Pau López Sabata (sebutan Catalan: [ˈpaw ˈlopəs], lahir 13 Disember 1994) merupakan pemain bola sepak Sepanyol yang beraksi di posisi penjaga gol untuk kelab Itali, Roma.

Pau López
Maklumat peribadi
Nama penuh Pau López Sabata[1]
Tarikh lahir (1994-12-13) 13 Disember 1994 (umur 29)
Tempat lahir Girona, Sepanyol
Ketinggian 1.89 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Nombor 13
Kerjaya remaja
2002–2007 Girona
2007–2013 Espanyol
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2014 Espanyol B 35 (0)
2014–2018 Espanyol 67 (0)
2016–2017Tottenham Hotspur (pinjam) 0 (0)
2018–2019 Betis 33 (0)
2019– Roma 3 (0)
Pasukan kebangsaan
2016–2017 Sepanyol B21 5 (0)
2018– Sepanyol 1 (0)
2015– Catalonia 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 1 September 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10:03, 16 September 2019 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Espanyol sunting

López menyertai kelab akademi Espanyol pada tahun 2007 ketika beliau baru berusia 12 tahun selepas berpindah dari kelab dari kampung halamannya, Girona FC.[2] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior ketika mewakili pasukan-B dalam divisyen Segunda División B pada musim 2013–14.

Pada 12 Jun 2014, López telah menandantangani kontrak selama empat tahun bersama Pericos serta beliau turut ditawarkan untuk beraksi bersama skuad utama.[3][4] Beliau beraksi dalam perlawanan sulungnya untuk skuad utama pada 17 Disember ketika menentang Deportivo Alavés dalam kempen Copa del Rey.[5] Beliau seterusnya menjadi pilihan pertama penjaga gol bagi pasukannya dalam kempen tersebut yang menyaksikan pasukannya mara ke peringkat separuh akhir buat kali pertama dalam masa sembilan tahun.[6][7]

López melakukan penampilan sulungnya di La Liga pada 1 Februari 2015 setelah penjaga gol Kiko Casilla telah dibuang padang pada minit ke-40 semasa aksi menentang Sevilla namun perlawanan berkesudahan dengan kekalahan 2-3. [8] Selepas pemergian Casilla ke Real Madrid pada musim panas, beliau menjadi penjaga gol utama pasukan.[9]

Pada 31 Ogos, beliau telah menyertai kelab Liga Perdana Inggeris,Tottenham Hotspur secara pinjaman selama satu musim penuh.[10] Beliau telah diletakkan sebagai penjaga gol ketiga Spurs di belakang Hugo Lloris dan Michel Vorm. Beliau seterusnya tidak diberi peluang untuk beraksi dalam perlawanan sulungnya untuk kelab.[11]

Selepas kembali ke Espanyol, López terus menjadi pilihan pertama penjaga gol pasukan ketika di bawah kendalian pengurus baru, Quique Sánchez Flores.[12][13]

Betis sunting

Pada 4 Julai 2018, López telah menandantangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Real Betis menerusi perpindahan percuma.[14] Di bawah bimbingan jurulatih Quique Setién, beliau hanya terlepas lima perlawanan liga ketika musim sulungnya bersama kelab Andalusia itu serta membantu kelab tersebut untuk menghuni tangga kesepuluh La Liga.[15]

Roma sunting

López berpindah ke kelab Itali, Roma pada 9 Julai 2019 menerusi perpindahan yang dilaporkan bernilai €23.5 juta.[16][17]

Kerjaya antarabangsa sunting

López telah melakukan penampilan sulungnya di peringkat antarabangsa pada 26 Disember 2015 ketika mewakili pasukan Catalonia dalam aksi perlawanan persahabatan menentang Basque. Dalam perlawanan itu, beliau telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan walaupun pasukannya tewas 1–0.[18]

Pada 17 Mei 2016, López bersama rakan sepasukannya di Espanyol, Marco Asensio telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Sepanyol untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Bosnia dan Herzegovina.[19] Namun, beliau beraksi dalam perlawanan sulungnya untuk Sepanyol pada dua tahun kemudian ketika beliau menggantikan Kepa Arrizabalaga pada minit ke-75 aksi menentang pasukan lawan yang sama di Las Palmas.[20]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 15 September 2019[21]
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Espanyol B 2013–14 35 0 35 0
  Espanyol 2014–15 2 0 8 0 10 0
2015–16 36 0 2 0 38 0
2017–18 29 0 1 0 30 0
Jumlah 67 0 11 0 78 0
  Tottenham Hotspur 2016–17 0 0 0 0 0 0 0 0
  Real Betis 2018–19 33 0 0 0 2 0 35 0
  Roma 2019–20 3 0 0 0 0 0 3 0
Jumlah kerjaya 138 0 11 0 2 0 151 0
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Europa

