Pasir Puteh merupakan sebuah pekan di pinggir bandar Ipoh, di sebelah barat menuju ke Batu Gajah, Tanjung Tualang dan Pusing. Balai Polis Pasir Puteh terletak di tepi jalan Pasir Puteh. Kawasan Perindustrian Pengkalan terletak berhampiran dengan Pasir Puteh.

Kawasan yang berhampiran dengan Pasir Puteh ialah Lahat, Pengkalan, Pengkalan Pegoh, Station 18, Simpang Pulai, Batu Gajah, Pusing dan lain-lain.

Sebuah taman tema iaitu Station 18 hendak dibina di Pasir Puteh tetapi sehingga kini belum dibangunkan kecuali kedai-kedai dua tingkat.

Ada sebuah masjid untuk orang Islam berhampiran Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh, Pengkalan Pegoh.