Lantikan Tempoh Ahli Catatan
  Yang di-Pertuan Agong 16.12.2020 - 26.10.2021 YB Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi satu-satunya Ahli dari Parti Star yang pertama dilantik Agong ke Dewan Negara dan meninggal dunia ketika dalam jawatan

Dewan Rakyat sunting

Negeri No. Parlimen Ahli Parti Undi
  Sabah P180 Keningau Jeffrey Kitingan STAR
13,286 / 40,149
Total Sabah (1)

Dewan Undangan Negeri sunting

Negeri Bil. Dewan Undangan Negeri Penyandang Parti
  Sabah N38 Paginatan Abidin Madingkir STAR
N39 Tambunan Jeffrey Kitingan STAR
N40 Bingkor Robert Tawik @ Nordin STAR
N41 Liawan Annuar Ayub STAR
N44 Tulid Flovia Ng STAR
N45 Sook Ellron Alfred Angin STAR
Jumlah Sabah (6)

Pilihan Raya sunting

Pilihan Raya ke-12 sunting

Pilihan Raya ke-13 sunting

Parlimen (Calon)

# Konstitusi Calon Parti Undian Catatan
P167 Kudat Jutirim Galibai Galabi STAR 3,083 Kalah
P168 Kota Marudu Majamis Timbong STAR 2,228
P169 Kota Belud Jalumin Bayogoh STAR 2,709
P170 Tuaran Samin Dulin STAR 1,509
P171 Sepanggar Daniel John Jambun STAR 1,931
P172 Kota Kinabalu Liew Hock Leong STAR 909
P173 Putatan Awang Ahmad Sah STAR 2,604
P174 Penampang Melania Annol STAR 1,119
P175 Papar Balon Mujim STAR 838
P176 Kimanis Lusin Balangon STAR 240
P177 Beaufort Guan Dee Koh Hoi STAR 409
P179 Ranau Julianah Situn STAR 2,559
P180 Keningau Geoffrey Gapari Kitingan STAR 11,900
P181 Tenom Hasmin Abdullah STAR 2,449
P182 Pensiangan Martin Tomy STAR 3,554
P183 Beluran Raimon Lanjat STAR 1,460
P184 Libaran Rosnah Unsari STAR 502
P185 Batu Sapi Saiful Bahari Rashada Ahmad STAR 410
P187 Kinabatangan Yambuya Parantis STAR 1,153
P188 Silam Apas Saking STAR 841
P191 Kalabakan Malvine Reyes STAR 603

Seramai 21 Calon bertanding atas TIKET star (Sabah) di parlimen namun semuanya kalah.


DUN (Calon)

No. Kawasan Undangan Negeri Calon bertanding Undian
N1 Banggi Mohd Arifin Abdul Salam 479
N2 Tanjong Kapor Hendiri Minar 273
N3 Pitas Maklin Masiau 3111
N4 Matunggong Marunsai Dawai 1536
N5 Tandek Jebon Janaun 2668
N6 Tempasuk Suwah Buleh 1769
N7 Kadamaian Rubbin Guribah 1877
N8 Usukan Bakhruddin Ismail 285
N9 Tamparuli Linggu Bukut 589
N10 Sulaman David Orok 225
N11 Kiulu Terence Sinti 1025
N12 Karambunai
N13 Inanam
N14 Likas Ho Cheong Tshun 155
N15 Api-Api Felix Chong Kat Fah 152
N16 Luyang Jafery Jomion 259
N17 Tanjong Aru Salleh Tiaseh 750
N18 Petagas Awang Ahmad Sah 1111
N19 Kapayan Phillip Among 20
N20 Moyog Bernard Lawrence Solibun 603
N21 Kawang Edward Dagul 906
N22 Pantai Manis Baharudin Nayan 603
N23 Bongawan Assim Matali 321
N24 Membakut Jaapar Ag Gador 139
N25 Klias Aliapa Osman 71
N26 Kuala Penyu Ining Sintin 154
N27 Lumadan Mohd Jaafar Ibrahim 147
N28 Sindumin Semion Sakai 165
N29 Kundasang Jain Sauting 1117
N30 Karanaan Jalidin Paidi 1067
N31 Paginatan Pedderin Tuliang 1139
N32 Tambunan Nestor Joannes 3507
N33 Bingkor Jeffrey Kitingan 5350
N34 Liawan Nicholas James Guntobon 2067
N35 Melalap Kong Fui Seng 924
N36 Kemabong Tay Jin Kiong 1155
N37 Sook Kustin Ladi 2828
N38 Nabawan George Eram 310
N39 Sugut Masiawan Kunching 341
N40 Labuk Pinus Gondili 1238
N41 Gum-Gum Hassan Hami 301
N42 Sungai Sibuga Mohd Roslan Yussof 215
N43 Sekong Ahmad Ibrahim 100
N44 Karamunting
N45 Elopura
N46 Tanjong Papat
N47 Kuamut Edward Podok 1147
N48 Sukau Juhori Paritai 197
N49 Tungku Johan Nul 337
N50 Lahad Datu Ariffin Hamid 341
N51 Kunak Valentine Sebastian 200
N52 Sulabayan
N53 Senallang
N54 Bugaya
N55 Balung
N56 Apas Chok Yit Min 75
N57 Sri Tanjong Olivia Chong Oi Yun 128
N58 Merotai
N59 Tanjong Batu
N60 Sebatik Mohammad Jeffry Rosman 225

Seramai 49 Calon yang bertanding atas TIKET Star (Sabah) di DUN Sabah. Satu daripadanya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, menang di DUN 33 Bingkor.

