Pasar malam (Jawi: ڤاسر مالم) merupakan perniagaan konsep pasar atau bazar yang perniagaannya dimulakan pada waktu lewat petang sehingga pada lewat malam.

Pasar Malam di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
Pasar malam di Jurong Timur, Singapura.
Pasar malam di Hong Kong, China.

Ia merupakan pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang biasanya berada di kawasan perumahan.

Di pasar malam kebanyakan penjual menjual pelbagai jenis makanan tempatan, hasil tani seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, ayam, daging, hasil laut seperti ikan, sotong, terdapat juga mainan, pakaian, aksesori, haiwan peliharaan dan sebagainya.

Ia menarik banyak pengunjung kerana harga barangan yang berpatutan. Pasar malam hanya dibuka beberapa malam dalam seminggu, kerana peniaga berpindah-randah ke kawasan berlainan setiap hari sepanjang minggu. Tawar-menawar merupakan amalan biasa di gerai yang menjual pakaian dan aksesori.

Mengikut negara Sunting

Malaysia Sunting

Seperti namanya, jam buka biasanya lewat pada pukul 5:00 petang dan tutup jam 11:00 malam atau sehingga makanan habis dijual.

Peniaga mendapat lesen peniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Ini bagi mengawal kebersihan bandar dan kesihatan. Penjual makanan perlu mendapatkan suntikan kesihatan demam kepialu/tipod jenis Typhim VI.[1][2] Tapak pasar malam diselia oleh pihak berkuasa tempatan.[3][4]

Pasar malam berbeza-beza mengikut etnik. Pasar malam Melayu biasanya menjual buku-buku keagamaan, kopiah, kain sarong, dan barangan Melayu lain. Pasar malam Cina pula lazimnya menjual set Mah Jong, setanggi, colok, kertas dan pelbagai barangan keagamaan Cina. Selain itu, pasar malam India pula menjual barangan keagamaan Hindu.

Belanda Sunting

Di Belanda, perayaan tahunaan rakyat Indonesia diadakan di The Hague dengan nama Perayaan Tong Tong, sebelum ini Pasar Malam Besar. Disebabkan ramainya bilangan Serani Indonesia dan kejayaan majlis ini sejak 1959, berdosen pasar malam diadakan setiap tahun di Belanda. Kini kedutaan Indonesian telah memulakan membiayai pasar malam Indonesia tahunan, terutamanya untuk mempromosi perniagaan Indonesian dan meningkatkan hubungan Belanda-Indonesia.[5]

Rujukan Sunting

  1. ^ "SYARAT-SYARAT PENIAGA SEMENTARA DI PUTRAJAYA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2013-02-03.
  2. ^ "SYARAT-SYARAT PENIAGA SEMENTARA DI PUTRAJAYA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2013-02-03.
  3. ^ "Pelan Lokasi Pasar Malamdi Majlis Perbandaran Selayang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-18. Dicapai pada 2013-02-03.
  4. ^ "Pelan Lokasi Pasar Malam Kajang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-02. Dicapai pada 2013-02-03.
  5. ^ Belanda memiliki bilangan pasar malam terbesar di luar Asia.