Patrol Lebuh Raya merujuk kepada agensi polis kebangsaan yang memantau keselamatan trafik di kawasan lebuh raya.

Di Malaysia, bidang kuasa polis lebuh raya adalah tidak sehebat di negara lain seperti Amerika Syarikat. Di sana, polis patrol lebuh raya mempunyai kuasa yang lebih luas termasuklah penguatkuasaan undang-undang kenderaan komersil dan juga penyelenggaraan lebuh raya. Antara tugasnya yang mempunyai persamaan dengan polis di Malaysia ialah mengawal keselamatan lebuh raya seperti:

  • memastikan pemandu memandu pada had laju yang ditetapkan;
  • tindakan kecemasan sewaktu berlakunya kemalangan di lebuh raya; dan
  • menyiasat sebarang kemalangan di lebuh raya.