Buka menu utama

Pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon

Pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon mewakili Cameroon dalam pertandingan bola sepak antarabangsa dan dikawal oleh Persekutuan Bola Sepak Cameroon. Ia merupakan pasukan paling berjaya di Afrika dan telah layak tujuh kali pada Piala Dunia FIFA, lebih daripada mana-mana pasukan Afrika yang lain (pada tahun 1982, 1990, 1994, 1998, 2002, 2010 dan 2014). Walau bagaimanapun, pasukan itu hanya mampu sekali mara dari peringkat kumpulan. Mereka adalah yang pasukan Afrika pertama untuk mara ke suku akhir Piala Dunia, di 1990, tewas kepada England dalam masa tambahan. Mereka juga telah memenangi empat kali Piala Negara-Negara Afrika.

 Cameroon
Shirt badge/Association crest
GelaranLes Lions Indomptables
(Singa waja)
PersatuanPersekutuan Bola Sepak Cameroon
Fédération Camerounaise de Football
KonfederasiCAF (Afrika)
Ketua jurulatihHugo Broos
KaptenStéphane Mbia
Kaps terbanyakRigobert Song (137)
Penjaring terbanyakSamuel Eto'o (54)
Stadium tuan rumahStade Omnisports
Kod FIFACMR
Kedudukan FIFA49 1 (07 Jun 2018)
Kedudukan tertinggi FIFA11 (November 2006)
Kedudukan terendah FIFA62 (April 1997)
Kedudukan Elo45
Kedudukan tertinggi Elo12 (Jun 2003)
Kedudukan terendah Elo76 (April 1995)
Warna tuan rumah
warna pelawat
warna Ketiga
Antarabangsa pertama
 Belgian Congo 3–2 Cameroon Perancis
(Belgian Congo; September 1956)
Kemenangan terbesar
 Cameroon 9–0 Chad Bendera Chad
(DR Congo; April 1965)
Kekalahan terbesar
 Norway 6–1 Cameroon Bendera Cameroon
(Oslo, Norway; 31 Oktober 1990)
 Rusia 6–1 Cameroon Bendera Cameroon
(Palo Alto, California, USA; 28 Jun 1994)
 Costa Rica 5–0 Cameroon Bendera Cameroon
(San José, Costa Rica; 9 Mac 1997)
Piala Dunia
Kemunculan7 (Kali pertama pada 1982)
Keputusan terbaikSuku akhir (1990)
Piala Negara-Negara Afrika
Kemunculan19 (Kali pertama pada 1970)
Keputusan terbaikJuara (1984, 1988, 2000, 2002)
Piala Konfederasi FIFA
Kemunculan2 (Kali pertama pada 2001)
Keputusan terbaikNaib Juara (2003)
Lambang Singa waja

Isi kandungan

SejarahSunting

Perlawanan pertamaSunting

Cameroon bermain perlawanan pertama menentang Djibouti pada tahun 1960, memenangi 9-2. Mereka yang pertama melayakkan diri ke Piala Negara-Negara Afrika di 1970, tetapi tersingkir di pusingan pertama. Dua tahun kemudian, sebagai negara tuan rumah, Singa waja mendapat tempat ketiga dalam Piala Negara-Negara Afrika 1972. Selepas itu mereka tidak berjaya layak di pertandingan tersebut selama sepuluh tahun.

Pertama kali di Piala Dunia FIFA 1982Sunting

Cameroon layak pertama kali di Piala Dunia FIFA pada tahun 1982. Dengan peningkatan sebanyak 16 kepada 24 pasukan Cameroon berkelayakan bersama-sama dengan Algeria untuk mewakili Afrika di Sepanyol. Cameroon diletakkan dalam kumpulan 1 dengan Itali, Poland dan Peru. Dalam perlawanan pertama mereka Cameroon berhadapan Peru dan seri 0-0. Mereka kemudiannya terpaksa seri tanpa jaringan kedua dengan Poland sebelum mengejutkan Itali dengan seri 1-1. Walaupun tanpa kalah mereka gagal untuk layak ke pusingan kedua.

