Paul Hilton (pelakon British)

Paul Hilton (lahir 1970, Oldham, Lancashire), merupakan pelakon pentas, TV dan filem Inggeris.

Paul Hilton
Kelahiran1970 (umur 53–54)
PekerjaanPelakon

Beliau pernah memegang watak "William Palmer" dalam drama radio berjudul Pilgrim dan muncul dalam beberapa program televisyen seperti Garrow's Law, The Bill, Silent Witness, Wire in the Blood dan Robin Hood, selain memegang watak dalam True Dare Kiss (sebagai Dennis Tyler) dan Casualty 1909 (sebagai Henry Percy Dean).

Hilton turut pernah muncul dalam filem Klimt, yang turut dibintangi oleh John Malkovich.

Pada tahun 2010, beliau terlibat dalam pementasan Mark Haddon berjudul Polar Bears di Donmar Warehouse,[1] dan pada tahun 2011 terlibat dalam pementasan Doctor Faustus di Shakespeare's Globe Theatre.[2] Pada Julai 2015, Hilton terlibat dalam muzikal Wonder.land di Festival Antarabangsa Manchester.[3]


Rujukan sunting

  1. ^ Paul Taylor (8 April 2010). "Polar Bears, Donmar Warehouse, London". The Independent. Dicapai pada 25 June 2011.
  2. ^ Charles Spencer (24 June 2011). "Doctor Faustus, Shakespeare's Globe, review". London: The Telegraph. Dicapai pada 26 June 2011.
  3. ^ "Casting announced for Damon Albarn's wonder.land". whatsonstage.com. Whats On Stage. 11 May 2015. Dicapai pada 16 May 2015.

Pautan luar sunting