Paula Malai Ali Othman (lahir 3 Mac 1974, di Brunei) ialah seorang pengacara televisyen Brunei. Sebelum ini ialah VJ untuk Channel V dan penyampai untuk saluran FOX Sports Asia, beliau kini merupakan seorang wartawan Brunei di TVS.

Seorang tokoh massa yang terkenal di Asia, Paula telah bekerja sebagai seorang penyampai televisyen dan radio, model, pelakon pentas dan bakat suara. Beliau juga telah menjadi pilihan jenama antarabangsa seperti keluaran rambut Redken dan Nescafe untuk menjadi lambang mereka.

Biografi sunting

Bapa Paula yang berbangsa Brunei ialah seorang bekas Setiausaha Tetap Perindustrian dan Sumber Asas. Ibunya yang berbangsa Inggeris menguruskan sebuah tadika di Brunei. Beliau mempunyai seorang adik perempuan kembar seiras bernama Jenny, seorang penyampai TV dan radio terkenal di Brunei, dan seorang kakak bernama Rachael. Paula telah memperolehi pendidikan awalnya di Sekolah Antarabangsa Brunei, dan memperolehi pendidikan menengahnya di Singapura di United World College of South East Asia.

Pada tahun 2002, Paula berkahwin dengan penerbit filem Malaysia Tunku Azudinshah Tunku Anuar (juga dikenali sebagai "Kudin") – seorang ahli Keluarga Diraja Kedah dan anak saudara

Sultan Kedah. Pada Jun 2006, Paula mengesahkan bahawa beliau dan Kudin telah bercerai.

Paula kemudiannya berkahwin dengan penerbit televisyen, Sam Gollestani. Pasangan tersebut mendapat cahaya mata pertama mereka pada Februari 2011.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Paula Malai now a mum with newborn boy". The Star. Dicapai pada 2011-02-28.

Pautan luar sunting