Piala Negara-Negara Afrika 1984Sunting

Dua tahun kemudian Cameroon layak ke Piala Negara-Negara Afrika 1984, yang diadakan di Côte d'Ivoire. Mereka menduduki tempat kedua dalam kumpulan pusingan pertama mereka sebelum menewaskan Algeria menerusi penalti dalam separuh akhir. Pada perlawanan akhir, Cameroon menewaskan Nigeria 3-1 dengan gol daripada René N'Djeya, Théophile Abega dan Ernest Ebongué untuk menjadi juara Afrika untuk kali pertama.

Piala Dunia FIFA 1990Sunting

Cameroon layak ke Piala Dunia 1990 dengan melepasi Nigeria dan menewaskan Tunisia dalam perlawanan penentuan ke pusingan akhir. Dalam pusingan akhir Cameroon diletakkan dalam kumpulan B dengan Argentina, Romania, dan Kesatuan Soviet. Cameroon mengalahkan juara bertahan Argentina dalam perlawanan pembukaan 1-0 dengan gol dijaringkan oleh François Omam-Biyik. Cameroon kemudian mengalahkan Romania 2-1 dan kalah kepada Kesatuan Soviet 0-4, menjadi Pasukan yang pertama berada di atas peringkat kumpulan pusingan akhir Piala Dunia dengan negatif perbezaan gol. Dalam pusingan kedua Cameroon mengalahkan Colombia 2-1 dengan pemain 38 tahun Roger Milla menjaringkan dua gol dalam masa tambahan. Pada suku akhir Cameroon berhadapan England. Selepas 25 minit separuh masa pertama pemain England David Platt menjaringkan gol untuk England. Pada separuh masa kedua bagaimanapun Cameroon kembali dengan penalti pada minit ke-61 dari Emmanuel Kunde dan mendahului dengan Eugène Ekéké pada minit ke-65. England bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-83 dengan sepakan penalti dari Gary Lineker. Gary Lineker sekali lagi menambah jaringan untuk England dalam 3-2 dengan sepakan penalti pada minit ke-105. Pasukan itu telah dibimbing oleh pengurus Rusia dan bekas pemain Valeri Nepomniachi.

Piala Dunia FIFA 1994Sunting

Pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat menyaksikan pelarasan perwakilan untuk tiga pasukan Afrika layak. Cameroon layak dengan Nigeria dan Maghribi. Dalam puswingan akhir Cameroon diletakkan dalam kumpulan B dengan Sweden, Brazil, dan Rusia. Selepas seri 2-2 dengan Sweden, Cameroon berazam untuk menciptakan sejarah baru mereka. Walau bagaimanapun mereka tewas 3-0 kepada Brazil dan tewas 6-1 kepada Rusia sekaligus menyingkirkan mereka. Dalam perlawanan terakhir mereka menentang Rusia, pemain tertua 42 tahun Roger Milla bermain dan menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.

Piala Dunia FIFA 1998Sunting

Pada Piala Dunia 1998 di Perancis menyaksikan peningkatan sebanyak 24 hingga 32 pasukan. Cameroon layak bersama lima negara-negara Afrika. Selepas mendapat kelayakan seperti yang dijangkakan, Cameroon diletakkan dalam kumpulan B dengan Itali, Chile, dan Austria. Walaupun seri dengan Chile dan Austria, kekalahan 3-0 kepada Itali melihat Cameroon menyelesaikan mereka berada di bawah kumpulan itu, dan kesudahannya mereka disingkirkan. Ia merupakan penyingkiran yang malang, kerana Cameroon mendahului Austria 1-0 sehingga minit ke-90, dan mempunyai dua gol tidak dikira dengan menentang Chile berkesudahan 1-1. Cameroon mempunyai tiga pemain dibuang padang semasa kejohanan itu, lebih daripada mana-mana pasukan lain, walaupun hanya bermain dalam tiga perlawanan daripada tujuh. Mereka juga mempunyai kiraan kad yang tertinggi bagi setiap permainan mana-mana pasukan, mengumpul purata empat tempahan kad dalam setiap perlawanan mereka bermain.

