Buka menu utama

Pasukan bola sepak kebangsaan Senegal

Pasukan bola sepak kebangsaan Senegal, diberi jolokan Singa dari Teranga, adalah pasukan kebangsaan Senegal dan dikendalikan oleh Fédération Sénégalaise de Football. Pasukan ini membuat kemunculan pertama di Piala Dunia 2002 dan membuat kejutan menarik dengan mengalahkan juara dunia dan juara Eropah Perancis 1-0 di perlawanan pembukaan kejohanan. Senegal merupakan pasukan yang tidak pernah menghadapi kekalahan besar dengan kekalahan terbesarnya cuma 4-0 di beberapa perlawanan.

Senegal
Shirt badge/Association crest
GelaranLes Lions de la Teranga
(Singa Teranga)
PersatuanPersekutuan Bola Sepak Senegal
Sub-konfederasiWAFU (Afrika Barat)
KonfederasiCAF (Afrika)
Ketua jurulatihAliou Cissé
KaptenLamine Sané
Kaps terbanyakHenri Camara (99)
Penjaring terbanyakHenri Camara (29)
Stadium tuan rumahStade Leopold Senghor
Kod FIFASEN
Kedudukan FIFA27 1 (07 Jun 2018)
Kedudukan tertinggi FIFA26 (November 2004)
Kedudukan terendah FIFA95 (Disember 1998)
Kedudukan Elo80
Kedudukan tertinggi Elo19 (Jun 2002)
Kedudukan terendah Elo100 (Oktober 1994)
Warna tuan rumah
warna pelawat
Antarabangsa pertama
 British Gambia 1–2 Senegal Perancis Flag of Senegal (1958–1959).svg
(Gambia; 1959)
Kemenangan terbesar
 Senegal 7–0 Mauritius Bendera Mauritius
(Dakar, Senegal; 9 Oktober 2010)
Kekalahan terbesar
 Czechoslovakia 11–0 Senegal Senegal
(Praha, Czechoslovakia; 2 November 1966)
Piala Dunia
Kemunculan2 (Kali pertama pada 2002)
Keputusan terbaikSuku Akhir (2002)
Piala Negara-Negara Afrika
Kemunculan15 (Kali pertama pada 1965)
Keputusan terbaikNaib Juara (2002, 2019)

Senegal mara ke suku akhir Piala Dunia 2002, menjadi pasukan kedua dari Afrika (yang pertama Cameroon dalam 1990; selain Ghana dalam 2010). Dalam kumpulan tersebut, mereka berjaya mengejutkan Perancis, mereka seri dengan Denmark dan Uruguay, dan mengalahkan Sweden pada masa tambahan di Pusingan ke-2, sebelum kalah kepada Turki di suku akhir.

Senegal mengecewakan peminatnya pada tahun 2006 ketika mereka gagal mara ke Piala Dunia FIFA 2006. Pada Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006, Senegal menduduki tempat kedua kumpulan mereka selepas menang 3-1 kepada juara kumpulan, Togo.

Penampilan pertama Senegal dalam Piala Negara Afrika pada tahun 1965, ketika Senegal, selepas menjadi naib juara kumpulan, kalah 1-0 kepada Ivory Coast untuk mendapat tempat ke-4. Pada Piala Negara-Negara Afrika 1990, Senegal sekali lagi mendapat tempat ke-4. Senegal menjadi tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika pada tahun 1992, di mana mereka berjaya ke suku akhir dengan menduduki tempat kedua dalam kumpulan mereka, Senegal menang 1-0 ke atas Cameroon di babak suku akhir. Pencapaian terbaik mereka dalam Piala Negara-Negara Afrika ialah pada tahun 2002, ketika mereka tewas dalam perlawanan akhir melalui sepakan penalti 0-0 setelah seri dengan Cameroon.

Senegal telah memenangi Piala Amilcar Cabral (sebuah perlawanan bola sepak serantau untuk negara-negara Afrika Barat) 8 kali, lebih dari negara lain (Naib Juara: Guinea hanya memenangi 5 kali).


Rekod KejohananSunting

Piala Dunia FIFASunting

Rekod Piala Dunia FIFA
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
  1930 Tidak menyertai
  1934
  1938
  1950
  1954
  1958
  1962
  1966 Menarik diri
  1970 Tidak layak
  1974
  1978
  1982
  1986
  1990
  1994
  1998
   2002 Suku Akhir 7 5 2 2 1 7 6
  2006 Tidak layak
  2010
  2014
  2018 Pusingan 1 17 3 1 1 1 4 4
  2022 Akan Ditentukan
Jumlah Terbaik: Suku Akhir 2/21 8 3 3 2 11 10

