José Paulo Bezerra Maciel Júnior, ataupun dikenali sebagai Paulinho, (sebutan dalam bahasa Portugis: [pawˈlĩj̃u]); lahir 25 Julai 1988) merupakan pemain bola sepak Brazil yang kini bermain untuk Guangzhou Evergrande dan pasukan kebangsaan Brazil. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Paulinho
Maklumat peribadi
Nama penuh José Paulo Bezerra
Maciel Júnior[1]
Tarikh lahir (1988-07-25) 25 Julai 1988 (umur 35)
Tempat lahir São Paulo, Brazil
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Guangzhou Evergrande
Nombor 8
Kerjaya remaja
2004–2005 Pão de Açúcar
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2007 FC Vilnius 38 (5)
2007–2008 ŁKS Łódź 17 (0)
2008–2009 Pão de Açúcar 39 (7)
2009–2010 Bragantino 28 (6)
2010–2013 Corinthians 86 (20)
2013–2015 Tottenham Hotspur 45 (6)
2015–2017 Guangzhou Evergrande 63 (17)
2017–2018 Barcelona 34 (9)
2018Guangzhou Evergrande (pinjam) 19 (13)
2019– Guangzhou Evergrande 19 (13)
Pasukan kebangsaan
2011– Brazil 56 (13)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Julai 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 30 November 2018

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Paulinho memulakan kerjaya bola sepaknya di kelab remaja Pão de Açúcar pada tahun 2004. Paulinho kemudian sertai kelab Lithuania, FC Vilnius pada tahun 2006. Beliau bermain dengan baik ketika bersama Vilnius ketika dua musimnya di Lithuania, beliau menjaringkan lima gol dari 38 kemunculan domestik. Tetapi, pada penghujung LFF Lyga 2007, FC Vilnius telah turun ke divisyen dua dan beliau terpaksa meninggalkan kelab itu dan beliau kemudian berpindah ke Poland, dengan menandatangani kelab Ekstraklasa, ŁKS Łódź.[3] Selama satu musim di Poland, Paulinho telah membuat 17 penampilan liga, sebelum beliau kembali ke Brazil untuk sertai semula Pão de Açúcar pada musim panas 2008. Selepas musim yang baik di sana, Paulinho berpindah sekali lagi, kali ini ke kelab Série B, Bragantino [ada tahun 2009.[4]

Corinthians sunting

 
Paulinho bersama Corinthians ketika perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2012.

Pada 2009, Paulinho sertai kelab gergasi São Paulo, Corinthians. Beliau menjaringkan gol liga pertamanya untuk kelab pada 30 Mei 2010, ketika menang 4-2 ke atas pesaing terdekat, Santos.[5] Sepanjang perjalanan ke perlawanan akhir Copa Libertadores, Paulinho menjaringkan gol tunggal ketika perlawanan suku akhir kedua menentang Vasco da Gama, beliau menjaringkan gol itu pada minit ke-87 dan berjaya menghantar Corinthians memasuki separuh akhir.[6]

Pada 10 November 2012, Paulinho menjaringkan dua gol Corinthians ketika membelasah Coritiba 5-1 dalam saingan liga.[7] Pada 16 Disember, Paulinho bersama Corinthians menjuarai Piala Dunia Kelab FIFA di Yokohama selepas Paolo Guerrero menjaringkan gol kemenangan 1–0 ke atas juara Eropah Chelsea.[8]

Tottenham Hotspur sunting

Pada 6 Julai 2013, kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur telah melengkapkan perpindahan Paulinho selepas Tottenham dilaporkan membayar £17juta kepada kelab Corinthians.[9] Paulinho antara rekod paling mahal di Tottenham. Walau bagaimanapun, rekod ini dapat dileburkan apabia Spurs menandatangani Roberto Soldado dari Valencia dan pemain sayap, Erik Lamela dari Roma dengan bayaran yang dijumlahkan £25.8 juta, dan bayaran ditambah lagi sebanyak £4.2 juta.[10]

Beliau membuat penampilan pertama di Liga Perdana Inggeris pada 18 Ogos 2013 menentang Crystal Palace, beliau terpilih menjadi Pemain Terbaik Perlawanan selepas Spurs menang 1-0 dan berterima kasih kepada tendangan penalti Roberto Soldado.[11] Pada 22 Ogos, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Spurs dalam perlawanan kelayakan Liga Europa menentang Dinamo Tbilisi, Spurs menang besar 5-0 dalam perlawanan pertama.[12] Beliau menjaringkan gol liga pertamaya pada 22 September 2013 menentang Cardiff City, 1–0.[13]

Kerjaya antarabangsa sunting

Paulinho membuat penampilan pertama untuk skuad Seleção pada 14 September 2011, dalam perlawanan pertama Superclásico de las Américas 2011 menentang pesaing terdekat Argentina di Córdoba, dengan keputusan seri tanpa jaringan.[14] Gol antarabangsa pertama beliau ialah ketika menentang Argentina pada 20 September 2012 dalam perlawanan pertama Superclásico de las Américas 2012 di mana Brazil menang 2-1.[15] Paulinho bersama skuad Brazil membelasah Afrika Selatan 5–0 dalam satu perlawanan persahabatan pada 5 Mac 2014 dan ia dilihat akan memasuki skuad piala dunia Scolari.