Piala Dunia FIFA 2002Sunting

Cameroon layak ke Piala Dunia 2002 di Korea-Jepun merangkul tempat pertama dalam kumpulan mereka yang meliputi Angola, Zambia, dan Togo. Dalam permainan memanaskan badan, Cameroon sekali lagi hampir menjadi pasukan Afrika pertama untuk mengalahkan England, dengan seri 2-2. England setakat ini belum pernah menewaskan sebuah pasukan negara Afrika. Cameroon telah disediakan ke dalam kumpulan E bersama dengan Jerman, Republik Ireland dan Arab Saudi. Cameroon bermula dengan seri 1-1 dengan Republik Ireland selepas mendahului dan kemudian mengalahkan Arab Saudi 1-0. Dalam perlawanan terakhir mereka Cameroon telah dikalahkan oleh Jerman 2-0 dan laluannya sekaligus telah dihapuskan oleh Ireland yang belum lagi tewas.

Terlepas Jerman 2006Sunting

Pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2006 Cameroon diletakkan dalam kumpulan 3 dengan Ivory Coast, Mesir, Libya, Sudan, dan Benin. Cameroon menerajui kumpulan itu untuk kebanyakan masa sehingga permainan terakhir mereka. Pada 8 Oktober 2005 Cameroon seri dengan Mesir 1-1 manakala Ivory Coast mengalahkan Sudan 3-1. Keputusan ini menghalang Cameroon daripada mara ke pusingan akhir Piala Dunia.

Pusingan kelayakan Piala Dunia 2010Sunting

Dalam kempen Cameroon layak ke Piala Dunia 2010 , pasukan itu dikumpulkan dengan Gabon, Togo, dan pasukan bola sepak kebangsaan Maghribi. Selepas permulaan yang lembap dalam kempen mereka, dengan tewas kepada Togo, jurulatih Cameroon, Otto Pfister, telah meletak jawatan. Paul Le Guen dari Perancis telah dilantik sebagai jurulatih baru selepas seri dengan Maghribi. Pelantikan Le Guen itu disebabkan semangat baru Cameroon kerana mereka mendapat kemenangan menentang Gabon di Libreville, diikuti dengan satu lagi kemenangan terhadap Panthers empat hari kemudian di Yaounde. Satu bulan kemudian, mereka mengalahkan Togo di Yaounde dengan 3 gol. Pada 14 November 2009, Cameroon mengalahkan Maghribi 2-0 di Fez dalam perlawanan terakhir mereka dalam kempen mereka. Gabon juga telah ditewaskan oleh Togo 1-0 di Lome. Kedua keputusan tersebut menyebabkan Cameroon layak ke Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.[1]

Singa waja adalah pasukan pertama untuk secara matematik disingkirkan dalam Piala Dunia FIFA 2010, terkeluar dalam perlawanan peringkat kumpulan kedua mereka kepada Denmark dengan tewas 1-2, berikutan itu juga kekalahan mereka kepada Jepun 0 -1.

Rekod PersainganSunting

Piala Dunia FIFASunting

Rekod Piala Dunia FIFA
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
  1930 Tidak Memasuki
  1934
  1938
  1950
  1954
  1958
  1962
  1966 Menarik Diri
  1970 Tidak Memasuki
  1974
  1978
  1982 Pusingan 1 17 3 0 3 0 1 1
  1986 Tidak layak
  1990 Suku Akhir 8 5 3 0 2 7 9
  1994 Pusingan 1 22 3 0 1 2 3 11
  1998 25 3 0 2 1 2 5
   2002 20 3 1 1 1 2 3
  2006 Tidak layak
  2010 Pusingan 1 31 3 0 0 3 2 5
  2014 32 3 0 0 3 1 9
  2018 Tidak layak
  2022 Akan ditentukan
Jumlah Terbaik: Suku Akhir 6/19 23 4 7 12 18 43

