Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia

pertubuhan di Malaysia
(Dilencongkan dari PasMa)

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau PASMA ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan di Malaysia yang bermotifkan politik. PASMA ditubuhkan oleh anggota PAS yang cenderung untuk mengekalkan kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat.[1] Ia diasaskan oleh Phahrolrazi Mohd Zawawi yang merupakan ADUN Pengkalan Kundor mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PASMA ditubuhkan pada September 2014 selepas keretakan mula berlaku dalam Pakatan Rakyat ekoran krisis Menteri Besar Selangor[2]. PASMA bersama-sama sebuah lagi kumpulan pecahan PAS yang digelar G18 telah bergabung dan menubuhkan Gerakan Harapan Baru yang kemudiannya membentuk Parti Amanah Negara[3].

Organisasi awal 2014 sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kow Gah Chie (6 September 2014). "PasMa mungkin jadi pencetus parti baru". Malaysiakini. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  2. ^ Zikri Kamarulzaman (24 Jun 2015). "'Serah pada profesional tubuh parti baru'". Malaysiakini. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  3. ^ Mohd Fadli Ghani (17 September 2020). "Sejak bila PAS beranakkan PAN?". Harakahdaily. Dicapai pada 6 Julai 2021.