Patung belon ialah patung orang lidi yang terdiri daripada tiub kain panjang yang akan dipasang dengan menggunakan kuasa kipas elektrik dibawahnya. Apabila kipas dibuka dan udara melaluinya, patung belon akan bergerak dalam gerakan menari atau melambai-lambai. Patung belon biasanya digunakan untuk mengiklankan premis perniagaan runcit kepada pemandu yang sedang lalu lalang.[1]

Patung belon

Peter Minshall, seorang artis dari Trinidad dan Tobago, telah menciptakan patung belon, dan ia telah dibangunkan oleh pasukan yang merangkumi artis Israel, Doron Gazit[2] dan Arieh Dranger,[3] untuk Sukan Olimpik Musim Panas pada tahun 1996.[4][5][2][6] Pada awalnya, Minshall memanggil ciptaannya sebagai "Tall Boy". Kemudian, Gazit mempatenkan konsep belon berbentuk manusia menari dan melambai-lambai, serta melesenkan paten itu kepada pelbagai syarikat yang mengeluarkan dan menjual alatan tersebut.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "tube man". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 2021-12-30.
  2. ^ a b Dean, Sam (2014-10-20). "Biography of an Inflatable Tube Guy". re:form. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2018-09-21.
  3. ^ "Apparatus and Method for Providing Inflated Undulating Figures". Justia Patents (dalam bahasa Inggeris). May 31, 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 17, 2019. Dicapai pada Jun 17, 2019.
  4. ^ "The Caribbean Origins of the Dancing Inflatable Man". Slate (dalam bahasa Inggeris). 2014-12-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2018-09-21.
  5. ^ Ali, Shereen (2014-12-10). "Who Knew Minshall Invented - Inflatable Men?". Trinidad and Tobago Guardian (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2018-09-21.
  6. ^ Northrup, Laura (2014-12-05). "Who Invented Roadside Arm-Waving Air Dancers?". Consumerist (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-08. Dicapai pada 2018-09-21.