Piala Konfederasi FIFASunting

Rekod Piala Konfederasi FIFA
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
  1992 Tidak layak
  1995
  1997
  1999
   2001 Pusingan 1 6 3 1 0 2 2 4
  2003 Naib Juara 2 5 3 1 1 3 1
  2005 Tidak layak
  2009
  2013
  2017 Pusingan 1 7 3 0 1 2 2 6
  2021 Akan ditentukan
Jumlah Terbaik: Naib Juara 3/11 11 4 2 5 7 11

Piala Negara-Negara AfrikaSunting

Rekod Piala Negara-Negara Afrika
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
  1957 Tidak Memasuki
  1959
  1962
  1963
  1965
  1968 Tidak layak
  1970 Pusingan 1 5 3 2 0 1 7 5
  1972 Tempat Ketiga 3 5 3 1 1 10 5
  1974 Tidak layak
  1976
  1978
  1980
  1982 Pusingan 1 5 3 0 3 0 1 1
  1984 Juara 1 5 3 1 1 9 3
  1986 Naib Juara 2 5 3 2 0 8 5
  1988 Juara 1 5 3 2 0 4 1
  1990 Pusingan 1 5 3 1 0 2 2 3
  1992 Tempat Keempat 4 5 2 2 1 4 3
  1994 Tidak layak
  1996 Pusingan 1 9 3 1 1 1 5 7
  1998 Suku Akhir 8 4 2 1 1 5 4
   2000 Juara 1 6 3 2 1 11 5
  2002 1 6 5 1 0 9 0
  2004 Suku Akhir 6 4 1 2 1 7 6
  2006 5 4 3 1 0 8 2
  2008 Naib Juara 2 6 4 0 2 14 8
  2010 Suku Akhir 7 4 1 1 2 6 8
   2012 Tidak layak
  2013
  2015 Pusingan 1 13 3 0 2 1 2 3
  2017 Juara 1 6 3 3 0 7 3
  2019 Pusingan 2 13 4 1 2 1 4 3
  2021 Akan Ditentukan
  2023
Jumlah Terbaik: Juara 19/32 81 41 25 15 121 73
*Warna sempadan merah menunjukkan kejohanan telah diadakan pada tempat sendiri.

Sukan OlimpikSunting

Rekod Sukan Olimpik
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S* K JG GB
  1908 Tidak Memasuki
  1912
  1920
  1924
  1928
  1936
  1948
  1952
  1956
  1960
  1964 Tidak layak
  1968
  1972
  1976 Tidak Memasuki
  1980 Tidak layak
  1984 Pusingan 1 11 3 1 0 2 3 5
  1988 Tidak layak
Jumlah Terbaik: Pusingan 1 1/19 3 1 0 2 3 5
*Cameroon diwakili oleh skuad bawah 23 tahun.

