Pasar pagi (Jawi: ڤاسر ڤاڬي) dibuka pada waktu pagi. Barang-barang jualan yang dijual termasuklah sayur-sayuran, ikan, daging, pakaian dan pelbagai jenis produk seharian dalam kuantiti yang sedikit. Perniagaan biasanya dijalankan oleh individu atau dibantu oleh ahli keluarga.

Gambar Pasar pagi di Malaysia.

Salah satu pasar pagi yang terbesar berada di Jalan Pasar di Kuala Lumpur. Antara kepentingan pasar pagi ialah ia menyediakan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran. Selain itu ia juga dapat menyediakan barangan yang segar untuk memasak dan menjimatkan kos pengguna disebabkan oleh harganya yang jauh lebih murah berbanding di pasaraya.