Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia

Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia (MALCON ISAF) merupakan pasukan Angkatan Tentera Malaysia yang dihantar bertugas di Wilayah Bamiyan, Afghanistan bersama-sama dengan Pasukan Pembangunan Semula Wilayah (PRT) New Zealand mulai September 2010, sebagai sebahagian daripada Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) di Afghanistan. Bamiyan terletak di tengah Afghanistsan. Kawasan ini memerlukan pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan masyarakat Islam setempat kerana aspek keselamatan di wilayah itu terkawal.

Mandat PBB sunting

Kerajaan Afghanistan melihat kemampuan Malaysia sebagai negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam yang aktif melibatkan diri dalam misi bantuan kemanusiaan contohnya di Somalia, Bosnia Herzegovina dan Sudan. Malaysia diminta membantu membangunkan semula wilayah dan bandar Bamyan yang musnah dan mundur akibat perang 2001-2010. Malaysia pernah menyatakan sokongan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk Afghanistan pada 2001.

Malaysia bekerjasama dengan tentera New Zealand kerana mempunyai hubungan baik dan kerjasama yang terjalin antara kedua negara dalam pelbagai aspek seperti menerusi Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Pasukan peninjau sunting

Pasukan peninjau Kumpulan MALCON ISAF diketuai Leftenan Kolonel Nor Azan Omar selaku Komander bersama 6 pegawai dan 6 anggota lain-lain pangkat berlepas ke Wilayah Bamyan pada Khamis , 15 Julai 2010. Tugasan lebih berbentuk tugas kemanusiaan seperti perubatan kritikal , penjagaan kesihatan, pergigian dan kemasyarakatan. Tidak ada sebarang penugasan kombat atau konflik.

Pasukan ini terdiri daripada 10 pegawai dan 30 anggota lain-lain pangkat daripada pasukan Perubatan, pasukan Pergigian serta Elemen Keselamatan Am dan Tadbir di bawah misi Operasi Interim Sokongan dan Bantuan Nasional ke Afghanistan.[1]

Rujukan sunting