PemainSunting

Skuad terkiniSunting

Skuad Piala Konfederasi FIFA 2017

Pengurus:   Hugo Broos

No. Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab
1 GK Fabrice Ondoa 24 Disember 1995 (berusia 21) 31 0   Sevilla Atlético
2 DF Ernest Mabouka 16 Jun 1988 (berusia 29) 4 0   Žilina
3 MF André-Frank Zambo Anguissa 16 November 1995 (berusia 21) 2 0   Marseille
4 DF Adolphe Teikeu 23 Jun 1990 (berusia 26) 13 0   Sochaux
5 DF Michael Ngadeu-Ngadjui 23 November 1990 (berusia 26) 14 2   Slavia Prague
6 DF Ambroise Oyongo 22 Jun 1991 (berusia 25) 29 2   Montreal Impact
7 FW Moumi Ngamaleu 9 Julai 1994 (berusia 22) 2 0   Rheindorf Altach
8 FW Benjamin Moukandjo (Kapten) 12 November 1988 (berusia 28) 50 8   Lorient
9 FW Jacques Zoua 6 September 1991 (berusia 25) 23 0   1. FC Kaiserslautern
10 FW Vincent Aboubakar 22 Januari 1992 (berusia 25) 56 16   Beşiktaş
11 MF Olivier Boumal 17 September 1989 (berusia 27) 0 0   Panathinaikos
12 DF Jérôme Guihoata 7 Oktober 1994 (berusia 22) 10 0   Panionios
13 MF Christian Bassogog 18 Oktober 1995 (berusia 21) 11 2   Henan Jianye
14 MF Georges Mandjeck 9 Disember 1988 (berusia 28) 38 0   Metz
15 MF Sébastien Siani 21 Disember 1986 (berusia 30) 18 2   Oostende
16 GK André Onana 2 April 1996 (berusia 21) 1 0   Ajax
17 MF Arnaud Djoum 2 Mei 1989 (berusia 28) 10 0   Heart of Midlothian
18 FW Robert Ndip Tambe 22 Februari 1994 (berusia 23) 9 0   Spartak Trnava
19 DF Collins Fai 23 November 1992 (berusia 24) 11 0   Standard Liège
20 FW Karl Toko Ekambi 14 September 1992 (berusia 24) 14 2   Angers
21 DF Lucien Owona 9 Ogos 1990 (berusia 26) 0 0   Alcorcón
22 DF Jonathan Ngwem 20 Julai 1991 (berusia 25) 3 0   Progresso
23 GK Georges Bokwé 14 Julai 1989 (berusia 27) 0 0   Mjøndalen

Senarai panggilanSunting

Para pemain berikut telah dipanggil ke skuad DR Congo dalam tempoh 12 bulan lalu.

Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab Panggilan Terakhir
GK Guy N'dy Assembé (1986-02-28) 28 Februari 1986 (umur 33) 16 0   Nancy skuad awal Piala Negara-Negara Afrika 2017
GK André Onana (1996-04-02) 2 April 1996 (umur 23) 1 0   Ajax skuad awal Piala Negara-Negara Afrika 2017
GK Carlos Kameni (1984-02-18) 18 Februari 1984 (umur 35) 72 0   Málaga v.   Perancis, 30 Mei 2016
DF Henri Bedimo (1984-06-04) 4 Jun 1984 (umur 35) 52 1   Marseille skuad awal Piala Negara-Negara Afrika 2017
DF Aurélien Chedjou (1985-06-20) 20 Jun 1985 (umur 34) 49 1   Galatasaray skuad awal Piala Negara-Negara Afrika 2017
DF Joël Matip (1991-08-08) 8 Ogos 1991 (umur 28) 27 1   Liverpool skuad awal Piala Negara-Negara Afrika 2017
DF Allan Nyom (1988-05-10) 10 Mei 1988 (umur 31) 16 0   West Bromwich Albion skuad awal Piala Negara-Negara Afrika 2017
DF Maxime Poundjé 16 Ogos 1992 (berusia 24) 0 0   Bordeaux skuad awal Piala Negara-Negara Afrika 2017
DF Sébastien Bassong (1986-07-09) 9 Julai 1986 (umur 33) 18 0   Norwich City v.   Afrika Selatan, 29 Mac 2016
DF Jean-Patrick Abouna (1990-09-27) 27 September 1990 (umur 28) 8 0   Léopards v.   Afrika Selatan, 29 Mac 2016
MF Franck Kom (1991-09-18) 18 September 1991 (umur 27) 14 0   Karlsruher SC skuad awal Piala Negara-Negara Afrika 2017
MF Ibrahim Amadou (1993-04-06) 6 April 1993 (umur 26) 0 0   Lille skuad awal Piala Negara-Negara Afrika 2017
MF André-Frank Zambo Anguissa (1995-11-16) 16 November 1995 (umur 23) 0 0   Marseille skuad awal Piala Negara-Negara Afrika 2017
MF Stéphane Mbia (1986-05-20) 20 Mei 1986 (umur 33) 67 5   Hebei China Fortune v.   Afrika Selatan, 29 Mac 2016
MF Landry N'Guémo (1985-11-28) 28 November 1985 (umur 33) 42 3   Akhisar Belediyespor v.   Afrika Selatan, 29 Mac 2016
MF Dani Ndi (1995-08-18) 18 Ogos 1995 (umur 24) 5 0   Sporting Gijón v.   Afrika Selatan, 29 Mac 2016
MF Marvin Matip (1985-09-25) 25 September 1985 (umur 33) 3 0   FC Ingolstadt v.   Afrika Selatan, 29 Mac 2016
MF Tony Tchani (1989-04-13) 13 April 1989 (umur 30) 1 0   Columbus Crew v.   Afrika Selatan, 29 Mac 2016
MF Alex Song (1987-09-09) 9 September 1987 (umur 31) 49 0   Rubin Kazan v.   Afrika Selatan, 26 Mac 2016 DEC
FW Eric Maxim Choupo-Moting (1989-03-23) 23 Mac 1989 (umur 30) 43 13   Schalke 04 skuad awal Piala Negara-Negara Afrika 2017
FW Anatole Abang (1996-07-06) 6 Julai 1996 (umur 23) 6 1   Hobro IK skuad awal Piala Negara-Negara Afrika 2017
FW Christian Bekamenga (1986-05-09) 9 Mei 1986 (umur 33) 1 0   Balıkesirspor v.   Afrika Selatan, 29 Mac 2016

