Pasar Besar Melaka

Pasar Besar Melaka terletak bersebelahan dengan Melaka Sentral dan Bazar Melaka Sentral di Jalan Tun Razak.

Bangunan pasar dua tingkat ini menawarkan pelbagai barangan keperluan harian seperti sayur, ayam, daging serta barangan kering.Turut disediakan kawasan peniaga untuk membuka gerai makanan, surau, tandas, tempat letak kenderaan, serta tempat menyimpan makanan beku.

Pasar ini dirasmikan bersama Melaka Sentral oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Mei 2004.

Sebelum ini pasar besar untuk negeri Melaka terletak di Bandar Melaka berdekatan bangunan Plaza Hang Tuah.