Piala Negara-Negara AfrikaSunting

Rekod Piala Negara-Negara Afrika
Tahun Pusingan Kedudukan BP M S K JG GB
  1957 Tidak menyertai
  1959
  1962
  1963
  1965 Tempat Keempat 4 3 1 1 1 5 2
  1968 Pusingan 1 5 3 1 1 1 5 5
  1970 Tidak layak
  1972
  1974
  1976
  1978
  1980 Tidak menyertai
  1982 Tidak layak
  1984
  1986 Pusingan 1 5 3 2 0 1 3 1
  1988 Tidak layak
  1990 Tempat Keempat 4 5 1 2 2 3 3
  1992 Suku Akhir 5 3 1 0 2 4 3
  1994 8 3 1 0 2 2 3
  1996 Tidak layak
  1998
  2000 Suku Akhir 7 4 1 1 2 6 6
  2002 Naib Juara 2 6 4 2 0 6 1
  2004 Suku Akhir 6 4 1 2 1 4 2
  2006 Tempat Keempat 4 6 2 0 4 7 8
  2008 Pusingan 1 12 3 0 2 1 4 6
  2010 Tidak layak
   2012 Pusingan 1 13 3 0 0 3 3 6
  2013 Tidak layak
  2015 Pusingan 1 9 3 1 1 1 3 4
  2017 Suku Akhir 5 4 2 2 0 6 2
  2019 Naib Juara 2 7 5 0 2 8 2
  2021 Akan Ditentukan
  2023
Jumlah Terbaik: Naib Juara 15/32 60 23 14 23 69 54

PemainSunting

Skuad terkiniSunting

Skuad Piala Dunia FIFA 2018

Skuad akhir telah diumumkan pada 17 Mei 2018.[1]

No. Pos. Pemain Tarikh Lahir (Umur) Kaps Gol Kelab
1 GK Abdoulaye Diallo 30 Mac 1992 (berusia 26) 17 0   Rennes
2 DF Saliou Ciss 15 Jun 1989 (berusia 28) 18 0   Valenciennes
3 DF Kalidou Koulibaly 20 Jun 1991 (berusia 26) 25 0   Napoli
4 DF Kara Mbodji 22 November 1989 (berusia 28) 52 5   Anderlecht
5 MF Idrissa Gueye 26 September 1989 (berusia 28) 60 1   Everton
6 MF Salif Sané 25 Ogos 1990 (berusia 27) 21 0   Hannover 96
7 FW Moussa Sow 19 Januari 1986 (berusia 32) 51 18   Bursaspor
8 MF Cheikhou Kouyaté (Kapten) 21 Disember 1989 (berusia 28) 47 2   West Ham United
9 FW Mame Biram Diouf 16 Disember 1987 (berusia 30) 48 10   Stoke City
10 FW Sadio Mané 10 April 1992 (berusia 26) 52 14   Liverpool
11 MF Cheikh N'Doye 29 Mac 1986 (berusia 32) 25 3   Birmingham City
12 DF Youssouf Sabaly 5 Mac 1993 (berusia 25) 4 0   Bordeaux
13 MF Alfred N'Diaye 6 Mac 1990 (berusia 28) 20 0   Wolverhampton Wanderers
14 FW Moussa Konaté 3 April 1993 (berusia 25) 27 9   Amiens
15 FW Diafra Sakho 24 Disember 1989 (berusia 28) 11 3   Rennes
16 GK Khadim N'Diaye 5 April 1985 (berusia 33) 25 0   Horoya
17 MF Badou Ndiaye 27 Oktober 1990 (berusia 27) 19 1   Stoke City
18 FW Ismaïla Sarr 25 Februari 1998 (berusia 20) 15 3   Rennes
19 FW M'Baye Niang 19 Disember 1994 (berusia 23) 6 0   Torino
20 FW Keita Baldé 8 Mac 1995 (berusia 23) 18 3   Monaco
21 DF Lamine Gassama 20 Oktober 1989 (berusia 28) 36 0   Alanyaspor
22 DF Moussa Wagué 4 Oktober 1998 (berusia 19) 9 0   Eupen
23 GK Alfred Gomis 5 September 1993 (berusia 24) 1 0   SPAL

Kakitangan JurulatihSunting

 
Bruno Metsu, pengurus Senegal dari tahun 2000 hingga 2002. Beliau membawa Senegal ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2002.

Pengebumian Bruno Metsu iniSunting

Selepas bekas pengurus Senegal Bruno Metsu meninggal dunia pada 14 Oktober 2013, ramai pemain Senegal telah dipanggil semula untuk hadir dan bertafakur dalam ingatan pengurus yang membantu mereka mara ke suku akhir dalam ala Dunia FIFA 2002. Semua aktiviti liga kebangsaan dan pasukan kebangsaan digantung selama beberapa hari di dalam memorinya.

RujukanSunting

  1. ^ "Russie 2018 : La liste des 23 lions publiée" [Russia 2018: The list of 23 Lions published] (dalam bahasa French). fsfoot.sn. Dicapai 20 May 2018. 

Pautan luarSunting

  Kategori berkenaan Senegal national football team di Wikimedia Commons



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.