Catatan sunting

  1. ^ "Squads for 2016/17 Premier League confirmed". Premier League. 1 September 2016. Dicapai pada 15 September 2016.
  2. ^ Terrats, Juan (29 January 2015). "Pau, el guardián de la Copa" [Pau, the guardian of the Cup]. El Periódico de Catalunya (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 20 February 2017.
  3. ^ "Pau López, cuatro años más y al primer equipo" [Pau López, four years more and to the first team]. Sport (dalam bahasa Sepanyol). 12 June 2014. Dicapai pada 18 December 2014.
  4. ^ "Pau López renova per quatre temporades" [Pau López renews for four seasons] (dalam bahasa Catalonia). RCD Espanyol. 12 June 2014. Dicapai pada 18 December 2014.
  5. ^ S. Ramos, Antonio (17 December 2014). "El Espanyol pasa sin forzar" [Espanyol go through without forcing it]. Marca (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 18 December 2014.
  6. ^ Campos, Tomás (29 January 2015). "Atrapado en la jaula perica" [Trapped in the parakeet's cage]. Marca (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 30 January 2015.
  7. ^ Melero, Delfín (11 February 2015). "El Espanyol deja escapar al león" [Espanyol let lion go]. Marca (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 12 February 2015.
  8. ^ "Iago Aspas' late winner gives Sevilla vengeful win against Espanyol". Fox Sports. 1 February 2015. Dicapai pada 20 February 2015.
  9. ^ Martínez, Alberto (12 September 2015). "Pau López: otro portero hijo de N'Kono como Kiko Casilla" [Pau López: another goalkeeper son of N’Kono as Kiko Casilla]. Diario AS (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 9 January 2016.
  10. ^ "Lopez loan agreed". Tottenham Hotspur F.C. 31 August 2016. Dicapai pada 31 August 2016.
  11. ^ Benge, James (8 June 2017). "Tottenham in talks with Espanyol over bringing Pau Lopez back to club, goalkeeper confirms". London Evening Standard. London. Dicapai pada 17 June 2017.
  12. ^ "Pau se consolida y desafía la jerarquía de Diego López" [Pau solidifies and defies Diego Lopez's hierarchy]. Mundo Deportivo (dalam bahasa Sepanyol). 15 October 2017. Dicapai pada 17 January 2018.
  13. ^ Martínez, Alberto (30 December 2017). "Pau y Diego: un 2018 con intercambio de papeles" [Pau and Diego: 2018 with a change of roles]. Diario AS (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 17 January 2018.
  14. ^ "Pau López, new Real Betis player for the next five seasons". Real Betis. 4 July 2018. Dicapai pada 4 July 2018.[pautan mati kekal]
  15. ^ "Pau López abandona el Betis" [Pau López leaves Betis]. Sport (dalam bahasa Sepanyol). 7 July 2019. Dicapai pada 18 August 2019.
  16. ^ "Pau Lopez completes Roma move". A.S. Roma. 9 July 2019. Dicapai pada 11 July 2019.
  17. ^ "Roma confirm signing of Betis goalkeeper Lopez in €23.5m deal". Goal. 10 July 2019. Dicapai pada 11 July 2019.
  18. ^ Román, Rogelio (27 December 2015). "Aduriz da la victoria a Euskadi sobre Catalunya" [Aduriz gives win to Euskadi over Catalonia]. Mundo Deportivo (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 29 May 2016.
  19. ^ "Pau López y Marco Asensio, convocados por Del Bosque" [Pau López and Marco Asensio, called up by Del Bosque] (dalam bahasa Sepanyol). RCD Espanyol. 17 May 2016. Dicapai pada 29 May 2016.
  20. ^ Bell, Arch (18 November 2018). "Spain edge Bosnia to end 2018". Marca. Dicapai pada 19 November 2018.
  21. ^ "Pau López". Soccerway. Dicapai pada 15 May 2018.

Pautan luar sunting