Paul Benedict (17 September 1938 – 1 Disember 2008) merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1965 dan antara rancangan TV yang menaikkan nama beliau adalah rancangan kanak-kanak Sesame Street, dan sitkom The Jeffersons.

Paul Benedict
Paul Benedict sebagai Harry Bentley, 1975.
Kelahiran(1938-09-17)17 September 1938
Silver City, New Mexico,
Amerika Syarikat
Meninggal dunia1 Disember 2008(2008-12-01) (umur 70)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1965–2008
PasanganMary-Anne

Kehidupan awal sunting

Benedict dilahirkan di Silver City, New Mexico, anak kepada Alma Marie (née Loring), seorang wartawan bersama seorang doktor, Mitchell M. Benedict.[1] Beliau dibesarkan di Massachusetts. Beliau yang mempunyai rahang dan hidung yang besar dikaitakn dengan akromegali dan mula dikesan oleh seorang ahli endokrinologi semasa melihat Benedict di sebuah produksi teater.[2]

Kerjaya sunting

Norman Lear telah mengambil Benedict berlakon sebagai Zen Buddhist dalam filem Cold Turkey yang siap sepenuhnya pada musim luruh 1969, tetapi hanya disiarkan pada Februari 1971.[3] Benedict banyak bekerja dengan Lear bagi projek-projek TV.[2][3]

Antara filem lakonan Benedict adalah The Goodbye Girl (1977) disamping Richard Dreyfuss dan Marsha Mason; 'Arthur 2: On the Rocks (1988) dan Cocktail. Bagi televisyen, Benedict terkenal menerusi watak sebagai Harry Bentley dalam siri TV The Jeffersons. Beliau memegang watak tersebut dari tahun 1975 sehingga 1981 dan kemudian kembali memegang watak yang serupa pada tahun 1983 sehingga siri ini tamat pada tahun 1985.

Kematian sunting

Pada 1 Disember 2008, Benedict ditemui mati dengan sebab yang tidak diketahui di kediamannya di Martha's Vineyard, Massachusetts. Beliau meninggal dunia di usia 70 tahun.[4]

Selepas kematian beliau, pada tahun 2009, beliau dianugerahkan Anugerah Elliot Norton oleh Persatuan Pengkritik Teater Boston.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Paul Benedict Biography (1938–)". Film Reference. Dicapai pada 2008-12-16.
  2. ^ a b Times Staff And Wire Reports (Dec 5, 2008). "Paul Benedict dies at 70; actor from 'The Jeffersons' and 'Sesame Street'". latimes.com. Los Angeles Times. Dicapai pada September 24, 2016.
  3. ^ a b "Norman Lear Biography: Screenwriter, Television Producer, Pilot (1922–)". Biography.com (FYI / A&E Networks). Diarkibkan daripada yang asal pada April 30, 2016. Dicapai pada July 8, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Siegel, Ed (2008-12-04). "Paul Benedict, 70; actor at home in TV sitcoms, modern and classical dramas". The Boston Globe. NY Times Co. Dicapai pada 2008-12-16.
  5. ^ Rizzo, Frank (April 16, 2009). "Benedict honored with Boston award". Variety. Reed Elsevier. Dicapai pada April 22, 2009.

Pautan luar sunting