Pilihan Raya ke-14 sunting

Parlimen (Calon)

# Perlembagaan Calon Undi Catatan
P174 Penampang Cleftus Stephen Spine
(USA-STAR)
1,196 Kalah
P175 Papar Jamil William Core
(USA-STAR)
892
P179 Ranau Soudi Andang
(USA-STAR)
3,148
P180 Keningau Jeffrey Kitingan
(USA-STAR)
13,286 Menang
P182 Pensiangan Richard Joe Jimmy
(USA-STAR)
2,839 Kalah

Seramai 5 orang calon StarSabah bertanding di Parlimen, Satu daripadanya (Jeffrey Kitingan) menang di P180 KENINGAU.

DUN (Calon)

# Perlembagaan Lawan Undi Catatan
N1 Banggi Norlaji Amir Hassan
(USA-STAR)
367 Kalah
N4 Matunggong Marunsai Dawai
(USA-STAR)
2,968
N5 Tandek Joel Masilung
(USA-STAR)
3,621
N6 Tempasuk Suwah Buleh
(USA-STAR)
1,494
N7 Kadamaian Rubbin Guribah
(USA-STAR)
3,034
N9 Tamparuli Samin Dulin
(USA-STAR)
901
N11 Kiulu Terence Sinti
(USA-STAR)
2,457
N19 Kapayan Chong Pit Fah
(USA-STAR)
1,318
N20 Moyog Danim Siap
(USA-STAR)
605
N29 Kundasang Japril Suhaimin
(USA-STAR)
2,105
N31 Paginatan Feddrin Tuling
(USA-STAR)
1,870
N32 Tambunan Jeffrey Kitingan
(USA-STAR)
6136 Menang
N33 Bingkor Robert Nordin
(USA-STAR)
4552
N34 Liawan Kong Fui Seng
(USA-STAR)
1,809 Kalah
N35 Melalap Jaineh Juata
(USA-STAR)
861
N37 Sook Baritus Gungkit
(USA-STAR)
3,402
N40 Labuk Rainus Awang
(USA-STAR)
1,171
N47 Kuamut James Ait
(USA-STAR)
1,132

Seramai 18 calon Parti StarSabah bertanding di Parlimen, Jeffrey Kitingan dan Robert Nordin menang di DUN34 (TAMBUNAN) & DUN33 (BINGKOR).

Pilihan Raya Negeri Sabah-16 sunting

DUN Calon bertanding Undian Keputusan
N26 Moyog Joseph Sulaiman 2502 Kalah
N38 Paginatan Datuk Abidin Madingkir 3782 Menang
N39 Tambunan Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan 8691
N40 Bingkor Datuk Robert Nordin@Tawik 7891
N41 Liawan Annuar Ayub Aman 4628
N44 Tulid Flovia Ng 2267
N45 Sook Datuk Ellron Alfred 3554
N69 Sri Tanjong Fung Lin Fun 2270 Kalah

Seramai 8 calon bertanding pada PRN-16 Sabah tahun 2020 atas Tiket Perikatan Nasional (PN-STAR). Hanya 2 calon Kalah pada PRU-16 ini.

Pertubuhan dengan NGO sunting

Aktiviti Parti sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ [1]
  2. ^ Olivia Miwil (24 July 2021). "Kitingan proposes int'l justice system for Borneo's Dayak community". New Straits Times - Nation. Dicapai pada 18 December 2021.
  3. ^ STAR Sabah di laman blog
  4. ^ https://www.starsabah.org/+Perjuangan+Parti+STAR+untuk+rakyat+Sabah+yang+sentiasa+diteruskan+tidak+kira+jadi+kerajaan+ataupun+pembangkang
  5. ^ Olivia Miwil (24 July 2021). "Kitingan proposes int'l justice system for Borneo's Dayak community". New Straits Times - Nation. Dicapai pada 18 December 2021.
  6. ^ DSP Dr. Jeffrey Kitingan menang kerusi kepresidenan tanpa bertanding. Dipetik oleh The Borneo Post (16 Oktober 2021) bahasa Inggeris
  7. ^ State Reform Party (STAR), mylovelynney.rumahpanjai[pautan mati kekal]
  8. ^ "State Reform Party founding president Dr Patau Rubis dies a day before birthday after collapsing at AGM". The Star Online. 20 March 2016. Dicapai pada 2016-04-28.
  9. ^ "Dr Patau Rubis passes away from apparent heart failure". BorneoPost Online. 20 March 2016. Dicapai pada 2016-04-28.
  10. ^ "Senarai Ahli Dewan Negara". Parlimen Malaysia. Dicapai pada 22 November 2014.

Pautan luar sunting