Paul Aguilar

Mexican footballer

Paul Nicolás Aguilar Rojas (lahir 6 Mac 1986) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk América dan pasukan kebangsaan Mexico. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Paul Aguilar
Maklumat peribadi
Nama penuh Paul Nicolás Aguilar Rojas
Tarikh lahir (1986-03-06) 6 Mac 1986 (umur 38)
Tempat lahir Concordia, Mexico
Ketinggian 1.78 m (5 ka ​10 18 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
América
Nombor 22
Kerjaya remaja
2002–2004 Pachuca
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2011 Pachuca 136 (11)
2004–2005Indios (pinjaman) 37 (2)
2011– América 123 (6)
Pasukan kebangsaan
2007– Mexico 39 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 November 2014

Kerjaya kelab sunting

Pachuca sunting

Paul Aguilar memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Pachuca Club de Fútbol pada 2002. Pada 2004, beliau telah dipinjam ke Indios de Ciudad Juárez selama dua musim untuk menerima banyak pengalaman. Selepas pulang ke Pachuca in 2005, beliau akhirnya membuat debut untuk pasukan senior dan membuat debut pada 6 Ogos dalam kejohanan Apertura 2006, menentang Cruz Azul, perlawanan itu berkesudahan tewas 2–3.[1] Pada perlawanan itu juga, beliau menjaringkan gol pada minit ke-56.[2] Pachuca menjuarai kejohanan Clausura 2007 selepas menewaskan América di perlawanan akhir. Paul Aguilar juga mengambil bahagian di Piala Dunia Kelab FIFA 2008 dan 2010 bersama Pachuca. Aksi beliau bersama Pachuca akhirnya termasuk dalam 23 pemain Mexico mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2010. Selepas lima tahun bersama Pachuca, beliau akhirnya dijual ke América.

América sunting

Paul Aguilar secara rasminya berpindah dari Pachuca ke América pada 23 Mei 2011 untuk kejohanan Apertura 2011. Aguilar membuat debut untuk América pada 31 Julai 2011 dalam perlawanan liga menentang Toluca, seri 1-1.[3] Kedatangan Aguilar menjadi pemain popular di kalangan peminat kelab.[4] Beliau juga meraikan gol dengan menari sambil membuat "backflip". Paul menjaringkan gol pertamanya untuk América pada minit ke-90 menentang Guadalajara dalam saingan Súper Clásico di mana América menang 1–0 hasil jaringan beliau pada hujung perlawanan.

Pada 26 Mei 2013, Paul Aguilar menjuarai trofi pertamanya bersama América selepas menewaskan Cruz Azul dalam perlawanan akhir Clausara.

Pada 26 Mac 2014, Aguilar menandatangani kontrak dua tahun bersama América dan beliau kekal bersama kelab itu sehingga 2016. Aguilar membuat penampilan ke-100 nya untuk América pada 30 Mei, menang 4–0 ke atas Guadalajara.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Aguilar bersama Mexico.

Pada Oktober 2007, Paul Aguilar menerima panggilan pertama dari bekas jurulatih Hugo Sánchez untuk bermain menentang Nigeria dalam perlawanan persahabatan namun beliau tidak dapat beraksi. Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan pada 30 September 2009 dalam perlawanan persahabatan menentang Colombia pada 30 September 2009, Mexico tewas 2-1. Paul Aguilar menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika menentang Colombia pada perlawanan debutnya untuk Mexico.

Pada awal 2010, jurulatih Javier Aguirre memanggil beliau untuk beraksi di Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Beliau membuat debut Piala Dunia ketika bermain dalam perlawanan pembukaan menentang tuan rumah, Afrika Selatan. Beliau kemudian tidak mengambil bahagian tiga perlawanan selebihnya. Pada 2011, Aguilar mengambil bahagian di kejohanan Piala Emas CONCACAF 2011 di Amerika Syarikat di mana beliau hanya bermain satu perlawanan ketika separuh akhir menentang Honduras. Aguilar juga mengambil bahagian di Copa America 2011 di Argentina dan beliau bermain kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Pada 2012, beliau dilihat tiada aktiviti bersama pasukan kebangsaan.

Pada 2013, Aguilar menerima panggilan oleh jurulatih baru, Miguel Herrera untuk dua perlawanan play-off kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang New Zealand. Ketika Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil, Aguilar bermain kesemua perlawanan Mexico sebelum tersingkir pada pusingan 16.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
30 September 2009 Dallas, Amerika Syarikat   Colombia
1–2
1–2
Persahabatan
2
25 Februari 2009 San Francisco, Amerika Syarikat   Bolivia
5–0
5-0
Persahabatan
3
13 November 2013 Bandaraya Mexico, Mexico   New Zealand
1–0
5–1
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Pachuca
América

Antarabangsa sunting

Mexico

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.youtube.com/watch?v=Bzr-uJFobOU
  2. ^ https://www.youtube.com/watch?v=Bzr-uJFobOU
  3. ^ "Toluca 1 - 1 América". Medio Tiempo. Dicapai pada 1 August 2011. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ http://americamonumental.com/aguilas/las-travesuras-de-paul-aguilar-en-el-entrenamiento