Pasymina merupakan sejenis bulu kasymir yang halus. Tekstil yang diperbuat daripadanya mula-mula dicipta di India.[1][2] Namanya datang dari Parsi: پشمینه / pašmina, iaitu "buatan sakhlat (wul)".[2] Wulnya datang daripada baka kambing Changthangi yang berasal dari tanah tinggi Banjaran Himalaya di negara India, Nepal dan Pakistan. Selendang pasymina dipintal dengan tangan, ditenun dan disulam di Nepal dan Kashmir, dan diperbuat daripada gentian kasymir halus.[1][3]

Selendang pasymina

Rujukan sunting

  1. ^ a b Franck, Robert R. (October 2001). Silk, Mohair, Cashmere and Other Luxury Fibres. Woodhead Publishing. m/s. 142. ISBN 1-85573-540-7. Dicapai pada 2008-07-08.
  2. ^ a b "Pashmina." The Oxford English Dictionary. 2nd ed. 1989.
  3. ^ Morse, Linda; Lidia Karabinech; Lina Perl; Colby Brin (October 2005). Luxury Knitting: The Ultimate Guide to Exquisite Yarns. Sterling Publishing. m/s. 12. ISBN 1-931543-86-0. Dicapai pada 2008-07-08.