Beliau telah dipilih oleh pengurus Luiz Felipe Scolari untuk Piala Konfederasi FIFA 2013 yang diadakan di tanah airnya, Brazil.[16] Dalam perlawanan pembukaan pada 15 Jun menentang Jepun, Paulinho menjaringkan gol kedua Brazil, keputusannya Brazil menang 3–0.[17] Dalam perlawanan separuh akhir menentang Uruguay pada 26 Jun, Paulinho menjaringkan gol kemenangan Brazil pada minit ke-86 untuk menghantar negaranya ke perlawanan akhir.[18] Dalam perlawanan akhir, Brazil membenam Sepanyol yang pernah menjadi juara dunia dan dua kali juara Eropah, 3-0. Paulinho menerima anugerah Bola Gangsa, iaitu pemain ketiga terbaik kejohanan.[19]

Pasukan kebangsaan Brazil
Tahun Kmncln Gol
2011 1 0
2012 7 2
2013 16 3
2014 8 0
Jumlah 32 5

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
20 September 2012 Estádio Serra Dourada, Goiás, Brazil   Argentina
1–1
2–1
Persahabatan
2
16 Oktober 2012 Stadium Miejski, Wrocław, Poland   Jepun
2–0
4-0
Persahabatan
3
2 Jun 2013 Stadium Maracanã, Rio de Janeiro, Brazil   England
2–2
2–2
Persahabatan
4
15 Jun 2013 Stadium Nasional Mané Garrincha, Taguatinga, Brazil   Jepun
2–0
3–0
Piala Konfederasi FIFA 2013
5
26 Jun 2013 Mineirão, Belo Horizonte, Brazil   Uruguay
2–1
2–1
Piala Konfederasi FIFA 2013

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Kelab Musim Liga Piala Benua Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
FC Vilnius
2006 17 2 17 2
2007 21 3 21 3
Jumlah 38 5 38 5
ŁKS Łódź
2007–08 17 0 17 0
Jumlah 17 0 17 0
Bragantino
2009 28 6 18 8 46 14
Jumlah 28 6 18 8 46 14
Corinthians
2010 27 4 1 0 28 4
2011 35 8 1 0 20 3 56 11
2012 23 7 14 3 15 3 52 13
2013 1 1 8 2 16 3 25 6
Jumlah 86 20 24 5 51 9 161 34
Tottenham Hotspur
2013–14 30 6 2 1 5 1 37 8
2014–15 0 0 0 0 1 1 1 1
Jumlah kerjaya 199 37 2 1 30 7 69 17 300 62

Penghargaan sunting

Corinthians

Brazil

Individu

Rujukan sunting

  1. ^ name="Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14">"Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-25. Dicapai pada 17 August 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Paulinho". FIFA.com. FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-30. Dicapai pada 21 January 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Scouting Paulinho: Rumored Inter Milan and Monaco Transfer Target". Bleacher Report. Los Angeles Times. 4 June 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 3 July 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Carlos Augusto Ferrari (8 July 2011). "Paulinho supera preconceito europeu para brilhar no Timão: 'É a minha hora'" (dalam bahasa Portugis). São Paulo: Globo Esporte. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 3 July 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Corinthians vs. Santos 4–2". UK Soccerway. 30 May 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-12. Dicapai pada 26 June 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "Ficha del partido". Fic Files. 23 May 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 26 June 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "EM NOVO TESTE, TIMÃO ATROPELA O COXA E GANHA CORPO PARA O MUNDIAL" (dalam bahasa Portugis). Globo Esporte. 10 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 26 June 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Fifield, Dominic (16 December 2012). "Chelsea distraught after losing to Corinthians in Club World Cup final". The Guardian. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-30. Dicapai pada 26 June 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ name="spurs-deal">David Ornstein (6 July 2013). "Paulinho: Brazil midfielder completes move to Tottenham". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-01. Dicapai pada 8 July 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ "Tottenham pays club-record fee for Valencia's Roberto Soldado". Sports Illustrated. CNN. 1 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-24. Dicapai pada 16 August 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "Crystal Palace 0 - 1 Tottenham Hotspur". Yahoo! Sports. 18 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-20. Dicapai pada 18 August 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ Alistair Magowan (22 August 2013). "Dinamo Tbilisi 0 5 Tottenham". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-23. Dicapai pada 23 August 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ Gareth Roberts (22 September 2013). "Cardiff 0–1 Tottenham". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-24. Dicapai pada 22 September 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ "Argentina 0–0 Brazil: Rival nations play out a stalemate in Cordoba". Goal.com. 14 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-20. Dicapai pada 26 June 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ "Neymar nets injury-time winner as Brazil defeats Argentina in Superclassico Das Americas". Goal.com. 20 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-20. Dicapai pada 26 June 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ "Squad List". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-10. Dicapai pada 26 June 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ Lehourites, Chris (15 June 2013). "Brazil 3 Japan 0: Neymar stunner sets Samba stars on their way to opening day Confederations Cup triumph". Daily Mail. London: Mail Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-16. Dicapai pada 26 June 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ Ben Smith (25 June 2013). "Brazil scraped into the final of the Confederations Cup with victory in an emotional and highly-charged encounter at the Estadio Mineirao". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-26. Dicapai pada 26 June 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ Zac Wassink (1 July 2013). "Transfer News: Paulinho Announces Move to Tottenham; Spurs Close to Signing Three More, Including David Villa". Yahoo! Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 3 June 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)