DEC Pemain enggan dipanggil menyertai skuad
INJ Pemain menarik diri daripada skuad disebabkan kecederaan
RET Bersara daripada bola sepak antarabangsa

Di samping itu, Skuad yang mengambil bahagian dalam Piala Negara-Negara Afrika 2016 (hanya mempunyai pemain berdaftar dengan kelab di Cameroon, tetapi perlawanan dikira sebagai perlawanan antarabangsa yang sepenuhnya) termasuk beberapa pemain tidak disenaraikan di atas.

RekodSunting

Kaps Terbanyak[2]
# Pemain Kaps Jaringan Karier
1 Rigobert Song 137 5 1993–2010
2 Geremi 118 13 1996–2010
3 Samuel Eto'o 114 55 1997–

Penjaring Terbanyak[2]
# Pemain Jaringan Kaps Pct. Karier
1 Samuel Eto'o 56 118 0.482 1997–
2 Patrick M'Boma 33 57 0.579 1995–2004

PengurusSunting

Tarikh Nama
1960–1965 jawatankuasa teknikal
1965–1970   Dominique Colonna
1970   Raymond Fobete
1970–1973   Peter Schnittger
1973–1975   Vladimir Beara
1976–1979   Ivan Ridanović
1980–1982   Branko Žutić
1982   Jean Vincent
1982–1984   Radivoje Ognjanović
1985–1988   Claude Le Roy
1988–1990   Valery Nepomnyashchy
1990–1993   Philippe Redon
Tarikh Nama
1993–1994   Jean Manga-Onguéné
1994   Léonard Nseké
1994   Henri Michel
1994–1996   Jules Nyongha
1996–1997   Henri Depireux
1997–1998   Jean Manga-Onguéné
1998   Claude Le Roy
1998–2001   Pierre Lechantre
2001   Robert Corfou
2001   Jean-Paul Akono
2001–2004   Winfried Schäfer
2004–2006   Artur Jorge
Tarikh Nama
2006–2007   Arie Haan
2007   Jules Nyongha
2007–2009   Otto Pfister
2009   Thomas N'Kono
2009–2010   Paul Le Guen
2010–2011   Javier Clemente
2011–2012   Denis Lavagne
2012–2013   Jean-Paul Akono
2013–2015   Volker Finke
2015–2016 (sementara)   Alexandre Belinga
2016–   Hugo Broos

RujukanSunting

  1. ^ "Indomitable Lions roar through to record sixth finals". ESPN. 2009-11-14. Dicapai 2010-02-04. 
  2. ^ a b Roberto Mamrud & Karel Stokkermans. "Players with 100+ Caps and 30+ International Goals". RSSSF. Dicapai 2013-10-31. 

Pautan luarSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.