Patrice Evra

Professional footballer

Patrice Evra (lahir 15 Mei, 1981 di Dakar, Senegal) merupakan pemain bola sepak Perancis-Senegal, yang bermain untuk Marseille di Ligue 1. Beliau bermain di posisi bek kiri walaupun beliau mampu untuk bermain di bahagian sayap kiri.

Patrice Evra
Maklumat peribadi
Nama penuh Patrice Latyr Evra[1]
Tarikh lahir (1981-05-15) 15 Mei 1981 (umur 42)
Tempat lahir Dakar, Senegal
Ketinggian 174 cm (5 ka 9 in)[2]
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Marseille
Nombor 21
Kerjaya remaja
1992–1993 CO Les Ulis
1993–1997 CSF Brétigny
1997–1998 Paris Saint-Germain
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1998–1999 Marsala 24 (3)
1999–2000 Monza 3 (0)
2000–2002 Nice 40 (1)
2002–2006 Monaco 120 (2)
2006–2014 Manchester United 273 (7)
2014–2017 Juventus 53 (3)
2017– Marseille 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2002–2003 Perancis B21 11 (0)
2004– Perancis 81 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 3 Disember 2016
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22 November 2016

Anak kepada seorang diplomat, beliau telah tiba di Eropah menerusi Brussel dimana bapa beliau telah ditugaskan semasa beliau kecil. Beliau telah dibesarkan di Les Ulis, Essonne, Perancis dimana beliau tinggal bersama keluarga dari tahun 1984 hingga 1998 sebelum berpeluang ke Marsala, Itali. Disitulah beliau mula bermain pada tahun 1986 dan jatuh cinta dengan permainan ini. Beliau telah berkembang dengan ketara bersama Thierry Henry pada tahun-tahun awal mereka. Mereka menganggap diri mereka sebagai rakan karib pada masa kecil. Patrice mempunyai sejumlah 23 adik-beradik [1].

Kerjaya sunting

Seperti kebiasaan remaja-remaja lain di Les Ulis, beliau memulakan karier dengan pasukan belia Paris St-Germain, sebelum pergi pada tahun 1998 ke pasukan Serie C1 Itali, Marsala Calcio, dan selepas itu ke Serie B A.C. Monza Brianza 1912 untuk musim berikutnya. Beliau telah dipindahkan ke OGC Nice pada tahun 2000, dan selepas itu ke AS Monaco pada tahun 2002. Evra telah mewakili Perancis untuk peringkat antarabangsa sebanyak lima kali.

Di AS Monaco, Evra juga merupakan sebahagian dari pasukan yang telah memenangi Piala Liga Perancis dan mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 2004.

Evra telah mengikat kontrak selama 3.5 tahun di United pada 10 Januari 2006, dengan yuran perpindahan sebanyak £5.5 juta, dari AS Monaco. Mengikat kontrak di Manchester hanya sehari selepas kejayaan memperolehi Nemanja Vidić, ketibaan Evra memberi petunjuk bahawa niat Sir Alex Ferguson untuk membina pertahanan United yang telah terjejas setelah kehilangan Gabriel Heinze. Semasa mengikat kontrak dengan United, Evra telah mendedahkan yang beliau telah menolak tawaran Arsenal dan Liverpool untuk mendapat peluang beraksi di "Theatre of Dreams".

"Liverpool dan Arsenal merupakan kelab yang hebat tetapi United adalah satu cerita yang berlainan. Inter juga cuba mendapatkan saya di pasaran perpindahan tetapi hanya satu kelab sahaja untuk saya".

Beliau telah beraksi buat pertama kali untuk Manchester United pada 14 Januari dalam kekalahan 1-3 kepada Manchester City di Liga Perdana Inggeris. beliau bermain buat pertama kali di padang sendiri melawan Liverpool pada 22 Januari dengan kemenangan 1-0. Evra pada mulanya mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri di dalam perlawanan Inggeris, tetapi pada awal musim 2006/2007, beliau telah berjaya menguasai persembahan yang telah memenangi hati penyokong. Pada 29 November 2006, beliau telah berjaya menjaringkan gol pertama untuk kelab pada perlawanan liga perdana melawan Everton di Old Trafford.

Evra menggunakan nombor tiga yang telah di kosongkan oleh Phil Neville pada musim panas sebelumnya.

Isteri beliau bernama Sandra. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Lenny, lahir pada 7 September, 2005. Evra diharamkan bermain untuk Perancis kerana dipercayai menjadi dalang semasa memboikot latihan bola sepak pada piala dunia 2010 di Afrika Selatan.

Catatan sunting

  1. ^ "Premier League clubs submit squad lists" (PDF). PremierLeague.com. Premier League. 2 February 2012. m/s. 23. Dicapai pada 2 February 2012.
  2. ^ "Patrice Evra". juventus.com.

Pautan luar sunting