Pasukan Bantuan Bersama Jerman

Pasukan Bantuan Bersama (Bahasa Jerman: Streitkräftebasis, SKB, secara harfiah Asas Angkatan Tentera) ialah sebuah cabang tentera Bundeswehr Jerman yang ditubuhkan pada Oktober 2000 hasil dari pembaharuan besar-besaran Bundeswehr. Ia mengendalikan pelbagai logistik dan tugas-tugas penyusunan Bundeswehr. SKB ialah komponen kelima Bundeswehr, yang lain adalah Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara , Perkhidmatan Perubatan Bersama dan Perkhidmatan Siber dan Ruang Informasi Jerman. Sehingga 31 Disember 2018, pasukan ini mengandungi 27,640 anggota.[1]

Pasukan Bantuan Bersama
Streitkräftebasis
Logo of the Joint Support Service
Logo Streitkräftebasis
Aktif1 Oktober 2000
NegaraJerman
Saiz27,640 (31 Disember 2018)[1]
Kawat"Marsch der Streikräftebasis"[2]
Laman webhttp://www.streitkraeftebasis.de/
Komander
InspektorGeneralleutnant Martin Schelleis (Tentera Udara Jerman)
Timbalan InspektorGeneralleutnant Peter Bohrer (Tentera Udara Jerman)
Ketua StafGeneralmajor Jürgen Setzer (Tentera Darat Jerman)
Komander
terkenal
Manfred Nielson, Wolfram Kühn
Kenderaan peronda MP Feldjäger

OrganisasiSunting

Tidak seperti Organisasi Logistik Pertahanan British dan Markas Bantuan Australia Jabatan Pertahanan Australia, persekitaran tentera semasa Jerman telah membawa kepada beberapa pemerintahan medan berkaitan yang diperuntukkan kepadanya, terutamanya struktur pertahanan wilayah kecil Jerman yang terkandung dalam empat Wehrbereichskommandos (Pemerintahan Wilayah tentera), dan pengawasan nasional operasi ketenteraan aktif Jerman diluar kawasan NATO,[Penjelasan diperlukan] yang dilakukan oleh Einsatzführungskommando (Markas Operasi Bundeswehr), yang beribupejabat di Potsdam.

Markas-markas WBK di:

Setiap Markas Wilayah Tentera mengawal beberapa Landeskommando (Markas Negeri) disebabkan oleh struktur persekutuan Jerman. Sebelumnya fungsi ini telah dilaksanakan oleh Verteidigungsbezirkskommandos (VBK) atau Pemerintahan Wilayah Tentera (Pemerintahan Daerah Pertahanan). Pihak berkuasa pemerintahan ini bertanggungjawab terhadap semua kemudahan tentera di kawasan tanggungjawab mereka dan beberapa rejimen sokongan. SKB telah dibentuk berdasarkan bekas kor IV (GE)[Penjelasan diperlukan]. Kebanyakan elemen-elemen yang tinggal telah ditugaskan semula dari Agensi Ketenteraan Pusat Bundeswehr, merangkumi pelbagai agensi logistik, sekolah, dan unit-unit sokongan lain.

Pihak berkuasa atasan pemerintahan adalah Kommando Streitkräftebasis (Markas Khidmat Bantuan Bersama) yang bertanggungjawab atas banyak peranan perintah dan kawal. Streitkräfteamt (Pejabat Angkatan Tentera) mengarah semua sekolah, pusat latihan dan penyelidikan, Perkhidmatan Risikan Balas Tentera (Militärischer Abschirmdienst), dan akademi serta universiti Bundeswehr.

RujukanSunting

Nota
  1. ^ a b "Die Stärke der Streitkräfte [Personnel strength of German Armed Forces]". 23 January 2019. Dicapai pada 5 February 2019.
  2. ^ Kirschner, Claus-Dieter (1 October 2010). "Der große Erfolg von Gerhard Fetzer". Heidenheimer Zeitung (dalam bahasa German).Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)

Pautan luarSunting

Templat:NATO Land Forces