Patah Seribu merupakan sebuah telemovie yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah pada tahun 2012. Telemovie ini disiarkan di Astro Ria dan ini merupakan cubaan pertama Shila dalam bidang lakonan sekaligus beliau digandingkan buat pertama kalinya dengan Sharnaaz iaitu kekasih hatinya ketika itu.

Patah Seribu
GenreKeluarga
Cinta
Konflik
PenciptaMichael Ang
Ditulis olehNazri M. Annuar
PengarahMichael Ang
Dibintangi oleh
Sharnaaz Ahmad
Shila Amzah
Lagu pembukaan"Patah Seribu" nyanyian Shila Amzah
Lagu penutup"Patah Seribu" nyanyian Shila Amzah
PenggubahShila Amzah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifPauline Chin
Richard Lim
PenerbitMichael Ang
Tempoh siaran2 jam
Syarikat penerbitan
Cube Films Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal23 Februari 2012

Sinopsis sunting

Telemovie ini menceritakan tentang Bella (Shila Amzah) yang dibesarkan dalam suasana mewah sejak kecil mula merasakan hidupnya kosong apabila mendapati rakan-rakannya hanya rapat dengannya kerana wang dan kedudukan. Dia berkenalan dengan Azu (Sharnaaz Ahmad) yang juga seorang penjual buah berangan namun Azu enggan melayannya sehinggalah pengutip cukai haram datang memeras ugutnya di gerai. Kasihan dengan nasib menimpa Azu, Bella kemudian membayar sejumlah wang kepada penjahat tersebut dan sejak itu dia semakin rapat dengan Azu dan pelbagai kisah menarik terjadi sepanjang perkenalan mereka. Namun percintaan mereka diuji apabila ayah Bella mengetahui akan hubungan mereka lalu mencuba untuk memisahkan mereka berdua.

Pelakon sunting

Watak utama sunting

Dibantu oleh sunting

Penampilan Istimewa sunting

Rujukan sunting