Patani Darussalam (Tulisan Jawi: فطاني دار السلام, atau kadang kala dikenali dengan Patani Raya atau Patani Besar; Bahasa Thai: ปาตานี) ialah sebuah wilayah bersejarah yang terletak di utara Semenanjung Melayu. Ia merangkumi wilayah-wilayah di Thailand Selatan iaitu Pattani, Yala (Jala), Narathiwat (Menara), dan sebahagian Songkhla (Singgora).[1] Pusat utamanya terletak di bandar Pattani.

Patani Darussalam
ปาตานี / فطاني دار السلام
Wilayah bersejarah
Pemandangan Masjid Kerisik, masjid lama di wilayah Patani
Pemandangan Masjid Kerisik, masjid lama di wilayah Patani
Bendera Patani Darussalam
Peta kedudukan wilayah Patani
Peta kedudukan wilayah Patani
Negara terlibatThailand, Malaysia

Patani mempunyai kesamaan sejarah dengan Singgora (Songkhla), Ligor (Nakhon Si Thammarat), Lingga (berdekatan Surat Thani) dan Kesultanan Kelantan yang mana suatu masa dahulu Kesultanan Patani yang merupakan kesultanan Melayu separa merdeka telah ditawan oleh Kerajaan Siam iaitu Sukhothai and Ayutthaya. Selepas Ayutthaya jatuh ke tangan Burma pada 1767, Kesultanan Patani memperoleh kemerdekaan penuh, tetapi di bawah Raja Rama I, ia kembali berada di bawah penguasaan Siam.

Dalam dekad terkini, terdapat gerakan pemisah yang ingin menubuhkan kembali Patani Darussalam yang menaungi ketiga-tiga wilayah lama. Kempen ini telah bertukar menjadi ganas di dalam tahun pada 2001, mencetuskan keadaan pemberontakan merentasi Thailand Selatan dan penguatkuasaan undang-undang tentera.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting