SMART

pasukan bantuan penyelamatan bencana khas Malaysia

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia atau SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team) merupakan sebuah pasukan khas mencari dan menyelamat yang ditubuhkan di bawah Majlis Keselamatan Negara Malaysia yang berdasarkan kelulusan Jemaah Menteri pada 18 Mei 1994.

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia
Ditubuhkan pada18 Mei 1994; 29 tahun yang lalu (1994-05-18)
NegaraMalaysia
Cawangan
JenisBantuan penyelamat bencana berat
PerananBantuan mencari dan menyelamat bencana secara tempatan dan antarabangsa
Saiz134 orang (September 2019)
Sebahagian daripada
PangkalanPulau Meranti, Puchong, Selangor
Warna
  • Warna unit:                          Kuning, merah, putih, biru
  • Beret:       Biru gelap
Komander
KomanderSupt Abd Rahim Bin Abd Aziz

Sejarah sunting

Susulan tragedi keruntuhan pangsapuri Highland Towers, Ulu Kelang pada 11 Disember 1993, Jawatankuasa Kabinet yang bersidang 21 Disember 1993 telah meluluskan penubuhan Pasukan SMART di bawah pengurusan Pejabat Majlis Keselamatan Negara, dengan menggunakan model pasukan serupa di Jepun.[1][2] Pasukan SMART ini dianggotai oleh pegawai dan anggota daripada jabatan kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada Mei 2015, SMART mengusulkan permohonan bagi kelulusan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[3] Kelulusan diperoleh pada 5 Jun, menjadikan SMART sebagai gerakan bantuan kedua di Asia Tenggara untuk memperoleh kelulusan ini selepas Singapura.[4] Pada 11 April 2019, SMART dipilih sebagai mentor kepada pasukan penyelamat Brunei sehingga mereka mendapat pengiktirafan INSARAG.[5]

Latihan dan pemilihan sunting

Latihan yang dilakukan termasuk:[perlu rujukan]

  • ujian fizikal individu (IPPT) dengan syarat lulus gred A dan B sahaja;
  • ujian fobia ketinggian terjun platform 10 m dan renang 300 m gaya bebas serta apungan lima minit;
  • ujian fobia gelap di ruang tertutup, rumah berasap;
  • ujian fobia darah dan mayat;
  • ujian larian 7 km dab ujian angkutan mayat 22 km dengan patung 90 kg.

Calon-calon yang telah melepasi ujian-ujian diatas akan ditemuduga seterusnya akan melalui tapisan yang ketat sebelum layak untuk mengikuti latihan asas pasukan SMART yang dipanggil "Kursus Khas SMART" selama 7 minggu. Dalam kursus, khas para pelatih akan diberikan latihan yang agak keras dan tidak mengira masa. Modul-modul yang diajar termasuk modul perubatan, HAZMAT dan aneka gaya menyelamat. Di samping itu, para pelatih juga wajib menjalani latihan fizikal setiap hari serta ujian berpasukan dan individu seperti merempuh halangan. Ujian IPPT juga turut dijalankan setiap hari jumaat sepanjang kursus dijalankan manakala ujian akhir pelatih diuji dengan larian angkutan.

Misi sunting

Di antara misi-misi yang pernah disertai termasuklah:

Rujukan sunting

  1. ^ "Malaysia boleh pelajari strategi Jepun". Berita Mingguan. 19 Disember 1993.
  2. ^ "Pakaian seragam untuk penyelamat". Berita Mingguan. 19 Disember 1993.
  3. ^ "Smart mahu dapatkan pengiktirafan INSARAG". Utusan Online. Dicapai pada 2017-05-12.
  4. ^ Divakaran, P. "SMART gets INSARAG certification". The Star Online. Dicapai pada 2017-05-12.
  5. ^ a b "SMART to guide Brunei rescue team". The Star. 11 April 2019. Dicapai pada 25 Julai 2019.
  6. ^ "Malaysia sends rescue team to Japan". People's Daily Online (dalam bahasa Inggeris). 12 Mac 2011. Dicapai pada 13 Mac 2011.
  7. ^ "MKN Gerak Pasukan SMART Ke Sabah". Mynewshub (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-05-13.
  8. ^ Rosli, Hafizi (8 Februari 2023). "Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART antara kumpulan negara asing petama tiba". Astro Awani. Dicapai pada 8 Februari 2023.

Pautan luar sunting